Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Sekitar Wrap Party Filem Syurga Cinta Arahan Ahmad Idham



Hui, hari Jumaat lepas banyak betul event. Letih juga nak cover semua. Sampai tak menang tangan. Paginya, ada event Hotlink – Gang Starz, kemudian petangnya pula ada Wrap Party (parti bungkus? atau dengan istilah yang tepat, party gulung tikar?, apa-apa je lah) untuk filem Syurga Cinta. Malamnya pula kena pergi lagi dua party iaitu Party Sambutan Anniversary 10 Tahun Channel Feel Good NTV7 dan Party Suprise untuk model dan Miss World Malaysia 2007/2008 iaitu Deborah Henry. jadi semua sekali ada 4 event. Alhamdulilah, Budiey dapat menyelesaikan kesemua misi pada hari tersebut.

Budiey nak ucapkan tahniah kepada krew belakang tabir dan para pelakon filem Syurga Cinta kerana telah berjaya menyiapkan filem ini. Pada 18 Julai lalu, Budiey telah dijemput oleh Metrowealth untuk menghadiri Wrap Party yang diadakan secara sederhana di Restoran Lemon, The Mines Shopping Fare, Sri Kembangan. Sebenarnya, tidak ramai media yang dijemput. Cuma Sensasi Selebriti dan krew Artis Malaysia sahaja yang diberi peluang untuk buat liputan. Terima kasih sekali kerana memberi ruang eksklusif kepada kami.

Budiey kira majlis meraikan tamat pengambaran filem terbitan David Teo ini bukan sahaja memberi penghargaan kepada semua krew pengambaran yang bertungkus lumus menyiapkan pengambaran, tetapi ianya melambangkan rasa kesyukuran kerana pengambaran berjalan dengan lancar sebagaimana yang dirancangkan.

Turut hadir di majlis itu, pelakon utama filem Syurga Cinta iaitu Awal Ashaari dan Hadziq. Cuma Heliza yang tidak dapat hadir. Pengarah fotografi, Indra Che Muda juga turut bersama memeriahkan majlis.

Selain celoteh dari pengerusi majlis iaitu Azahari, majlis diceriakan dengan ucapan dari pengarah filem ini iaitu Ahmad Idham dan David Teo.

Ahmad Idham begitu amat menghargai kerjasama semua tenaga produksi kerana membolehkan pengambaran dijalankan dengan lancar. Walaupun begitu, atas faktor cuaca, jadual pengambaran telah terlewat sehari dari yang dirancangkan. David Teo pula rasa cukup berbangga dengan hasil kerja yang ditunjukkan oleh produksi untuk filem ‘Syurga Cinta.’ Walaupun jadual pengambaran terlewat sehari, namun bagi David, komitmen yang diberikan harus diberi pujian.

Semoga filem yang akan menemui penonton tahun 2009 ini mendapat sambutan yang begitu menggalakan khususnya kepada peminat Heliza, Awal dan Hadziq,

Awal Ashaari dahi berminyak tu.

Gaya Urban

Adik – abang macam belangkas, tak boleh dipisahkan.

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Video Adik Hadziq Tom Tom Bak Baca Skrip Filem Syurga Cinta
  • Syurga Cinta Raih RM1.3 Juta Dalam Masa 1 Minggu
  • Poster Filem Syurga Cinta Lakonan Awal Ashaari & Heliza
  • Sekitar Majlis Pelancaran Filem Syurga Cinta
  • Gambar Sekitar Promosi Filem Jangan Tegur di Singapura
  • Filem Senario The Movie Episod 1 Berjaya Pecah Rekod
  • Movie Day Out Bersama Pembaca Sensasi Selebriti Filem Syurga Cinta
  • Senarai Top 5 Pengarah Filem Terbaik & Barisan Juri FFM23
  • Sekitar Majlis Pelancaran Album Soundtrack Filem I’m Not Single
  • Gossip Ahmad Idham Jadi Ketua Pengarah FINAS?



    • http://obefiend.blogspot.com obefiend

      awalicious?

      gay dar warning……

    • http://www.shimawar.blogspot.com mawar

      ensemnye awal..suke……suke…..hihi.. ;)

    • hazman

      best gler flem “SYURGA CINTA”

    • shin chanz

      hehehhehe..awal look so ggous..umphhhhh!!!!!!!!!!1



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK