Sekitar Ujibakat Mentor TV3 Lah Ahmad dan Adibah Nor
SAMBUTAN HANGAT DI SESI UJI BAKAT MENTOR 3
Giliran Lah Ahmad dan Adibah Noor Pula Mencari Protege!
Jaclyn Victor dan Mas Idayu sudahpun bersedia dengan calon masing-masing selepas sesi pemilihan ujibakat Mentor musim ke-3 yang diadakan di Theatrette, Sri Pentas. Kini, giliran Lah Ahmad dan Adibah Noor pula untuk memperkenalkan protege mereka yang kini sedia untuk dididik dan diasah bakatnya menjadi penghibur terkenal.
Lebih kurang 300 calon telah hadir untuk ke sesi ujibakat yang berlangsung pada hujung minggu baru-baru ini. Sebilangan besar telah pun membanjiri ruang Theatrette, Sri Pentas sejak awal pagi lagi. Selain daripada kawasan sekitar Lembah Klang, antara yang hadir ada yang berasal jauh daripada Kedah, Pulau Pinang, Johor, Pahang termasuklah Sabah. Walaupun datang daripada latar-belakang yang berbeza, jelas sekali kesemua calon-calon yang hadir ke sesi ujibakat begitu teruja dan bersemangat untuk mencuba nasib bersama Lah Ahmad dan Adibah Noor.

Menurut Lah Ahmad, “Program Mentor mempunyai kandungan aplikasi yang berbeza kali ini, pastinya kita boleh lihat usaha bersama diantara mentor dan protégé dalam penghasilan sesuatu diluar jangkaan. Melihat kepada potensi peserta-peserta yang hadir ke sesi ujibakat, tidak dinafikan ramai antara mereka mampu menyanyi dengan baik, namun pemilihan lagu yang kurang tepat dengan suara menyukarkan mereka menyampaikan lagu dengan baik. Jadi menggalas tugas utama sebagai mentor, saya akan pastikan kelemahan ini boleh diperbaiki dengan latihan muzik dan vokal yang akan dijalankan kelak. Saya yakin, dengan landasan yang disediakan oleh stesen televisyen dengan program-program realiti begini mampu melahirkan penyanyi-penyanyi baru yang berkualiti.”

Manakala penyanyi popular yang pernah menggondol Anugerah Juara Lagu ke-21 dengan lagu “Teristimewa”, Adibah Noor berkata, “Sambutan sesi ujibakat kali ini sungguh memberangsangkan. Walaupun pencarian calon mengambil masa yang agak lama memandangkan saya amat menitikberatkan bukan sahaja proses pemilihan vokal yang baik malah turut melibatkan individu yang mempunyai personaliti yang boleh digilap sebagai seorang bintang, namun, saya amat berpuas hati dengan calon-calon yang berjaya kami kumpulkan pada hari ini. Setelah menjalani sesi ujibakat peringkat akhir, saya yakin protege bertuah saya bakal menggegarkan pentas Mentor 3!”
Walaupun pendaftaran untuk sesi ujibakat ditutup pada pukul 5.00petang, namun kedua sesi ujibakat Lah Ahmad dan Adibah Noor berlarutan hingga lewat pukul 12 malam untuk memastikan proses pemilihan dijalankan secara menyeluruh di mana calon-calon yang berpotensi diberikan sekeping tiket ‘oren’ oleh mentor dan diminta untuk hadir semula ke sesi pemilihan peringkat akhir.
Uji bakat Mentor 3 akan masuk ke minggu ketiga yang akan menampilkan komposer dan penyanyi terkenal, Ajai pada hujung minggu ini (Sabtu, Mac 28). Kesemua sesi ujibakat berlangsung di Theatrette, Sri Pentas dan bermula pada 14 Mac 2009 sehingga 4 April 2009 bermula jam 10.00 pagi hingga 5 petang. Oleh itu, bagi para peserta yang berminat untuk menjadi Mentor kepada penyanyi idola masing-masing, bolehlah menghadiri ke sesi ujibakat yang akan diadakan seperti berikut:-
28 Mac 2009
Uji bakat Mentor 5
Ajai
4 April
Uji bakat Mentor 6
Awie
Peserta yang ingin menyertai gelanggang Mentor semestinya berusia antara 17-25 tahun, memiliki bakat, vokal yang mantap dan pakej, berjaya menambat hati Mentor yang menjadi pilihan mereka, menyanyi secara solo, tidak terikat dengan sebarang kontrak dan boleh memberikan sepenuh perhatian terhadap program Mentor. Peserta yang menghadiri uji bakat harus membawa kad pengenalan, gambar berukuran pasport dan 4R dan membawa minus one lagu-lagu yang bakal mereka persembahkan untuk penilaian Mentor pilihan mereka.
Semestinya, Mentor mempunyai kebebasan 100% untuk memilih protege hasil dari penelitian melalui uji bakat yang disaring oleh mereka. TV3 tidak meletakkan sebarang garis panduan khusus kepada Mentor untuk memilih protege masing-masing kerana kriteria dan kelayakkan ditetapkan oleh para Mentor sendiri mengikut genre mereka.
Program Mentor mula diperkenalkan pada tahun 2005 mempamerkan barisan Mentor yang tergolong dari penyanyi popular tanah air iaitu Nora, Hattan, Liza Hanim, Siti Nurhaliza, Zainal Abidin, Ning Baizura, Cat Ruffedge, Noraniza Idris, Kumpulan VE, Amy Search dan Hazami. Mentor 1 berjaya menjulang Pija dan Zainal Abidin sebagai Mentor manakala Mentor 2, kemenangan berjaya diraih oleh Fiq melalui hasil tunjuk ajar sifunya, Amy Search.
Program Mentor akan ditayangkan bermula pada 19 April 2009, setiap hari Ahad jam 9.00 hingga 10.30 malam (Konsert Mingguan Mentor akan bermula pada 3 Mei 2009), Jurnal Protégé setiap Ahad jam 5.30 hingga 6.00 petang yang menyorot persediaan serta aktiviti protégé bersama mentor juga Jurnal Mentor iatu diari harian protégé akan ditayangkan setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 7.28 malam.
Pastikan anda tidak ketinggalan untuk hadir ke sesi uji bakat pada 28 Mac untuk menjadi protege Ajai manakala mereka yang berminat berkolaborasi dengan penyanyi rock, Awie pula diminta hadir pada 4 April! Tunjuk ajarku SIFU kini bermula!


Tags: Adibah Nor, V.E.
Tags: Adibah NorClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





March 25th, 2009 at 10:40 am
aku ske gila sora dorang ne…nk gak jadi protoje, tp apa kan daya aku sedar sora ku xsesedap mereka….hahaha
March 25th, 2009 at 11:14 pm
jom layan naruto jom…klik name aku..
March 26th, 2009 at 12:17 am
Lah ahmad tu sape?
March 26th, 2009 at 2:01 am
hye..
gmbr i msk cn la.
i yg pkai baju kemeja hijua tu.
hehe
beshnye.
spe2 nk knl i tgk la myspace i .
lan_purpleboy@yahoo.com
April 7th, 2009 at 11:48 pm
saya ni satu d antara sejuta org yg meminati program reality tv iaitu mentor,sya nak tanya bila uji bakat mentor d langsungkan di sabah
April 29th, 2009 at 2:48 pm
ok ler tu………
April 29th, 2009 at 2:49 pm
aku ska tgk glagat bdk mentor.
May 6th, 2009 at 11:43 am
aQ bnci la awie….yg plg aaQ ske ialah mas idayu dan jac..
June 2nd, 2009 at 8:01 pm
i minat sgt ngn protege ajai….chaq….
July 2nd, 2009 at 12:45 am
untk lah amad, sy pastikan beliau blh mnjd pengjr untk peserta MENTOR 3 yg berpotensi. krn dlht dr vocalnya pun okey. INDONESIA.
November 10th, 2009 at 2:25 pm
sye mnt sngt dgn lah ahmad wlupown dye tak brape populor
March 5th, 2010 at 6:30 pm
saya berminat ingin menyertai mentor…
tapi saya tak tau macan mana ingin menyertainya…
tapi apa2 pun saya menyokong industri tanah air kita…
cayook…
March 5th, 2010 at 6:32 pm
saya pula ingin menjadi mentor adibah nor…
i like she coz…
suara adibah lantang…
February 20th, 2011 at 7:10 pm
saya berminat menyertai mentor,,
saya ingin menjadi mentor awee.
suara awee memang bergolombang..power bah.