in

Sekitar Showcase Idola Kecil 3 di Shah Alam

Idola Kecil 3 Diserbu Peminat di Shah Alam!

9 Disember 2010 – Sebagai tanda terima kasih dan penghargaan kepada peminat setia rancangan Idola Kecil Musim Ketiga, satu showcase atau mini konsert telah diadakan pada hari Ahad lepas (5 Disember 2010) di mana peminat dapat menyaksikan sendiri persembahan mantap, beramah mesra serta mendapat autograf khas dari setiap peserta IK3.

pengunjung yang hadir

Showcase yang dihoskan oleh Alif Satar dan Ikhwan Hotfm ini telah bermula dengan satu sesi gameshow di mana pengunjung telah berpeluang memenangi pelbagai cenderahati eksklusif dari TV9. Sejurus selepas itu, peminat Idola Kecil yang telah setia sejak musim pertama lagi telah dapat menyaksikan Dayana (Juara Idola Kecil 2) dan Azzam (Naib Juara Idola Kecil 2) membuat persembahan sebagai pembuka rasa showcase tersebut.

Beribu-ribu pengunjung Plaza Alam Sentral di Shah Alam begitu terhibur dengan adik-adik cilik ini yang telah membuat persembahan secara ’live’ dengan begitu baik sekali. Mereka telah mendendangkan lagu-lagu popular masa kini seperti ”Ku Ada Kamu” nyanyian Adira, ”Dan Sebenarnya” nyanyian Yuna serta lagu yang agak mencabar, ”Matahariku”, nyanyian Agnes Monica.

Suara lunak kesemua peserta IK3 yang sering diperkatakan dapat didengar dari kesemua empat penjuru kompleks membeli-belah tersebut. Pelbagai ragam pengunjung juga dapat dilihat, ada yang menyanyi dan menari bersama dan ada juga yang duduk berjam-jam lamanya hanya untuk menunggu masa peserta-peserta IK3 beraksi di atas pentas.

Apabila ditanya tentang perasaan membuat persembahan secara live di hadapan lebih 2000 penonton, Hadi berkata, “Saya tidak pernah membuat persembahan di hadapan begitu ramai orang. Saya memang betul-betul teruja dan hanya ingin mengiburkan semua yang hadir”.

Bagi Puteri pula, pengalamannya membuat persembahan dengan penyanyi popular tahun 70an, Salamiah Hassan, tidak dapat dibandingkan dengan persembahannya ketika showcase ini. ”Pengunjung yang hadir ingin menyaksikan bakat kami, maka tekanan untuk melakukan yang terbaik adalah lebih dirasai. Alhamdulillah, kesemua peminat kami begitu terhibur dengan showcase ini.”

Showcase ini pasti tidak lengkap tanpa sebarang cenderamata sebagai tanda kenangan bersama idola mereka. Setiap pengunjung yang hadir dapat membawa pulang poskad eksklusif dari Idola Kecil dan mendapat tandatangan dari peserta Idola Kecil 3 sendiri. Sambil beramah mesra, mereka juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama idola mereka.

Untuk melihat segala aktiviti peserta Idola Kecil 3 ketika showcase ini, jangan lupa untuk melayari laman web rasmi Idola Kecil 3 di http://www.tv9.com.my/idolakecil3 dan tonton Klip Mini Idola Kecil 3 serta Klip Ekstra Idola Kecil 3 pada setiap Isnin hingga Khamis selama 3 minit pada 7.00 petang manakala Klip Ekstra Idola Kecil 3 pula akan bersiaran selama setengah jam pada setiap hari Jumaat jam 9 malam. Konsert Idola Kecil 3 pula akan bersiaran pada setiap hari Sabtu jam 9 malam, hanya di saluran TV9!

Budiey: Tak sabar nak tonton persembahan peserta Idola Kecil 3 di konsert mereka pada malam ini. Sebabnya pada malam ini, mereka akan memberikan penghargaan dan tribute untuk diva nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza. Saksikan mereka menyanyikan lagu-lagu popular Siti Nurhaliza di TV9 malam ini!

deera IK3 semasa gameshow

Deera IK3 semasa gameshow

ikhwan hotfm dan alif satar

Ikhwan Hotfm dan Alif Satar

balqis, puteri, hadi, angel

Balqis, Puteri, Hadi, Angel

adiba, farra, afif

Adiba, Farra dan Afif

hadi ik3

Hadi

Shazlin, Puteri, Balqis, Deera

Shazlin, Puteri, Balqis, Deera

azzam ik2 dan dayana ik2

Azzam ik2 dan Dayana ik2

afif, hadi dan harris

sesi autograf

sesi autograf 2

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Selebriti di Sidang Media Anugerah Skrin 2010 Part 2

Gambar Selebriti di Sidang Media Anugerah Skrin 2010