Selamat Pengantin Baru Zaff Suria FM & Opie Harris
Budiey kira ramai yang tak kenal Zaf atau nama sebenarnya Zafrina Abd Rahman sebab deejay Suria FM ini jarang sekali mendapat publisiti meluas meskipun pernah menjadi pengacara Femina. Untuk info korang, Zaf pada hari ini akan disandingkan dengan tunangnya, Opie di Dewan Komuniti Taman Tun Dr. Ismail. Kesempatan ini, Budiey ingin mengucapkan selamat pengantin baru buat Zaf dan pasangannya.


Zafrina telah melangsungkan pertunangan dengan Suffian Harris Mustapa atau Opie pada bulan Ogos lalu dan diijabkabulkan pada 29 Disember lalu. Zafrina menerima hantaran RM15,022.12 beserta tujuh dulang hantaran dibalas Sembilan dulang kepada pihak lelaki.
“Ketika sibuk membuat persiapan perkahwinan adik perempuan Zaf tahun lalu, mak Zaf tanya kalau betul-betul serius dengan Opie lebih baik dipercepatkan perkahwinan kami,”

KEISTIMEWAAN ZAF DAN OPIE
Ditanya tentang keistimewaan bakal suaminya itu, kata Zaf, Opie sememangnya mempunyai ciri-ciri lelaki idamannya.
“Bagi Zaf, Opie mempunyai pakej yang Zaf suka iaitu berkulit gelap, tinggi dan juga kurus. Selain itu, dia juga merupakan seorang yang kelakar dan merupakan seorang pendengar yang setia,” kata bekas pengacara rancangan Femina di RTM itu.
Sementara itu, Opie ketika diminta mengulas tentang keistimewaan Zaf menyatakan, dia dan Zaf begitu serasi kerana mempunyai banyak persamaan.
“Contohnya, kalau kami pergi makan selalunya menu yang kami pilih pasti sama, tidak kira minuman ataupun makanan. Selain itu, kami juga jarang bergaduh. Kalau ada apa-apa masalah kami akan selalu bawa berbincang dan apa yang penting, persefahaman adalah kunci utama,” kata Opie yang juga seorang penerbit dan pengarah produksi.
Pasti tidak terduga sama ada Zaf mahupun Opie sendiri bahawa pertemuan sulung mereka ketika Zaf menjejakkan kaki ke ntv7 sekitar tahun 2004 kerana menjalani latihan amali, bakal merubah kehidupan mereka di hari muka.
Menceritakan detik pertemuan mereka, menurut Zaf, perkenalan singkat itu bagaimanapun tidak segera memutikkan rasa cinta di antara mereka kerana Zaf sendiri ketika itu sudah pun mempunyai teman istimewa.
Bagaimanapun, kata Zaf, setelah dia terputus kasih dengan kekasih hatinya ketika itu, dia dan Opie sering menjadi bahan usikan rakan-rakan yang mahu melihat mereka bersama. Sejak itu, hubungan mereka semakin erat dan kerap keluar bersama. Mungkin inilah yang dinamakan jodoh, akui Zaf, kasih antara mereka mula bercambah sekitar Mei tahun lalu.

Zaffrina now Mrs Harris
Tags: Artis BerkahwinClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





January 1st, 2009 at 3:07 pm
Cantiknya pengantin perempuan ni sama padan dgn pengantin lelaki..bagai pinang d belah dua..tp Zaffrina ni bukan penari ke suatu masa dulu..sebelom jd dj..?apepe pun..thniah d ucapkan..
**Selamat pengantin baru ..Semoga kekal bahagia ke akhir hayat**
January 1st, 2009 at 9:10 pm
kat bahu tu apa? nacotine patch ke?
January 1st, 2009 at 9:46 pm
hi budiey! thanks for the entry… really appreciate that. tp so sad u tak dtg ke my wedding…
takpela, maybe u bz that time…
hi ummie cute! thanks for the compliment & wish… iye, saye ni dulu dancer. malah sekarang pun kalau Erra Fazira ada show (sebelum dia pregnant), saye masil lagi menari tuk dia…
hi anna! thanks for the comment. yg kat bahu zaff tu bukan nicotine patch la… zaff ni smoking pun tak, tau! hehehehe… masa tu SURIAfm ada event kat Red Box Sogo, so tu sticker utk membolehkan kita keluar masuk kat situ & also tanda kite ni customer & bolehla pegi makan makanan yang disediakan…
January 1st, 2009 at 10:11 pm
Sorry Zaff, Budiey kena gi Bagan Lalan hari ni… temankan my tunang makan angin kat sana.
January 1st, 2009 at 10:47 pm
takpe Budiey… u dah buat entry ni pun i besar hati… tima kasih byk2 ye!
January 1st, 2009 at 11:07 pm
hi Zaff, bila u nak tunjukkan kat kita org gambar wedding u??Nak sgt tengoklah.Boss u yg handsome tu dtg gak ke?
January 2nd, 2009 at 10:27 am
Tahniah Kak Zaff!!!!!!!
CuteNya U both….
mesti tengah sibuk buat persiapan 4 majlis sebelah lelaki ni kan??
hehehe…..
Harap2 cpat2 la dpat baby, boleh la jodohkan dgn baby ur BOSS… hehe…
Kak Erra ada tak time majlis tu????
January 2nd, 2009 at 6:57 pm
hai budiey…
sebelum tu slmt pgntin baru to zaff,cute you seri pengantin terserlah,smoga berbahagia selamanya,saja nk kongsi ngan budiey,niza baru balik dari phuket,hmmm makin pesat kt sana,tapi tentang makanan jgn risau ,dh byk makanan halal kt phuket,you honeymoon kt sana kan,have fun yaaa..
January 2nd, 2009 at 7:06 pm
Hai Niza,
Memang berseri Zaff… natural beauty.
Yup, insyallah kami honeymoon kat Phuket atau Koh Sah Mui…
Terima kasih Niza sbb sudi layari blog Budiey ya.
Peace~!
January 2nd, 2009 at 11:22 pm
I like her make up…very natural looking and not OTT….