in

Selebriti Popular Bakal Meriahkan Majlis Kemuncak PELAMIN FANTASIA

Setelah bersiaran selama 10 minggu, akhirnya pasangan Syawal dan Fiqa akhirnya diumum sebagai juara musim pertama Pelamin Fantasia dan telah memenangi pakej tajaan perkahwinan berjumlah RM100,000. Uniknya mengenai pasangan ini,

Syawal atau nama sebenarnya Muhammad Syawaluddin Ghazali, 26 serta tunangnya Norafiqah Ma Hassan, 24, atau Fiqa, merupakan seorang penternak lembu dan gadis istimewa yang mempunyai masalah pendengaran telah memilih tema perkahwinan yang berkonsepkan “Modern Garden Wedding”.

Majlis ini juga bakal mendapat sentuhan magis khidmat pasukan perunding perkahwinan terkemuka, Rizalman Ibrahim yang juga merupakan juri tetap Pelamin Fantasia iaitu Glam Weddings by Rizalman.

Siaran Langsung Majlis Kemuncak Pelamin Fantasia akan berlangsung pada 13 Jun 2015 di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), Dewan A, Persiaran MARDI-UPM, 43400, Serdang.

Acara Karpet Merah yang dihoskan oleh pengacara Hlive iaitu Alif Farhan, Hefny Sahad dan Shalma Ainaa akan mula dirakamkan pada jam 7.30 malam dan diikuti dengan Siaran Langsung Acara Ijab & Kabul yang dihoskan oleh Datuk Rosyam Nor & Imam Muda Asyraf. Kemudian, majlis akan diteruskan dengan Siaran Langsung Acara Walimatulurus Pelamin Fantasia yang akan dikemudikan oleh pengacara Faizal Ismail & Kak Engku.

Menarik lagi, Majlis Kemuncak Pelamin Fantasia ini juga akan turut dimeriahkan dengan barisan artis yang bakal membuat persembahan istimewa pada malam tersebut seperti Humood Alkhudher, Ewal & Indah, Sabhi Sadhi, Akim & The Majistret, Alyah, Jaclyn Victor, Rabbani, Haziq AF, Farhan AF, Keroncong Band Azwan AF, Muna AF serta ramai lagi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

HyppTV Lancar Drama Bersiri Puteri Gunung Ledang & Jodoh Sebelah Pintu

Sunsilk Selfie Movie Ajar Cara Yang Betul Untuk Selfie