in

Selebriti Popular di Anugerah MAMA 2011

BINTANG POPULAR MEMUKAU PEMINAT DI ANUGERAH MAMA 2011
eksklusif di 8TV

Perhatian kepada semua peminat Hallyu! Bintang-bintang terbesar Korea bakal menghangatkan Singapura dalam anugerah Mnet Asian Music Awards (MAMA) 2011! Artis-artis popular Korea antaranya 2NE1, Girls’ Generation YB and Dynamic Duo bakal menggegarkan pentas MAMA 2011 sekaligus berkongsi pentas dengan artis antarabangsa will.i.am dan apl.de.ap dari Black Eyed Peace. Saluran hebat 8TV tidak ketinggalan untuk menghidangkan para penonton setia 8TV dengan siaran anugerah berprestij ini!

Glamorkan diri anda untuk satu malam indah penuh bintang dan gemerlapan pada hari Selasa, 29 November 2011 jam 9.30 malam dan saksikanlah anugerah MAMA di saluran 8TV Anda akan dihiburkan dengan artis-artis Korea paling popular.

2NE1_small

Dengan senarai terkini artis-artis yang bakal membuat penampilan di anugerah MAMA, 8TV menjanjikan para penonton satu rancangan yang sememangnya menghiburkan dan menyeronokkan. Antara nama-nama besar yang akan menyerikan majils anugerah ini termasuklah Lee Byung Hun dan Song Seung Heon, yang kedua-duanya mempunyai pengikut yang besar diseluruh Asia. Disamping itu, Song Joong Gi dari drama TV popular ‘Sungkyungwan Scandal’ akan turut menyerikan majlis. Selain itu, Park Shi Hoo, Ji Sung, Go Soo dan Kim Soo Hyun adalah antara bintang-bintang Korea yang bakal menambahkan nilai hiburan acara penuh prestij ini.

Barisan bintang-bintang wanita Korea yang bakal hadir dalam anugerah MAMA juga tidak kurang hebatnya. Bintang veteran Hallyu, Kim Hee Sun, ‘Korean Barbie Doll’, Han Chae Young, bersama dengan Yoon Eun Hye, Han Hyo Joo dan Kim Min Hee bakal memukau peminat-peminat K-pop. Turut hadir untuk menggamatkan suasana anugerah MAMA adalah Kang So Ra yang telah menarik perhatian ramai dalam ucapan penerimaan di ‘Style Icon Awards’ yang cukup mencuit hati. Bae Soo Bin, Nam Gyu Ri, Yoon Seung Ah, Kim Sung Soo, Oh Ji Ho dan banyak lagi bintang Korea bakal membuat penampilan istimewa di anugerah MAMA.

Dalam acara penuh gilang gemilang ini, 8TV bakal merakamkan saat-saat menakjubkan tatkala MAMA menghangatkan kota singa di Stadium Tertutup Singapura. Acara kemuncak anugerah MAMA adalah gandingan artis-artis K-pop bersama artis popular Asia dan seluruh Negara dalam satu persembahan muzik paling menakjubkan tahun ini – semestinya acara mesti tonton!

Sertai lebih 1.9 billion penonton seantero dunia dan saksikan siaran tertunda anugerah MAMA yang disiarkan eksklusif di 8TV pada hari Selasa, 29 November 2011, jam 9.30 malam.

“8TV berasa cukup berbangga untuk membawakan anda salah satu anugerah yang paling berprestij dan paling diraikan! Misi kami adalah untuk menyampaikan kandungan hiburan dan informasi yang terbaik untuk penonton-penonton berbangsa Cina 8TV memandangkan 8TV merupakan stesyen Cina utama Negara” kata Pengurus Besar Kumpulan 8TV dan ntv7, Cik Airin Zainul. Airin turut menambah, “Kami yakin bahawa Mnet Asian Music Awards 2011 (MAMA) bakal mara sebagai salah satu rancangan terhebat 8TV.”

Jangan ketinggalan dalam segala keseronokan dan glamor dalam anugerah Mnet Asian Music Awards (MAMA) 2011 yang disampaikan secara eksklusif oleh 8TV pada hari Selasa, 29 November 2011, jam 9.30 malam. Anda juga boleh menonton 8TV di Astro saluran 708. Sekiranya anda ingin menonton rancangan-rancanagn kegemaran anda, anda boleh melayari www.8tv.com.my / www.tonton.com.my atau ikuti kami menerusi www.facebook.com/8TVfb , www.twitter.com/8tv dan www.youtube.com/8tvaddicts

Girl’s Generation_small

apl.de.ap_small

will.i.am_small

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Bunohan Menang Anugerah NETPAC di Taipei

TV2 Tayang Filem Sweet Home Alabama