Selamat Ulangtahun Ke-3 Budiey.com!
Hari ini, 7 Januari 2010! Usia Budiey.com genap 3 tahun.

Di sini, Budiey nak ucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca semua kerana sudi melayari blog ini setiap hari dan tidak putus-putus memberikan sokongan.
Terima kasih juga kepada semua selebriti (tak kiralah samada artis, pelakon, penyanyi, band, indie band dan semualah yang pernah bekerjasama dengan Budiey. Semuanya memang tak lokek untuk beri kerjasama sebab korang memang sporting habis! Juga kepada PR syarikat rakaman dan pengurus artis, stesen radio dan TV yang banyak memberikan jemputan dan peluang.
UCAPAN DARI PENYANYI FARADHIYA
UCAPAN DARI PELAKON IRMA HASMIE
Tidak lupa kepada para penaja Budiey.com yang tak jemu-jemu menyumbangkan dana tajaan untuk perkembangan blog ini dari dulu hingga sekarang. Tanpa sokongan semua pihak, Budiey rasa, blog ini tak mungkin berkembang sehingga mendapat hits dalam 20 – 25 ribu sehari!
Tahun 2009 juga banyak mencipta kenangan dan sejarah dicipta. Selain berjaya tersenarai menjadi finalis di Anugerah Blog Asia Pacifik, Budiey juga berpeluang menjadi tetamu di program bual bicara Blog di RTM1, dilantik sebagai pengkritik untuk topik Artis & Botox di HIP TV sebuah program hiburan di TV9, ditemubual oleh wartawan Galaxy di TV9 untuk topik Blog (walaupun Budiey rasa ianya seperti memepersalahkan pihak blogger?), menjadi peserta Program Ewah-Ewah di TV3, peserta Perang Rendang di TV9, salah seorang peserta dalam Project Alpha musim pertama. Semua itu meninggalkan banyak kenangan pahit dan manis.
Tahun 2009 juga menyaksikan event-event anjuran Budiey.com seperti Movie Day Out bersama pembaca. Dan semoga korang semua menjadikan Movie Day Out untuk tahun ini lebih happening lagi. Terima kasih untuk kenangan!
Kepada pembaca yang akan join Parti Ulangtahun Ke-3 pada 24 Januari 2010 nanti, Budiey harap dapat jumpa korang di sana dan kita bergambar dan mengenali dengan lebih dekat lagi. Tahun ini, semua pembaca diwajibkan untuk memakai T-shirt Eksklusif yang Budiey berikan ketika sesi pendaftaran.
Seperti tahun lalu, Budiey harap korang enjoy dan happy dengan aturcara yang disediakan. Kita ada cabutan bertuah, persembahan artis dan games! Budiey jadikan parti ulangtahun ini untuk memberikan hadiah serta goodies kepada semua yang banyak memberi sokongan! Budiey akan pastikan setiap goodie bag yang korang dapat PENUH dengan goodies! Yang penting, korang semua berpuas hati nanti.
Tahun ini lebih special sikit sebab ada 7 anugerah pembaca akan disampaikan termasuklah Anugerah Pembaca Paling Cun, Anugerah Pembaca Paling Setia, Anugerah Pasangan Pembaca Paling Romantis dan banyak lagilah.
Akhir sekali, terima kasih semuanya!
Ucapan dari pembaca setia:

THANKS ASHRAF MUSLIM !
Tags: Ucapan
Tags: UcapanClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





January 7th, 2010 at 11:03 am
Sama dgn ulang tahun adik daus, 07 Jan…
Pape pun, Budiey.com gempak abess!
January 7th, 2010 at 11:11 am
Selamat ulang tahun…. semoga lebih sukses dan teruskan menjadi top blogger genre hiburan….
January 7th, 2010 at 11:14 am
“Selamat Ulangtahun Ke-3 Budiey.com”
hopefully budiey tmbh sukses n malatop untuk thun 2010 n 4eva…!!
January 7th, 2010 at 11:52 am
Hye BangBudiey….
Selamat Ulang Tahun ke 3.. haritu masa Anugerah Skrin tetiba nampak BangBudiey dgn kamera..
January 7th, 2010 at 3:44 pm
hai budiey…selamat menyambut ulang tahun ke 3….saya antara pembaca setia setiap hari blog u nie….semoga 2010 akan ada banyak lagi cerita yang lebih menarik ye..good luck 2010.
January 7th, 2010 at 11:06 pm
Walau hanya sekedar singga tpi sy jga ingin ucapkan ‘Met UlTah yg ke-3 Budiey.Com! Smoga kedepan akan lebih baik utamanya dlm bobot penulisan.
January 7th, 2010 at 11:14 pm
happy anniversary budiey.com…semoga lebih hot top….
January 8th, 2010 at 12:31 pm
slamay ulangtahun yg ke 3 budiey.com….
January 8th, 2010 at 1:06 pm
Salam..Hepi Besday Ke-3 Budiey.com..smoga thn 2010 ni Budiey.com akan lebih sukses dr tahun2 sebelumnya..serta lebih banyak lg menganjurkan aktiviti2 yg menarik khas utk pembaca setia Budiey.com seperti saya..:-)
January 8th, 2010 at 1:42 pm
slamat ulang tahun…
smoga budiey trus mantap n suksess!!!!!
January 10th, 2010 at 1:27 pm
Selamat ulangtahun Ke 3.
Semoga 2010 akan lebih sukses dan tersenarai lagi antara top 5 blogger.