Teknik Memikat Melalui Sains!!!


Home HOME | My Jurnal | My Few.net | Foto Blog | Tips Money | Who Linked Me | Enter-tainment | Hubungi | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)

























[ Lebih 20 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]





Sekitar Sidang Media Pelancaran Drama 5 Jingga 8TV

Pada 5 Ogos lalu, satu sidang media pelancaran drama terbaru 8TV berjudul 5 Jingga telah diadakan di Multipurpose Hall, Sri Pentas pada jam 3 petang.

5 Jingga adalah sebuah drama pasukan sorak yang akan menemui penonton pada 12 Ogos 2008, setiap Selasa jam 9.30 malam di 8TV. Ditaja oleh UNZA dan merupakan hasil produksi dari Double Vision.

Selain Jehan Miskin, Sasha Bashir, Elaine Daly dan Amy Mastura, drama ini mempertaruhkan ramai muka-muka baru antaranya, Isma Hanum Husein, Siti Saleha, Ainur Syakina, Hunny Madu, Mohammad Ezhan, Renaldo Scully.

Budiey kira ini satu perkembangan positif di mana 8TV begitu menyokong dan memberi peluang kepada bakat-bakat baru yang bakal menyinari. Apatah lagi, mereka ini sebenarnya dicungkil bakat dan ada antara mereka merupakan ahli pasukan sorak.

Drama 5 Jingga mengisahkan tentang kehidupan lapan remaja yang sedang meniti alam persekolahan, kehidupan peringkat remaja mereka serta hubungan sesama mere dan yang paling menarik ada kisah pergaduhan kecil yang tidak disangka-sangka.

Sasha Bashir sebagai Melly

Nik (lakonan Isma Hanum Hussien) mempunyai hati yang cukup suci walaupun adakalanya dia kelihatan seperti agak dingin dan paling diminatinya adalah tarian hip-hop. Walaupun terpaksa berpindah randah dari satu sekolah ke satu sekolah yang lain namun, yang buat dia bertahan hanyalah tarian hip hop yang sudah sebati dalam hidupnya.

Zaleha atau Zai (lakonan Siti Saleha) merupakan kapten pasukan soraknya yang mana dunianya hanyalah kelas-kelas tarian dan hip hop. Zaleha yang hampir kehilangan kepercayaan terhadap dirinya sendiri di atas kejadian-kejadian yang tidak diingininya, namun telah bergantung dan mengharapkan sokongan dari rakan-rakannya.

Jed lakonan Ainur Syakina seorang yang rendah diri dan mempunyai tahap keyakinan yang sangat rendah dan sangat tidak membantunya apabila lemah dari segi akademiknya.Menjadi pemain simpanan boa jaring sekolahnya selama 4 tahun berturut-turut dan ini merupakan tahun akhirnya. Jed mahu membuktikan yang dia bukan hanya layak sebagai pemain simpanan sahaja.

Irwan lakonan Jehan Miskin pula seorang ahli bomba yang masih dalam latihan praktikalnya. Irwan abang kepada Nik sangat sayang kepada adiknya. Dalam diam dia menaruh harapan  terhadap Zai (Siti Saleha).

Joe sebagai Andi

Andi lakonan Muhamad Ezhan (Joe) seorang anggota 5 Ungu dan banyak menghabiskan masa dengan tarian hip hop dan berusaha untuk menjadi seorang penari.

Renaldo Scully sebagai Zaidi

Zaidi lakonan Renaldo Scully seorang ketua pengawas di sekolahnya, menaruh perasaan terhadap Jed. tapi Jed talah berterus terang yang mereka tidak ada keserasian bersama. Kemudian, Zaidi telah menjalinkan hubungan dengan Melly (lakonan Sasha Bashir). Namun, Jed pula beralih arah meminati Zaidi dan membuatkan perasaan Zaidi terhadap Melly mula goyah.

Adakah Nik akan menjalinkan hubungan baik dengan rakan barunya? Adakah dia dapat mencari keserasian bersama Zai, ketua pasuka sorak atau mungkin juga dia mendapat musuh di sekolah barunya?

Tags: ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Siti Saleha Pelakon Drama 5 Jingga Kekasih Baru Jehan Miskin?
  • Drama Ali Din Lakonan Fazren Rafi, Umie Nazira, Hans Isaac, Vanidah Imran
  • Sekitar Pelancaran Drama Ku Milikmu di La Maison Hotel May Tower
  • Peraduan Pelancaran Drama Rona Roni Makaroni
  • Gambar Julia Ziegler di Sidang Media Drama Ampang Medikal
  • Gambar Sekitar 8TV Viewing Party di Bagan Lalang
  • Majlis Sidang Media & Pelancaran Teater Muzikal Islam “Sirah Junjungan”
  • Gambar Selebriti di Majlis Berbuka Puasa Tayangan Unggul & Astro Shaw
  • Selamat Menyambut Ulangtahun Pertama Portal GUA
  • Gambar Ashraf Muslim @ Sidang Media Drama Impian



  • 7 Komen untuk entri “Sekitar Sidang Media Pelancaran Drama 5 Jingga 8TV”

    1. Honeybee kata:

      Huh .. ramainya artis yg x kenal …

    2. Odah onasis kata:

      ada odah kisah…. !!!! tak kenal maka tak cinta!!!!

    3. Obefiend kata:

      i’ve been reading about this drama from Sasha’s blog. she looks cute in a pinafore.

      hurry dudes.. the blog is open to public!

    4. eCy little girl kata:

      eina.!! mish u so mush..! how r u dear.? fine.? hope so..
      wow.! u lookin good in the pica yeah.??!! luv u.!! :)

    5. -abg long shark usj- kata:

      wahai adik ku eina,kamu kelihatan sgguh comel dlm 5 jingga nie..
      he..he..
      jage diri elok2 taw,
      jgn lupe3 pd along..
      salam…

    6. kechik kata:

      eina you are the best! i will support you from behind!

    7. misz tasya kata:

      joe… aduhai sengalnye rupa awak… ensem la skit

    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:
















    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by MERCUMAYA.NET