Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Selamat Berpuasa Kepada Semua Pembaca Sensasi Selebriti



Kepada semua pembaca blog Budiey, selamat berpuasa dan menyambut Bulan Ramadhan al Mubarak yang mulia…

“Daripada Abu Hurairah r.a daripada Rasulullah saw Baginda bersabda maksudnya: “Segala amal kebajikan anak Adam itu dilipat-gandakan pahalanya kepada sepuluh hinggalah ke 700 kali ganda kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu adalah untukKu dan Aku (Allah) memberikan balasan pahala kepadanya, kerana dia (orang yang berpuasa) telah meninggalkan syahwat dan makan minumnya kerana Aku.” (Hadith Qudsi Riwayat Muslim)

Ramadhan

Sempena kedatangan bulan Ramadhan al Mubarak ini, Budiey ingin memohon maaf seandainya ada kesalahan yang telah dilakukan. Selamat menunaikan ibadah puasa kepada pembaca yang beragama Islam. Semoga dengan ketibaan bulan yang penuh barakah ini, kita sama-sama diberikan cahaya keimanan yang teguh.

Dalam diam, ada yang sudah memohon cuti selama sebulan. Dia yang kita kenali sebagai syaitan telah diikat dari mengacau dan menggoda manusia. Yang ada hanya nafsu yang masih bersemadi dalam diri dan jasad manusia. Kini peperangan melawan nafsu bermula dan tidak semudah yang disangka.

Bersederhanalah dalam berbelanja, berpada-pada ketika berbuka, jaga badan dan kesihatan juga, tunaikan ibadah terawih dengan ikhlas seadanya dan semoga kita dilimpahi cahaya dan sinar dari Yang Esa.

Selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua.

Ramadhan, bulan yang penuh rahmat dan keampunan sudah diambang pintu. Marilah kita sambut bulan suci ini dengan hati yang suci dan bersih. Semoga kita dapat memanfaatkan bulan yang penuh rahmat ini dengan meningkatkan kualiti keimanan dan taqwa kita… (Insya Allah, amin!!!)

Indah alam dengan rerama,
Cantiknya rerama menambat si hawa,
Bulan Ramadan kini menjelma,
Sambutlah ia dengan penuh taqwa.

Hamba datang dengan satu hajat,
Hajat berdagang dirantau orang,
Semoga dagangan membawa berkat,
Biar berlebih jangan berkurang….

Tags:

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Kad Raya MMS Dari Pembaca Budiey.com
  • Movie Day Out Bersama Pembaca Sensasi Selebriti Filem Star Trek
  • Happy 1st Anniversary to Blog Sensasi Selebriti
  • Movie Day Out Bersama Pembaca Sensasi Selebriti Filem ORPHAN
  • Selamat Hari Raya Aidilfitri 1429H/2008
  • Movie Day Out Sensasi Selebriti – THE FINAL DESTINATION
  • Gambar Sekitar Movie Day Out Sensasi Selebriti – SORORITY ROW
  • Movie Day Out Sensasi Selebriti – SORORITY ROW
  • Movie Day Out Bersama Pembaca Sensasi Selebriti Filem Syurga Cinta
  • Peraduan Celebrating of The Legend is Born Ip Man



  • 5 Komen untuk entri “Selamat Berpuasa Kepada Semua Pembaca Sensasi Selebriti”

    1. badiuzaman kata:

      Selamat Menjalani Ibadah Puasa

    2. kita kata:

      selamat ramadhan dari kita jugak

    3. xXYaNaXx kata:

      selamat menyambut ramadhan almubarak
      ut budiey n cmua umt islam….

    4. Zam Emzeti kata:

      Syahdu nyer..
      Begitu cepat masa berlalu..
      Harap2 lama Budiey ni sentiasa best..best selamanya..
      Campur aduk gak dgn international news ker..

    5. naNaku kata:

      Selmt berpuasa gak tuk budiey… :)
      hehehehehhe hope tabah menjalani ibadah ramadhan….

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK