in

Sekitar Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Metrowealth

Bertempat di Restoran The Lemon, satu majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran Metrowealth dan kerjasama warga kerja Malaysia Hari Ini telah diadakan pada 1 Februari, jam 3 petang hari Jumaat yang lalu. Majlis yang dianjurkan sempena meraikan 25 orang anak yatim piatu yang dibawa khas dari Asrama Damai Anak Yatim Kuang, Selangor, artis dan media wartawan itu diadakan secara sederhana tapi masih lagi nampak ceria dengan kehadiran ramai selebriti.

Budiey dan Azwan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Metrowealth kerana sudi menjemput Sensasi Selebriti. Moga-moga David Teo sekeluarga dimurahkan rezeki pada tahun tikus ini kerana sering melakukan kerja-kerja amal seperti ini. Seharusnya, usaha David Teo dicontohi oleh usahawan-usahawan filem Melayu yang beragama Islam. Kata si Azwan, patutlah rezeki David Teo murah sebab kalau kita lihat filem pertama terbitan Metrowealth ialah Syukur 21. Walaupun filem ini tidak mendapat sambutan dan memecah rekod boxoffice namun, filem ini sarat dengan mesej yang positif dan bercirikan Islamik.

Merasakan banyak sekali majlis amal dan upacara meraikan media wartawan, sudah tentu ada cakap-cakap belakang mengatakan David Teo membeli wartawan. Ye lah, selalu memberi habuan dan cenderamata untuk media. Orang mesti cakap, sudah tentu ramai yang akan memuji dan mengangkat produk Metrowealth setinggi-tingginya. Bagi Budiey, segala hadiah, wang raya dan goodie bag untuk media bukannya tanda David membeli media. Itu sebenarnya satu penghargaan dan tanda Metrowealth berterima kasih atas segala usaha media mempromosikan filem dan drama terbitan mereka. Bukan media akan jadi kaya pun dengan wang yang diberikan. Namun, bagi kami semua yang diberikan itu sekurang-kurangnya kami rasa seperti dihargai.

Dalam majlis yang berlangsung dalam suasana seperti tahun baru Cina itu, kami sempat menyaksikan rakaman slot Malaysia Hari Ini terbitan TV3. Kehadiran artis dan pelakon pada petang itu juga memeriahkan suasana. Antara pelakon yang datang ialah, Mohd Hafiz (pelakon Dunia Baru The Movie), Almy Nadia, Pierre Andre, pengarah wanita termuda; Norliana, pelakon Filem Congkak, Erynne Eyrynna & Erin Malik, pengarah Ahmad Idham, The Fabulous Cats, Eric Fuzi, Cat Farish, Kelvin Lau, Nas Adilla, Nielda, Irma Hasmie dan ramai lagi.

MIG kini sedang giat merancang dan melaksanakan beberapa projek penerbitan filem dan produksi TV. Pengambaran telefilem Intan Asmara untuk slot Samarinda TV3, manakala pengambaran drama bersiri Tentang Bulan akan dimulakan pada pertengahan Februari ini. Untuk filem pula, sekarang ini pengambaran filem Senario 1: Kembara arahan Ahmad Idham sedang dijalankan di sekitar Kuala Lumpur. Diikuti dengan filem Jangan Pandang Belakang 2 dan Remp-it 2, Undercover dan banyak lagi.

Akan datang, filem Congkak akan menemui penggemar filem seram pada 17 April.

Budiey dan Azwan mewakili pembaca blog ini ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Cai dan selamat bercuti kepada semua pembaca Sensasi Selebriti.

Tu dia, satu ang paw ada RM50. Huhu…

[tags]Mohd Hafiz, pelakon Dunia Baru The Movie, Almy Nadia, Pierre Andre, pengarah wanita termuda, Norliana, pelakon Filem Congkak, Erynne Eyrynna, Erin Malik, pengarah Ahmad Idham, The Fabulous Cats, Eric Fuzi, Cat Farish, Kelvin Lau, Nas Adilla, Nielda, Irma Hasmie, rumah terbuka, greeting, chinese movie[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelancaran Novel dan Soundtrack Filem Duyung

DUTA, Band Baru & Album Dunia Baru The Movie