in ,

Selebriti Popular Jayakan Gerakan #GREEN24

AirAsia dan AirAsia X mendapat sokongan padu masyarakat melalui acara komuniti #GREEN24 hari ini yang diadakan di APW Bangsar yang merangkumi aktiviti seperti pengumpulan barang kitar semula, aktiviti pameran di mana beberapa pertubuhan alam sekitar berkumpul untuk mendidik dan menggalakkan tindakan iklim di kalangan orang ramai, dan program-program kesedaran mengenai kesan perubahan iklim.

Empat kategori barang kitar semula telah dikumpul hari ini termasuk kertas, plastik, aluminium dan pakaian terpakai yang kemudiannya diasingkan dan dihantar ke pusat kitar semula Tzu Chi Foundation. Tzu Chi Foundation adalah salah satu rakan kongsi yang turut menyertai acara komuniti #GREEN24.

Untitled

[dropcap]K[/dropcap]umpulan gerakan perubahan iklim, Power Shift Malaysia juga berkongsi tentang isu sebenar perubahan iklim dengan orang ramai dan juga berkongsi cara-cara bagaimana rakyat Malaysia boleh mempraktikkan langkah-langkah proaktif untuk memeranginya.

Personaliti popular Youtube Jinnyboy dan Reuben dari JinnyBoyTV menyemarakkan lagi acara hari ini sebagai pengacara selebriti, digandingi persembahan daripada Joe Flizzow, SonaOne dan Noh Salleh. Turut membuat penampilan istimewa adalah pelakon dan pengacara Neelofa untuk memberi sokongan kepada kempen gerakan #GREEN24 ini.

Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad berkata, “Gerakan #GREEN24 telah dilancarkan sebagai inisiatif serantau di seluruh Asean dan jauh lagi untuk meningkatkan profil kesan perubahan iklim dunia di bahagian ini. Kita boleh mengubah isu perubahan iklim ini, dan kami benar-benar percaya bahawa perubahan gaya hidup harus bermula dari diri kita sendiri dan kita perlu memastikan orang di sekeliling kita menitikberatkan penjagaan alam sekitar, mengurangkan pembaziran dan mengambil langkah-langkah aktif dalam pemuliharaan alam sekitar.

“Semua pejabat AirAsia diseluruh rantau ini, sedang menjalankan pelbagai aktiviti yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran untuk memerangi perubahan iklim. Hari ini di Kuala Lumpur, kami mahu acara ini menjadi platform di mana orang ramai boleh berkumpul bersama-sama, mengambil langkah-langkah aktif seperti menghantar barangan kitar semula kepada kami, dan mempelajari cara-cara yang berkesan untuk memulihara alam sekitar. Bagi AirAsia, komitmen kami terhadap tindakan iklim bukan saja melalui acara komuniti ini. Kami juga telah mengambil langkah proaktif dalam operasi kami untuk memastikan kami mengurangkan jejak karbon (carbon footprints) kami.”

Kempen #GREEN24 AirAsia pertama kali dilancarkan November lepas sebagai sebahagian daripada inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat syarikat penerbangan ini di seluruh rantau Asean.

Untitled

Pelbagai aktiviti telah dirancang sebagai sebahagian daripada kempen ini, termasuk sebuah gerakan kesedaran seluruh kumpulan dalam Kumpulan AirAsia termasuk ke semua pejabat globalnya pada 29 hingga 30 Januari untuk menjimatkan tenaga, meningkatkan kesedaran mengenai perubahan iklim dan berusaha ke arah mewujudkan budaya kelestarian alam sekitar di dalam AirAsia dan juga industri penerbangan.

Di seluruh Malaysia, semua pejabat AirAsia menjalankan aktiviti seperti pembersihan pantai, taman dan bukit serta program-program kitar semula untuk terus mengalakkan lagi tabiat penjagaan alam sekitar yang baik di kalangan kakitangan dan juga orang ramai. Kakitangan Thai AirAsia telah mengadakan pembersihan pantai bersama orang ramai, manakala pejabat di Myanmar, Vietnam dan Kemboja telah menganjurkan program pendidikan mengenai aktiviti kitar semula.

Untuk senarai penuh aktiviti #GREEN24 di seluruh rantau ini, sila layari airasia.com/green24 atau ikuti hashtag #GREEN24 di media sosial seperti Twitter, Facebook dan Instagram.

APW@Bangsar adalah penaja tempat bagi acara komuniti ini. Terletak di Jalan Riong, ia sebelum ini merupakan sebuah kilang percetakan yang kini telah berubah menjadi ruang majlis eklektik dengan konsep perindustrian, sejajar dengan pergerakan #GREEN24. Penaja lain termasuk AirAsiaGo dan Tune Hotels.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tayangan Perdana Di HBO Sempena Tahun Baru Cina

Filem Olabola Raih RM2.5 Juta Dalam Tempoh 4 Hari