in ,

Sekitar Soft Launching Album Hunny Madu

Pada 18 Februari yang lalu, jam 4 petang telah berlangsung Pra Pelancaran Album Hunny Madu di No Black Tie. Rasanya, ramai pembaca yang kenal dengan Hunny Madu. Kalau tengok Quickie di 8TV, korang mesti kenal Hunny Madu.

Hunny Madu adalah satu nama yang tidak asing lagi di dalam dunia pengacaraan. Titik tolak kerjaya penulis lagu dan penyanyi berbakat ini dalam bidang pengacaraan bermula pada tahun 2005 apabila beliau diberi peluang untuk mengacara program Rexona No Sweat Challenge selama dua musim.

Hunny, yang mempunyai Ijazah Perhubungan Awam & Kewartawanan daripada sebuah universiti di Australia ini kemudiannya telah menyertai ASTRO pada tahun 2007, dan sekali lagi di beri peluang untuk mengendalikan program Hitz.TV. Sepanjang penglibatan beliau di ASTRO, beliau telah berpeluang menwawancara nama-nama terkenal antarabangsa seperti Gym Class Heroes, Click Five dan My Chemical Romance.

Pada tahun yang sama, Hunny diperkenalkan kepada bidang pengacaraan radio dan diberi kepercayaan untuk mengendalikan rancangan Hitz Party,sebuah program harian-malam untuk stesen Hitz.FM. Melihat prestasi cemerlang Hunny mengendalikan rancangan tersebut, Hunny kemudiannya diserapkan ke stesen Xfresh FM sebagai penerbit dan pengacara, dimana beliau telah berkerjasama dengan Burn AF ……

Hunny yang menyedari bakatnya sebagai pengacara radio kemudiannya menerima tawaran dan beralih kepada stesen FLY FM, dimana bernaungnya pengaraca-pengacara berbakat yang terkenal, termasuklah abangnya sendiri, Hafiz Hatim.

Tahun 2008 juga merupakan  tahun bermulanya karier Hunny dalam bidang lakonan. Drama pertama Hunny berjudul ‘5 Jingga’ telah ditayangkan di 8TV, dimana Hunny telah membawa 2 watak, iaitu Mia dan Lianna. Lebih mengembirakan, tahun ini Hunny telah menerima satu lagi tawaran daripada 8TV, iaitu untuk mengacarakan Quickie!

Kejayaan Hunny Madu sebagai pengcara radio dan TV pada hari ini, sebenarnya bermula apabila kumpulan hip hop yang dianggotainya, Admonition mendapat tempat ketiga  dalam program pencarian bakat musim pertama “Blast Off” terbitan ASTRO, pada tahun 2003. Semenjak dari itu, Hunny tidak lagi memandang kebelakang dan terus fokus dengan kerjaya solonya, dan memperjuangkan genre muzik yang unik – hip hop jazz.

EP ini adalah sebuah karya nukilan dan terbitan Hunny Madu pertama yang dinamakan ‘Bila Dunia’. Mengikut kata-kata Hunny, “Inilah interpretasi saya terhadap erti muzik; tiada batasan.”

EP ini mengandungi dua lagu melayu & dua lagu Inggeris yang dirakamkan serta diberi unsur-unsur hip-hop live.

Terangkan sedikit tentang EP BILA DUNIA

1. Bila Dunia:
Bertempo ‘moderate’ rancak hip hop / reggae, liriknya menceritakan tentang imaginasi & persepsi seseorang individu tentang dunia ini.

2. That Way:
Muzik berfokus kepada gitar jazz & saxophone sambil menceritakan tentang cara orang melihat individu-individu lain.

3. Suara:
Menampilkan unsur-unsur Jawa sambil menceritakan tentang materialisma.

4. Don’t You Play:
Lagu hip hop live berirama rancak dan lirik mengenai putus cinta (secara freestyle rap).
Hunny mengharapkan agar EP ini dapat menarik perhatian peminat-peminatnya sebelum album penuh beliau diterbitkan. Album pertamanya dijangka akan keluar pada suku ke-tiga tahun ini.

Sebuah EP Tour dengan Hunny Madu akan di bermula pada 13 Mac 2009 di tempat-tempat berikut:

  1. 13 Mac 2007, ‘EP Tour Launch @ Laundry Bar, The Curve’
  2. 3 April 2009, ‘EP Gig @ Bangkok Jazz, Chulan Square’
  3. 17 April 2009, ‘An Acoustic Jam @ The Apartment, KLCC’
  4. 1 Mei 2009 , ‘Tour Finale @ No Black Tie’

Jualan EP Hunny Madu akan dibuat hanya di lokasi-lokasi yang tersebut di atas.

Turut memberi sokongan tour promosi ini adalah Puteri Azelea & Puteri Yasmin daripada PU3, Nurita daripada Nurita Harith / fashion.fizjedar & Ena daripada Ena Photography.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Misha Omar Berlakon Dalam Drama Siri Julia Juli

Jawapan Trivia: Riz AF Belakang Fasha Sandha