in

Sekitar ‘Suprise Birthday Party For Deborah Henry’

Pada 18 Julai lalu, Budiey dijemput oleh IZ OIAM2 ke ‘Suprise Birthday Party For Deborah Henry’ (Parti Kejutan Hari Jadi Deborah yang ke 23 tahun) buat model dan Miss World Malaysia 2007/2008 iaitu Deborah Priya Henry. Di mana pada malam itu IZ OIAM2 adalah artis jemputan untuk menghiburkan tetamu.

Terima kasih kepada IZ dan juga Kenji kerana sudi menjemput. Memang pada malam itu, party agak private dan tiada wartawan pun yang dijemput. Terima kasih kerana sudi memberikan bahan eksklusif kepada kami.

Bertempat di tingkat atas Heritage Mansion Master Lounge, parti hari jadi begitu meriah dan diraikan bersama famili, teman rapat serta beberapa selebriti terkenal.

Deborah Priya Henry, Donna, Atilia & Budiey

Sebalik Kejelitaan Deborah

Gadis yang dibesarkan di Kuala Lumpur ini sebenarnya mempunyai darah kacukan Ireland dan India Malaysia. Deborah Priya Henry lahir di Dublin pada 7 Julai 1985. Mempunyai ukuran badan 32-24-35. Suka memasak di masa lapang, Deborah mendapat pendidikan di Sekolah Antarabangsa Sayfol, Kuala Lumpur. Ketika zaman persekolahannya, dia cukup aktif dalam bidang sukan, bermain bola jaring, bola tampar serta pernah memenangi pingat emas dalam temasya seukan sekolah antarabangsa di sini. Dia juga pernah menerima gelaran ‘Sportswoman Of The Year.” Deborah mempunyai dua ijazah sains dalam sains politik dan ekonomi dari University Of Queensland, Brisbane, Australia. Selain itu, dia juga merupakan pengasas sebuah organisasi kebajikan dinamakan ‘Open Doors.’ Minatnya ke arah membanteras kemiskinan serta hak-hak kemanusiaan.

Moto hidupnya adalah, “Buat apa yang anda boleh lakukan, berikan usaha dan modal anda. Semua orang boleh memainkan peranan dalam memberikan kesan yang lebih hebat, sekarang dan masa depan.”

Terima Hadiah Dari Adidas

Bila dah kata hari jadi, maka tak sah kalau tak bawa hadiah. Memang Deborah Henry dapat banyak hadiah.  Jenama pakaian sukan, Adidaas turut menghadiahkan sepasang kasut sebagai membalas segala sumbangan dan menghargai jasa Deborah dalam kerja-kerja amalnya.

Lebih kurang 50 orang tetamu telah memenuhi ruang kelab itu, antaranya penyanyi terkenal Atilia, pelakon drama Iqram Dinzly, Bill Borra, IZ OIAM2 dan ramai lagi.

Dari kiri, Bill Borra, Iqram Dinzly, Budiey, Hairy, Fara Intrend, Kenji dan IZ OIAM2

Hiburan Dari IZ OIAM2 dan Cassandra Patrick

Sebagai hiburan, IZ OIAM2 dan Cassandra Patrick telah menghiburkan tetamu dengan rangkaian lagu-lagu. IZ telah membawakan lagu single Inggerisnya; Gonna Be Alright, Vanishing dan Lullaby Birdland. IZ juga turut berduet bersama Cassandra dengan lagu Atilia dan juga lagu Getaran Jiwa. 

Budiey tidak kelewatan ingin mengucapkan selamat hari jadi buat Deborah. Semoga sentiasa dilimpahkan kesihatan dan kebahagian seadanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Erra Fazira Keguguran Sebab Urut Kaki

Trivia: Beg Pelakon Wanita