Selamat Hari Jadi Muid Latif!
kredit foto: Muid Latif Flickr
Hari ini, tanggal 24 Februari adalah hari ulangtahun Muid Latif yang ke 29. Jadi, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada Muid Latif. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki yang melimpah ruah, dikurniakan kebahagiaan serta kesejahteraan di dunia dan akhirat. Insyaallah.
Budiey juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Muid kerana sudi mengundang saya ke majlis parti ulangtahun kelahirannya yang diadakan di Galeriizzu, Wisma UOA, Jalan Pinang, Kuala Lumpur pada hari ini.
Untuk pengetahuan pembaca Sensasi Selebriti, Muid Latif merupakan seorang aktivis seni, pereka, pelukis seni digital, dan dia juga seorang penari stail bebas. Dia juga seorang pengasas portal info seni grafik, Digital Malaya.
Kalau anda masih ingat, saya pernah menemubual Muid Latif secara eksklusif di blog ini. Mahu baca temubual eksklusif bersama Muid, sila klik: Singgah-singgah Blog: Seni, Kanvas & Muid Latif
Insyaallah, petang nanti saya akan ke Gallerizzu untuk berparti bersama Muid & the gang. Katanya, majlis bermula pada jam 3 petang. Menunya ayam goreng KFC (yummi yummi)… mesti happening sebab katanya Muid akan melancarkan laman webnya: http://www.moedlatif.com/
Yang istimewanya, Muid juga akan mempersembahkan bakat tarian bebasnya kepada hadirin. Anda boleh menonton tarian bebas dari Muid di laman web sini.
Jumpa di sana!

Tags: Ucapan
Tags: UcapanClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:



