Sekitar Sidang Media Matta di Planet Hollywood
Pada 23 April lalu, dengan kerjasama Radio Era, satu sidang media telah diadakan di Planet Hollywood pada jam 3 petang. Budiey turut berada di sana untuk berkenalan dengan enam orang anak muda yang sangat gemar mengeksplorasi muzik.
Asal kewujudan grup indie ini, Sunu sebagai vokalis bersama Uwok (pemain drum) telah menjumpai Dicky (pemain gitar), Setia (bass), Igoy (gitar) dan Yudi (keyboard) dalam suasana iklim muzik yang berbeda. Itu yang uniknya, Budiey kira kesemua anggota Matta mempunyai genre aliran muzik berbeda dan ini memberi warna yang indah untuk Matta. Grup yang kaya dengan muzik pop ini turut mendendangkan dua buah lagu untuk para media.

Kemaruk Mahu Berduet Dengan Siti Nurhaliza?
Ingat tak korang dengan persembahan Matta di APM yang lalu? Huh! Sempat turun ke pentas dan secara spontannya menghulurkan mikrofon kepada Datuk Siti Nurhaliza! Huh! Nasib baik Siti Nurhaliza hafal lagu Ketahuan, kalau tak, buat malu je kan? Popular sangatkah lagu Matta ni? Yang Budiey dengar, memang Sunu (vokalis) sangat minat dengan lagu Siti Nurhaliza dan hafal lagu-lagu diva popular itu. Hajatnya, kalau diberi peluang Matta ingin berkolaborasi dengan Siti Nurhaliza…. Mmmm… cocok ke?
Matta akan terus bereksplorasi sehingga kehabisan idea… kerana mereka ingin lagu mereka boleh didengar orang seramai mungkin. Bukan hanya untuk yang mengerti muzik.

Diciplak & Istimewa Ketahuan
Asalnya, lagu Ketahuan katanya telah dinyanyikan lagi oleh Uut Permatasari tetapi tidak berjaya menarik pendengar dan nampaknya lagu ini menjadi siualan anak muda terus memberi tuah kepada Matta. Lagu yang membicarakan tentang pengkhianatan cinta yang dikemas dalam nuansa pop alternatif ini mendapat sedikit sentuhan dangdut. Budiey rasa Matta berjaya melengkapkan eksplorasi muzik kerana gabungan dua genre ini tidak mencacatkan keindahan lagu ini.

Mengapa pilih lagu Ketahuan?
Ketahuan adalah irama yang segar dan yakin diterima ramai. Matta ingin mencari resolusi bagaimana cara untuk jadi orang yang kaya dengan seni dan cuba buat formula untuk menjadikan orang suka dengan lagu ini.
Berasal dari kota Bandung, kelahiran Matta bukan seindah yang digambarkan. Bermula dengan muzik underground, kurang mendapat promosi meluas, berjuang di jalanan, Matta menongkah arus… dikatakan terlalu sombong kerana tidak mengukir senyum ketika bersama wartawan, lagu mereka dikatakan terlalu kekampungan dan macam-macam lagi.
Namun, yang penting bagi Matta, mereka kini mendapat perhatian ramai. Matta terus berazam untuk mencari formula baru untuk mengelak pendengar tidak bosan dengan irama dari Matta. Kini juga lagu Matta telah memasuki dan mendominasi juara di carta-carta radio sekitar Bandung.


Baca artikel lain yang berkaitan:














April 25th, 2008 at 8:25 am
huhuhu suke banget ngn matta,,,,kelakar erk masa APM…smpt lagik tu nk hulur mic kt DCT ngn Abg anuar..heheheheh lagunye best..penyanyi nye pun sweet………………
hehehheheheh ketahuan
April 25th, 2008 at 11:24 am
sker3…!!! ‘kamu ketahuan.. pacaran lg.. dgn dirinya.. tmn baikku.. woo oo.. la la la..’
April 25th, 2008 at 11:44 am
mmg agak kekampungan la lagu matta ni
ape pun best of luck utk diorang la
April 25th, 2008 at 5:56 pm
hey indo
go back to your country please. we dont need your crap “music” here. support local bands
April 26th, 2008 at 10:51 am
lagu matta..mmg best tp bila dgar slalu rasa boring ngak..
masa apm ari tue…cm excited lbih je….
April 27th, 2008 at 9:03 am
bes r lagu ni…minat gilerz kt penyanyi nya…sunu,,i love u!!!!!!!!!!!