in

Selebriti Merokok, Kesan Merokok & Peraduan TAK NAK

Beberapa hari lalu, Budiey ada menerima beberapa keping gambar seorang pelakon wanita cantik merokok dari seorang pembaca yang sudi berkongsi melalui email. Langsung Budiey tak terkejut dan tak heran pun sebab sebelum ini, Budiey pernah tengok pelakon cantik manis ini merokok di sebuah café di eCurve.

Mungkin ramai yang tak sangka, pelakon yang sering membawa watak perempuan solehah dan bertudung dalam drama itu sebenarnya seorang perokok yang tegar. Realitinya, watak solehah yang baik, pijak semut pun tak mati dalam drama tu hanyalah sekadar lakonan. Kira dia berjayalah bawa watak macam tu sebab di luar set, dia bukannya pakai tudung pun, malah lebih teruk dari itu, dia seorang perokok.

Okay, tak kisahlah, itu hak dia, nak merokok sebab ramai lagi selebriti yang merokok. Pada pandangan orang ramai, artis tak boleh dan tak elok merokok di khalayak ramai sebab artis dikira seperti ikon masyarakat atau lebih tepat contoh kepada peminat. Bila artis merokok, sesetengah dari kita nampak seolah-olah dunia artis ini sangat jijik dan mencemarkan nama artis itu sendiri. Ia seolah-olah mengajak peminat untuk merokok. Bagi sesetengah artis pulak, perkataan merokok dah menjadi perkataan harian bagi sesetengah artis.

Bukan semua artis kita merokok. Ada juga yang tak merokok dan ada juga Budiey dengar beberapa orang artis yang sudi berkongsi pengalaman mereka semasa berusaha untuk berhenti merokok.

Contoh terdekat, penyanyi Imran Ajmain beberapa bulan yang lalu telah buat countdown di twitter miliknya, membilang berapa hari dia boleh bertahan untuk berhenti merokok. Dalam pada masa yang sama, Imran menyeru peminatnya supaya bersama-sama dengannya untuk berhenti merokok. Satu usaha yang sangat murni kerana Imran tak meminta mana-mana pihak menjadikan beliau sebagai ikon atau duta berhenti merokok pun. Ia datang secara sukarela dan tak mengharap apa-apa publisiti pun.

MOH

Setiap hari, pasti Imran Ajmain akan menulis di twitter tentang tabiat buruknya merokok dan berazam untuk berhenti merokok. Ramai peminat yang memberikan Imran Ajmain semangat dan dorongan.

Video berhenti merokok Imran Ajmain:

Imran Ajmain mengaku bahawa beliau merupakan seorang yang kuat merokok dan mula merokok sejak usia 14 tahun. Beliau sudah banyak kali cuba berhenti merokok tetapi tidak berjaya. Countdown mula dilakukan pada hujung bulan Februari 2011. Alhamdulillah, setelah berhenti merokok, beliau dikurniakan rezeki yang melimpah-ruah antaranya mendapat peluang merakamkan album baru dan bekerjasama dengan komposer lain kerana sebelum ini beliau hanya mencipta semua lagu sendiri. Beliau berazam untuk tidak merokok lagi dan menggesa rakan-rakan artis lain mengikut jejak langkah beliau.

Budiey ucapkan tahniah kepada Imran Ajmain kerana sampai sekarang, beliau masih bersemangat untuk berhenti merokok dan tak henti untuk mendorong peminatnya yang tegar merokok supaya menghentikan tabiat itu.

Ya, semua orang tahu, keburukan merokok. Tapi ramai yang tak endah dengan ancaman atau kesan buruk dari merokok. Ayat yang paling biasa kita dengar: Merokok boleh membawa maut. Kerajaan pula setiap tahun menghabiskan duit untuk buat kempen bahaya merokok.

MOH
Tak cukup dengan kempen & papan iklan TAK NAK MEROKOk di sana sini, kerajaan sudah meletakkan gambar-gambar ngeri akibat dari merokok pada kotak rokok. Tertera gambar kesan buruk dari merokok seperti kanser paru-paru, gigi jadi kuning dan banyak lagi.

Dari pemerhatian Budiey, ramai yang tak endah gambar-gambar ngeri di kotak rokok ni. Alah bisa tegal biasa. Tiap hari mereka dah biasa pegang kotak rokok dan tiada kesan apa-apa pun. Ya, Budiey tahu yang langkah dari kerajaan Malaysia ini sangat baik. Paling tidak, kerajaan peka dan sentiasa memberi amaran kepada perokok secara psikologi.

Ada yang cakap, semua orang akan mati. Sakit dan mati di tangan Tuhan. Tapi manusia diberi pilihan samada nak pilih merokok atau tidak. Tidak salah jika kita lakukan sesuatu yang baik untuk kesihatan diri dan orang sekeliling kita. Kerana seperti yang kita ketahui, orang yang tak merokok dapat menerima racun yang banyak daripada perokok yang aktif. Bahayanya berkali ganda.

Kepekatan bahan kimia beracun yang terkandung dalam asap rokok basi adalah lebih jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif.

Selain mengakibatkan serangan sakit jantung, merokok boleh mengakibatkan mati pucuk di mana kandungan nikotin dalam rokok menyebabkan saluran darah ke zakar menjadi sempit dan tersumbat. Kualiti sperma juga akan terganggu.

MOH

Merokok juga menambahkan risiko strok atau angin ahmar dan mengakibatkan kanser paru-paru. Banyak lagi bahaya merokok, kalau nak huraikan kat sini memang sangat panjang lebar jadinya. Tapi apa yang paling merisaukan apabila dikatakan 50% dari golongan lelaki di Malaysia adalah perokok. Kadar merokok dari golongan remaja dan wanita pula semakin meningkat. Rakyat Malaysia membelanjakan RM1.5juta setiap tahun untuk membeli merokok.

Terbaru, Budiey dapat info, kerajaan sedang mengadakan satu peraduan di bawah kempen TAK NAK. Di mana korang yang nak join peraduan ini berpeluang memenangi hadiah wang tunai yang lumayan. Caranya sangat senang iaitu, anda hanya perlu menghantar foto yang menggambarkan TAK NAK merokok yang paling kreatif dan orang kata, ada meaning la. Syaratnya mudah, hantarlah gambar apa sahaja KECUALI gambar rokok atau kotak rokok.

Pemenang akan dipilih berdasarkan 50% undian dan 50% markah diberikan dari pihak MOH.

Budiey kira kempen peraduan seperti ini sekurang-kurangnya dapat meluaskan info tentang bahaya merokok kepada masyarakat. Yang paling penting, masyarakat akan tahu tentang betapa bahayanya merokok ni kepada semua orang.

Pemenanng utama akan memenangi wang tunai RM1,000, hadiah kedua wang tunai RM700, hadiah tempat ketiga RM500, tempat ke-empat wang tunai RM300, hadiah tempat ke-5 pula mendapat RM150 dan hadiah saguhati akan mendapat RM50 setiap seorang.

Untuk info lanjut, sila layari www.gayahidupsihat.my

Atau korang juga boleh LIKE fanpage kempen MOH Tak Nak Merokok di Facebook, layari sekarang:

www.facebook.com/TAK.NAK.MEROKOK

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Siti Nurhaliza di Premium Seat AirAsia X

Separuh Akhir Kedua Muzik Muzik 26