Sekitar Shooting IKON MALAYSIA @ CENTRO, SOOKAA, KL Sentral
Pada jam 11 pagi semalam (4 April 2008), Budiey ke Centro Club, Sookaa yang terletak bersebelahan dengan KL Sentral. Ini kali pertama Budiey menjejakkan kaki di bangunan berbentuk seperti kura-kura tu? Unik betul reka bentuk bangunan ni.
Sebenarnya, dah lama rasa nak jalan-jalan kat sini. Tapi mungkin takde masa dan kesempatan. Dulu, masa Budiey bekerja di Sentral Plaza, tiap-tiap hari tengok dan mengadap bangunan Sookaa ni. Bilalah agaknya nak siap. Tup-tup sekarang dah pun siap. Macam-macam kedai ada kat sini. Restoran pun banyak. Siap ada gym lagi tu.
Sebenarnya, Budiey ke Sookaa sebab kat Centro ada pengambaran (shooting) klip video untuk program IKON yang menjangkau musim ke-2. Pengambaran bermula jam 11 pagi hingga 6 petang. Ramai artis yang tercalon dalam Ikon terlibat. Pada sebelah pagi, hanya ada tiga artis yang tercalon dalam IKON telah datang untuk buat sesi pengambaran bersama krew produksi. Farah Asyikin, Juwita Suwito dan Alam Band.
Budiey sempat tengoklah siapa yang mengarah video klip Ikon ni… mmm… macam kenal kan.Laaa rupanya si Khairul Azry rupanya. Kalau korang nak tahu, Khairul Azry nilah yang mengarah video klip Tak Bisa Memilihmu nyanyian 6ixth Sense.

Wow, sedap sungguh suara Juwita Suwito ni. Pengambaran sebenarnya nampak senang tanpa sebarang masalah kat mana-mana.

Pose maut Juwita.

Budi bersama Juwita. Memang semua lagu dalam album dia best. Tapi Juwita macam tak hype dan kurang menonjol. Rasanya sebab keadaan fizikal dia yang buat dia tak berapa popular. Produk memang bagus tapi mengapa orang kita tak pandang itu semua?

Dan ini dia Farah Asyikin, pencipta lagu dan penyanyi bersuara lantang yang pernah melahirkan sebuah album dan menghilang seketika sebelum muncul semula dalam Malaysian Idol. Album terbarunya memuatkan lagu-lagu yang bervariasi pop. Budi suka lagu rancak Farah; Dari Sini Ke Bintang-Bintang dan Get Happy.

Budi bersama Farah Asyikin.

Pose lagi… back to back.

Dan ini pose back to back Farah bersama Juwita.

Setelah selesai, Budi dan Hana Kuceng (staff Bintang Hits) keluar makan-makan sambil ngobrol kat Restoran Mc Donald di KL Sentral. Kitorang ada borak dan cerita pasal statement Anuar Zain yang memakan diri sendiri masa sidang media Showcase A Nite With. Kesian betul kat Anuar, sekarang isu yang mana Anuar izinkan peminat cium pipi dah jadi isu serius.
Komen Budiey hanya satu, Anuar Zain sepatutnya mengatakan benda ini hanya gurauan atau off record dan tak perlu keluar dalam media. Jadi wartawan takkan tulis Anuar Zain rela dicium di showcase nya di Dewan Perdana Felda nanti. Ini siap ada wartawan tanya dua kali, samada betul atau tidak statement yang dikeluarkan oleh Anuar. Masalahnya, Anuar memang mengiyakannya.
Sebenarnya, Budi pun hadir di sidang media tersebut. Budi tak highlight tajuk sensitif sebegitu sebalik cuba promote event showcase dan letak gambar Anuar. Kadangkala, Budi tak mahu mensensasikan cerita sebab Budi tahu, kerja Budi hanya untuk promosikan event itu kepada pembaca Sensasi Selebriti sahaja. Tup-tup ada akhbar yang mengembar gemburkan isu tersebut sehingga mendapat perhatian Jabatan Agama Islam. Sampai sekarang ini, Anuar Zain dah trauma dan tak nak jumpa dengan wartawan tu lagi. Jangan kena banned sudah lah.
Jadi, silap siapa sebenarnya? Orang yang keluarkan kenyataan atau orang yang tukang tulis cerita? Bak kata Nabil Juara Raja Lawak, lu fikir la sendiri beb.
Oh ya sebelum Budi lupa, kepada Hana; rakan dari Bintang Hits, selamat hari jadi ya. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahin rejeki. Happy sokmo la!

Technorati Tags: centro club, sookaa, progress, kl sentral, farah asyikin, ikon malaysia, calon ikon, filipina, singapore, indonesia, juara ikon, juwita suwito, anuar zain, jabatan agama islam, isu peminat cium artis
Tags: Blog, anuar zain, centro club, Farah Asyikin, Gambar Artis, isu peminat cium artis, jabatan agama islam, juwita suwito, kl sentral, progress, sookaaBaca artikel lain yang berkaitan:














April 5th, 2008 at 8:57 am
wah2 bukn main lagik yek cik budiey kte ni posing maut…heheheheheh juwita mmg sedap sore dia…dia pun ajar vokal kan? na mint gile kt si farah nie…………….huhuhuh seribu penipuan…
hope farah happy dgn suami tercinta… 
April 5th, 2008 at 8:59 am
huhuhu cian abg Anuar…. mintk cium sket boleh ?
:P

April 5th, 2008 at 10:58 am
juwita suwito mmg sdp sore dier… tekujat ctkus denga first time…
April 5th, 2008 at 11:13 am
heheheheh……..
April 5th, 2008 at 11:20 am
juwita
whay isnt she selling bucket loads of CDs? dear budiey. when was the last time you listen to our local radio? they never play local song la budiey. how to sell? tell me?
April 6th, 2008 at 7:37 pm
wahh. budiey pi pagi eekk? sy pi kol 3. join bob ngan new boyz nyer segment.
April 7th, 2008 at 12:32 am
amboi..fara asyikin..sjk kawen ni, makin seksi seksa lak ek..?seram aku tgk..faiz xmarah ke..?huhu..
erm..psl anuar tu, rsa trkjut gak..gile berani le die wat statement camtu..dh ilang mnt le kt die..anuar..anuar..