Home HOME | My Few.net | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Who Linked Me | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)









[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]






Sekitar Tayangan Media Filem Chermin

Bertempat di Golden Screeen Cinemas One Utama telah berlangsung 15 Mac 2007 Majlis Pra Tonton filem CHERMIN. Dihadiri oleh para pelakon dan krew produksi filem tersebut serta para media, majlis ini dipengerusi oleh pengacara TV3, Ahmad Fedtri Yahya.

Cahaya suram yang berbalam-balam sengaja dicipta untuk memberikan suasana ruang dewan menandakan filem ini penuh dengan unsur dan elemen seram yang mengerikan. Sebelum ucapan daripada pengarah, doa dibaca oleh pelakon M Rajoli.

Antara yang datang, Harith Iskandar, Ramli Hassan, Datuk Siti Azizah Abot selaku Pengerusi Kraftangan Malaysia, pengarah Saw Teong Hin,

Filem Chermin adalah sebuah filem seram yang lain dari lain. Bukan mudah untuk pengarah wanita yang muda untuk mencipta sesuatu yang baru seiring dengan cabaran dunia filem semasa. Filem Chermin melahirkan seorang lagi pengarah berkaliber yang bakal mewarnai dunia filem Malaysia. Usah pertikaikan isu adakah mampu untuk pengarah baru seperti Zarina Abdullah ini menandingi mutu filem dari pengarah wanita seperti Shuhaimi Baba dan Yasmin Ahmad? Percubaan yang baik saya rasa telah dibuat untuk memastikan filem Chermin mempunyai keunikan tersendiri dari segi pembikinan.

Kos pembikinan Filem Chermin adalah daripada Dana Pinjaman. Sebanyak 15 filem telah diluluskan untuk tayangan. 6 daripadanya sudah ditayangkan. RM50 juta dana diperuntukan dan sebanyak RM12 juta telah dikeluarkan. Dana ini adalah untuk semua penerbit.

Chermin menjadi filem ke 5 yang diluluskan oleh Skim Wajib Tayang. Tahun 2006 menyaksikan kutipan Rm20 juta mengatasi kos perbelanjaan filem sebanyak Rm36 juta,  Sesuatu yang memberangsangkan kerana pada tahun hadapan katanya 36 filem yang masih menunggu untuk tayangan. 16 filem lebih banyak daripada tahun ini. Peningkatan jumlah kutipan akan bertambah seiring dengan pertambahan pawagam.

Chermin, dengan ejaan sanskrit yang mengambarkan sesuatu yang antik, lama dan misteri.

Anda sudah menonton filem Chermin? Apa pendapat anda tentang filem sulung arahan Zarina Abdullah ini?

Farid Kamil

Pendaftaran para jemputan dan media wartawan.

Poster Chermin

Uniknya bila diletak sebuah cermin berukiran antik di meja pendaftaran.

Deanna Yusuff dan Zarina Abdullah

M. Rajoli

Farid Kamil sedang bergossip bersama Piere Andre

Pereka fesyen Amir Luqman & Isma Yusoof 

Penyampaian hadiah untuk pemenang peraduan di majalah Cosmopolitan.

Dato’ Mustapha Ma’aruf

Deanna Yusoff bergaun merah menyala.

Saw Teong Hin, pengarah Puteri Gunung Ledang pun ada.

Natasha Hudson, Deanna Yusoff dan Zarina Abdullah

Ahmad Fetri Yahya selaku pengerusi majlis.

Pereka fesyen Amir Luqman & Isma Yusoof  di meja makan

Natasha Hudson, cantik, muda, lawa dan anggun.

Menu makanan yang lazat.

Saya sempat berbual-bual dengan Isma, Amir dan Pierre Andre. Sesi soal jawab tidak dibuat di dalam dewan tapi di luar pawagam.

Terima kasih pada Starry Eye Production khasnya Puan Ummi Khaltoum Abdullah atas jemputan.

Tags: , , , , , , , , , , ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Chermin To Be Screened At Italian Film Festival
  • Natasha Hudson & Datuk Shahrin Zahari Berkahwin 4 Ogos?
  • Natasha Hudson Pelakon Tipu Kanan Tipu Kiri Hamil 4 Bulan
  • Chermin Catit Sejarah Filem Malaysia Pertama Ditayangkan di Puchon International Fantastic Film Festival
  • Penerbit Tidak Jemput Pengarah Filem di Majlis Prebiu?
  • Pencalonan Akhir Finalis Festival Filem Malaysia (FFM) ke-20
  • Profile Para Pelakon Filem CHERMIN
  • Trivia: Belakang Siapa Ini?
  • Sinopsis Filem CHERMIN
  • Gambar Puteri Sarah Liyana di Prebiu Media Lu Fikirlah Sendiri



  • 6 Komen untuk entri “Sekitar Tayangan Media Filem Chermin”

    1. affanazami kata:

      hey, just watch chermin. ok la.. tau tak, 9 org je dlm panggung. sedeyh.. promosi tak kuat.. best la jugak. leh thn. cant wait for JANGAN PANDANG BELAKANG

    2. lily kata:

      ok la utk filam pertama zarina abdullah. hopefully pas ni dpt up kan lg… storyline tak brp best. skrip pun mcm tak kena. pendek kata filem ni tak memuaskan. (sdg tunggu Jangan Pandang Belakang)

    3. Mohd Yusoff kata:

      Firstly I would like to congratulate Zarina for a good start “Chermin”.As her debut we should give her a big applause!A classical element in the movie impressed me so much.What a beautiful cinematography! The story line is not bad either even though sometimes you feel lost(bored). Anyway that doesn’t mean “Chermin” is not good. Why the beautiful talent like Natasha Hudson had discovered very late? She as Nasrin so alive and look like in a real world.She’s amazing and beside Jennifer Hudson,another oscar should be won by Natasha Hudson,at least best new comer.Other cast performed well too.Deanna Yusof as Mastura did a great job and don’t forget she’s won best actress award! “Chermin is watchable and believe me that you won’t regret watching it! I look forward for Zarina next project. All the best!

    4. fieza cambagoz kata:

      cite y paling busan ya aku pernah tgk!!!!!boring gle!!!!

    5. shed kata:

      oklaaa.not bad..stu prcubaan yg bguus, x terlalu over mcm citer yg dibuat oleh prof.madya mohaideen..sory juz 4 commenting..cuba yg terbaik lg..ramai2 meriahkan industri prfileman negara..

    6. Honeybee kata:

      Suka tgok DY n NH .. mcm adik beradik!

    =========================
    PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN,

    SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM


    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Hits & Statistic





    View Blog Stats







    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK





    Nantikan MOVIE DAY OUT BERSAMA PEMBACA - FILEM EVOLUSI KL DRIFT tak lama lagi!