in

Selebriti Indonesia Bakal Warnai AIFFA 2015

Ibu negeri Sarawak, Kuching akan menjadi tumpuan bintang-bintang dari negara jiran INDONESIA sempena ASEAN INTERNATIONAL FILM FESTIVAL & AWARDS 2015 yang akan diadakan dari 9-11th April 2015 di Kuching, Sarawak.

Kemala Atmojo, Ketua Badan Perfileman Indonesia akan mengetuai delegasi mantap dari Indonesia. Hanung Bramantyo pengarah ‘Cinta Tapi Beda’ yang memenangi ASEAN Spirit Award pada AIFFA2013 kembali ke Kuching tahun ini dengan filem arahanya ‘Soekarno’ yang memaparkan riwayat hidup bekas Presiden Indonesia. Hanung juga merupakan pengarah ‘Ayat Ayat Cinta’ yang juga mendapat sambutan hangat di Malaysia. Turut serta pengarah Lasja F Susatyo yang menghasilkan filem ‘Ada Apa Dengan Cinta’ lakunan Dian Sastrawardoyo.

Bintang-bintang legenda Widyawati Sophiaan, Grace Simon dan Emilia Contessa turut hadir ke AIFFA2015 untuk bertemu peminat yang merindui mereka. Emilia Contessa akan menghiburkan peminatnya di Sarawak Cultural Village pada 10hb April 2015 dan juga di Malam Gala AIFFA pada 11hb April 2015. Turut serta ialah Shafira Umm yang terkenal sebagai Hasfa Umarela dalam filem ‘Cahaya Dari Timur’ yang turut bertanding di AIFFA2015.

AIFFA2015 akan menyaksikan senarai bintang dan selebriti termasuk Nora Aunor, Keluarga Giuterrezz (Filipina), Zay Yar Aung (Burma), Pongsatorn Jongwilas (Thailand), Chy Thmor (Kemboja), Mello-Pham Thi Nhung (Vietnam), Hanung Bramantyo, Nadhira Suryadi, Sinar Ayu Massie (Indonesia), Siu Pham (Vietnam), Tony Kern (Singapura), Datuk Yusoff Haslam (Presiden Persatuan Pengeluar Filem Malaysia), Fazura, Datuk Shuhaimi Baba, Bront Palarae, Hans Isaac, Afdlin Shauki, Neelofa, Mamat Khalid, Sharifah Amani dan Ketua Juri U-Wei Hj Saari (Malaysia).

Menurut Cik Livan Tajang, Pengarah Festival AIFFA, “Kami amat gembira dengan penyertaan negara-negara jiran ASEAN. Kualiti filem yang dihantar begitu membanggakan. AIFFA juga dinobatkan oleh Menteri-menteri Pelancongan ASEAN sebagai festival filem serantau. Sarawak berasa bangga kerana dipilih sekali lagi oleh Kerajaan dan pemimpin ASEAN sebagai titik tumpuan untuk acara yang agung ini.”

Tiga program khas untuk peminat filem, ahli akademik, pelajar dan pencinta alam semula jadi akan diadakan sepanjang AIFFA2015.

AIFFA FILM BIZ WORLD pada 9-11 April 2015

Seminar Filem & Pameran yang memaparkan FORUM ASEAN-China dan FORUM ASEAN-Korea. Panel penceramah terkenal dari negara China dan Korea terdiri daripada penerbit, pengarah, penulis skrip dari China, Korea dan negara-negara ASEAN akan membentangkan topik berlandaskan industri filem – topik termasuk perbincangan mengenai kerjasama pasaran filem ASEAN.

Antara penceramah sepanjang seminar 3 hari adalah Mritunjay Pandey (India), Sharad Sharan (Malaysia), Thierry Bleu (Perancis), Justin Deiman (Singapura), Yasu Tanaka (Jepun), Leon Tan dan Rezal A. Rahman – Ketua Pegawai Eksekutif Pinewood Iskandar Malaysia.

AIFFA MOVIES IN THE RAINFOREST pada 10 April, 2015

AIFFA2015 menjadi tuan rumah MOVIES IN THE RAINFOREST, marathon filem 12-jam di Sarawak Cultural Village, Kuching. Tayangan filem bermula dari jam 6 petang pada 10 April hingga 6:00 pagi pada 11 April. Majlis Pembukaan AIFFA juga akan diadakan di sini, bersama-sama dengan pengumuman filem yang disenarai pendek.

Turut hadir untuk menghiburkan peminat di sini ialag Dayang Nurfaizah, Emilia Contessa and kumpulan K-Pop NOLZA. Peminat filem tempatan juga dapat menyaksikan Tayangan Perdana Pilot Café.

MALAM GALA AIFFA pada 11 April 2015

Acara kemuncak AIFFA2015 ialah Malam Gala AIFFA yang diadakan di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) pada 11 April 2015. Satu malam penuh gilang gemilang dimana pemenang bagi 14 kategori anugerah akan diumumkan. Sehingga kini, 60 filem telah diterima untuk pencalonan.

Tetamu di Malam Gala juga akan dihiburkan oleh Anuar Zain, Dewi Liana Seriestha (Miss World Talent 2014), Dasha Logan (No. 1 Soul Chart UK), Emilia Contessa (Indonesia), Tata Young (Thailand), Piolo Pascual (Filipina) dan kumpulan K-Pop NOLZA.

Tiket boleh dibeli dari: www.ticketcharge.com.my & www.aiffa2015.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nah! Ini Ada 7 Sebab Mengapa Anda Patut Beli TOYOTA VIOS TRD SPORTIVO

Khabar Angin Mr Os Meninggal Dunia Tidak Benar