in ,

Sekitar Sidang Media Teater BUKAN DEJAVU di Istana Budaya

Pada 12 Jun 2008 yang lalu satu sidang media teater Bukan Dejavu telah diadakan di di bilik media di Istana Budaya pada jam 3 petang. Turut hadir adalah barisan para pelakon, penerbit, penulis skrip dan pada media.

Bukan Dejavu bakal menemui peminat teater di Dewan Bahasa & Pustaka (DBP), Kuala Lumpur bermula 9 hingga 13 Julai 2008.

Hasil ilham dan tulisan skrip asal Ismail Kassan ini dilihat bakal menerbitkan impak semaksima mungkin kerana memaparkan kisah masyarakat yang dibelenggu pelbagai masalah keluarga dan sosial. Dengan mengusung tema yang agak berat, Bukan Dejavu arahan Siti Rohayah Attan ini juga bakal mengusung seekor kambing sebagai salah satu prob di atas pentas. Dikatakan kambing ini akan ‘disembelih’ dan dilapah untuk menjadi hidangan kepada kenduri aqiqah.

Bagaimana kambing ini boleh sampai ke pentas, itu anda semua perlu tonton.

Selain kisah yang merungkai perasaan penonton. Kesedihan teater ini bakal mengundang air mata penonton, kegembiraan kisah teater ini juga bakal menyuntik ketawa berdekah-dekah dari penonton, begitu juga seriau dengan melihat pisau-pisau tajam yang dihunus dalam beberapa babak cemas dan begitu juga dengan rasa geram yang boleh membuat penonton tidak senang di kerusi.

Budiey kira setelah menonton teater ini di sesi pra tonton yang diadakan pada 4 Julai lalu, secara keseluruhan bolehlah saya menganggap teater ini penuh dengan perasaan. Pelbagai perasaan bakal disuntik kepada penonton. Tentang perihal kasih sayang seorang anak yang rasa maruahnya tercalar dek kerana ibu memilih jalan-jalan gelap menjadi GRO. Tentang perihal haruan makan anak yang menjadi isu lapok tetapi masih lagi menular dalam masyarakat.

Suka Budiey menyentuh lakonan berkesan dari Norish Karman yang membawa watak perempuan GRO bernama Nora. Nampak jelas di depan mata saya, Norish begitu matang dalam melontarkan dialog-dialog walaupun katanya ada yang tersilap arah, namun tidak disedari oleh penonton. Keberkesanan membawa watak seorang ibu yang terdera dek disingkir oleh anak sendiri begitu mendalam dirasakan. Tidak syak babak di mana Nora memohon untuk memeluk anaknya yang sampai di bumi Malaysia sehingga Nora merajuk dan tidak mahu memaafkan anaknya, seterusnya tercetus pergolakan hati, antara egois insani dan kasih sayang seorang ibu yang tak bertepi. Kalau anda seorang yang dikurniakan kasih sayang dan jiwa yang halus, sudah tentu babak ini menagih air mata jatuh dari pipi kalian.

Lakonan Datuk Jalaluddin Hassan sebagai Tahir yang menjadi dalang antagonis yang merogol anak sendiri sehingga mengandung juga dinantikan oleh peminat. Babak-babak pertengkaran Tahir juga ada diselit dengan lawak jenaka.

Penyanyi dan pelakon Safura yang memegang watak Ustazah Salmi memang sesuai dibawakan. Dengan suara lemah lembut dalam nada yang rendah, Safura yang tampil bertudung litup dan berjubah dalam teater ini berjaya memberikan satu transisi baru yang berbeza dengan watak Safura sebelum ini.

Jangan hairan kalau ada yang tidak mengenali imej ‘Safura’ yang memakai tudung dalam teater ini.

Segala kisah yang dipaparkan begitu berkesan dan melekat di hati saya dan diharapkan ianya menjadi petunjuk dan panduan untuk semua penonton.

Kepada pembaca yang mahu menonton teater ini, sila dapatkan tiket anda sebelum kehabisan.

Untuk info lanjut, lawat blog Bukan Dejavu:

http://bukandejavu.blogspot.com

Antara pelakon teater Bukan Dejavu:

Safura sebagai Ustazah Salmi

Juhara Ayub sebagai Narti

Adik cilik ini juga turut berlakon sebagai Siti, adik kepada Jamilah. Anak si Tahir.

Mardiana Ismail sebagai Jamilah

Arbaiah Ahmad Nadzri sebagai Norma. Anak kepada Nora (Norish)

Gambar-gambar sepanjang sidang media Teater Bukan Dejavu:

[tags]teater, bukan dejavu, Juhara Ayob, Shukor Yon, Datin Norish Karman, Safura Yaacob, Datuk Jalaluddin Hassan, Rasdi Daud, Ahmad Nadzri, Mardiana Ismail, Siti Ameira, siti rohaya atan, Zulaiqha Hasmuri, Rasdi Daud, Shaari Shafie, Yussak Kassan, protest, gathering anuar ibrahim, kelana jaya[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Download Lagu Terbaru Butterfingers MAHARANI di Guamusic

Gambar Zahnita di Pameran Pengantin Malaysia 2008