Home HOME | My Few.net | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Who Linked Me | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)















[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]






Sekitar Sidang Media dan Pelancaran Stompin Sabah 2009

Dalam keadaan diri yang tengah demam selsema, Budiey gagahkan diri juga menghadiri satu lagi sidang media pelancaran konsert. Sebelum ke sidang media, Budiey sempat hadir di Prebiu Media – Filem 2012 yang diadakan di GSC Mid Valley.

Bagi Budiey, filem 2012 begitu hebat dari segi CGI yang digunakan untuk adegan kemusnahan bumi termasuk gempa bumi dan tsunami. Lewat 40 minit untuk penamat, ceritanya mengingatkan kita dengan filem Titanic sikit. Apa-apa pun, korang yang minat tengok cerita thriller dan action, patut tonton filem ini. Tapi orang kata, jangan percaya sangat sebab cerita ini menyatakan 2012, bumi akan hancur. Tapi bagi kita, hari kiamat akan berlaku pada bila-bila masa sahaja dan itu adalah rahsia Tuhan. Lagi pun, kiamat tak boleh dibayangkan sebab ianya sangat-sangat-sangat dahsyat. Segala gambaran kehancuran bumi dalam filem ini adalah lebih ciput kalau nak dibandingkan dengan realiti sebenarnya yang akan berlaku kelak.

Okay, kita pergi kepada cerita kita pasal sidang media pelancaran konsert tadi. Sebenarnya, kalau korang suka dengar Suria FM, pasti akan tahu tentang STOMPIN SABAH 2009.

Ini dia para penaja STOMPIN SABAH

Apa yang korang tahu pasal STOMPIN SABAH?

Yea, ianya sebuah konsert yang dianjurkan oleh Contagious Concept di Jesselton Point, Kota Kinabalu dari jam 8 malam hingga 2 pagi pada 31 Disember 2009 – menjelang sambutan tahun baru.

Konsert ini akan menghidangkan pelbagai muzik lama dan moden khususnya ritma tribal yang digabungkan secara LIVE di satu pentas.

Sidang media semalam berlangsung jam 3 petang di Borneo Barok Club, Jalan Kia Peng. Kira sesuai dengan tema Sabahan dan juga konsep yang ditampilkan. Dihoskan oleh penyampai Radio Suria FM yang ceria sepanjang masa, Myra! 

Antara penghiburnya… DJ Nas-T dan DJ Lil’ John dari Malaysia, pemuzik handalan seperti WhitePercussionUnit dari Malaysia, Rhythm Masala dari Singapura dan Kadangyan dari Filipina juga pementasan dari Monsopiad Tribal Village Troupe.

Kemuncak pesta ini adalah pertempuran dram oleh Projek Pistol yang terdiri daripada ahli muzik terkenal Malaysia seperti Edry Hashim, Lola, Zam dan Moq.

Acara ini akan mengumpulkan peminat dari Malaysia, Singapura, Brunei dan juga belia dari serata dunia Dijangka akan menjadi pesta muzik tahunan yang terunggul di Borneo.

Selain Suria FM sebagai radio rasmi, Stompin Sabah juga disokong oleh Pihak Kementerian Pelancongan Sabah dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.

Turut diadakan karnival selama 2 hari di perkarangan tapak acara. Berhiburlah dengan persembahan ilusi oleh anak Sabah Ezad, penari eksotik Mascara, persembahan api dan Tribal Face Pointer.

Stompin Sabah ditaja oleh penaja rasmi Xpax, radio rasmi Suriafm, majalah Faces dan Breeze, hotel rasmi Imperial International Hotel Kota Kinabalu, kenderaaan rasmi oleh Tan Chong Motor dan juga Perkampungan Budaya Monsopiad, MyCola dan Mudah.my

Tiket masuk akan dijual dengan harga RM30 dan RM130 untuk VVIP, Tiket-tiket boleh didapati di pintu masuk Jesselton Point pada 21 Disember hingga 31 Disember 2009 dari jam 11 pagi hingga 8 malam.

Ucapan dari Surej Kumar, Pengarah Contagious Concepts.

Ucapan dari Suria FM, pemangku boss besar Suria FM. Encik Yusri.

NAK MENANG TIKET?

Sebagaimana yang diwar-warkan di Suria FM, korang yang nak sangat untuk ke konsert ini, bolehlah menyertai peraduan yang disediakan. Pendengar yang bertuah akan memenangi pakej istimewa berupa 2 tiket percuma menyaksikan konsert ini. Termasuklah tiket penerbangan pergi balik serta penginapan ditaja sepenuhnya.

Kepada pendengar yang tinggal di Kota Kinabalu, jangan lupa untuk mendengar Suria pagi KK bersama DJ Othoe di frekuensi 105.9 fm untuk memenangi 2 tiket setiap seorang ke konsert ini.

Peraduan secara online di Suria FM akan berlangsung selama 2 minggu bermula Isnin (2 November) yang mana pendengar hanya perlu merakam ‘bakat stompin’ mereka dan hantarkan kepada stompinsabah[@]suriafm.com.my.

Layari: http://www.suriafm.com.my

Tags: ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Sekitar Sidang Media Showcase Anggun di Hotel Istana
  • Gambar Sidang Media Penyertaan FFM22-KK2009
  • Video Sekitar Pelancaran Anugerah Skrin 2009
  • Gambar Mawi di Pelancaran Album Terbaru ALLAH HABEEBI
  • Fastraxx Bersiaran Secara Langsung Dari Sutera Harbour
  • Gambar Linda Jasmine di Pelancaran Album Nas Adilla
  • Majlis Sidang Media & Pra Pelancaran Celeb Nexus Komuniti Premium
  • Selamat Menyambut Ulangtahun Pertama Portal GUA
  • Gambar Terbaru Ziela Jalil Penerbit Drama Ceplon
  • Azean Irdawaty Semakin Pulih



  • 6 Komen untuk entri “Sekitar Sidang Media dan Pelancaran Stompin Sabah 2009”

    1. propagandaproduk kata:

      Saya rasa tindakan untuk menganjurkan konsert ini di Sabah adalah tindakan bijak. Ia sekaligus dapat menarik penduduk semenanjung untuk melawat Sabah dan memperkenalkan sosiobudaya masyarakat Sabah.

      Satu rangka promosi pelancongan yang genius! ;)

    2. piedotcom kata:

      thanks..nice info

    3. intan kata:

      Saya rase Suria Fm dah ‘lost its golden touch’ dgn ketiadaan Engku Emran. Dia lah yg jadi penyebab saya kenal Suria.Seblm ni, langsung tak pernah tahu kewujudannya.S’krg ni tune Sinar Fm je.

    4. eliza kata:

      Betul tu intan, sy pun dulu kenal suriafm dan jd pengikut setia krn EE, tp sekarang x lagi hanya dgr THR saja. Dah x ada rasa nak dgr suriafm lagi.

    5. Hamba Allah kata:

      Bagus promosi ni…nice info. Thanks Budiey.

    6. CoolBabe kata:

      AWESOME!!!! kalau buat tahunan lagi cool! kat negeri lain pulak ke :)

    =========================
    PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN,

    SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM


    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Hits & Statistic





    View Blog Stats







    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK





    Nantikan MOVIE DAY OUT BERSAMA PEMBACA - FILEM EVOLUSI KL DRIFT tak lama lagi!