in , ,

Sekitar Readers ToGether Gather ke 6 – Filem Congkak

Pada hari Sabtu, di pagi 26 April lalu, Sensasi Selebriti dengan kerjasama Metrowealth Sdn Bhd dan Cinema Online telah mengadakan Readers ToGether Gather sambil menonton filem Congkak di Tanjung Golden Villages, KLCC.

Ini adalah gathering kali ke-6 diadakan sepanjang setahun lebih blog Budiey.com bertapak di dunia internet. Seramai 23 orang pembaca yang sudi mendaftar untuk menghadiri gathering ini. Dengan itu, Budiey ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pembaca yang sudi hadir. Antaranya, Nor Herdawaty, Ayu, Fairuz Alia, Kawan kepada Fairuz, Shamsirah, Noraini, Marjiana, Jefri, Nor Haslina, Nur Saliza, Nik Nur Zamira, Shah Rizal dan beberapa orang lagi yang telah memberi nama mereka pada saat terakhir. Tidak lupa juga kepada semua pembaca yang lain di mana mereka ini telah menarik diri di saat terakhir. Terima kasih atas sokongan kalian yang tidak berbelah bagi. I really appreciate it!

Sebagai hadiah untuk yang hadir, Sensasi Selebriti menghadiahkan goodie bag berupa 2 keping voucher makan di Restoran The Lemon, CD Album dan VCD keluaran Metrowealth Sdn Bhd. Selain majalah Cinema Online, Budiey juga turut memberikan macam-macam hadiah yang lain di sesi cabutan bertuah yang diadakan di Starbucks Cafe. Antaranya T-shirt dari merchandise filem, hadiah dari RTM, goodies dari TV3, hadiah dari NTV7, voucher dari Hotel Crown Plaza, album CD, hadiah dari MIFA, goodies dari majalah Cleo dan banyak lagi. 

Ironinya, semua yang hadir adalah pembaca-pembaca yang semuanya Budiey belum pernah jumpa. Memang gembira sangat-sangat jumpa korang semua.

Harap korang happy dan enjoy dengan gathering kali ini walaupun kita semua tidak berpeluang untuk makan-makan dan borak-borak lebih panjang lagi.

Tidak mengapa, mungkin di gathering ke-7 nanti saya berjanji untuk mencari lebih sponsor dan goodie bag yang lebih mewah untuk korang semua.

Budiey juga sempat menemuramah 4 orang pembaca tentang filem Congkak. Tentang keseluruhan cerita Congkak, siapa pelakon terbaik dan adegan paling menyeramkan. Temubual akan disiarkan di entri seterusnya yang lain.

Last but not least, thanks also to Metrowealth Sdn Bhd & Cinema Online who are sponsoring the event. Terima kasih juga buat 2 orang sahabat, Rizal & Ana kerana sudi memberikan komitmen dan bekerjasama untuk menjayakan gathering kali ini. Bantuan korang berdua membuat Budiey terharu sangat-sangat.

Kepada semua pembaca yang tidak berkesempatan, mungkin suatu hari kita boleh bersua muka di gathering akan datang.

Antara gambar yang sempat dirakam oleh seorang jurugambar. Thanks Ana!

[tags]gathering, blogger, pisisan, banned, Cars Review, harga proton saga baru, gambar adik siti nurhaliza, aznil nawawi, bernard chandran, sulit, cinta, youtube, fail rahsia akademi fantasia 6, female brides, fesyen tudung siti, kakak ct nurhaliza, keputusan pilihan raya, one in a million final results, pengacara akademi fantasia 6, siti di lim kok wing, siti nursaidah kakak siti, ujibakat akademi fantasia 6, zainal alam, mercedez benz c class, cleo, metrowealth, david teo, tarikh keluar proton saga, tempahan saga harga, istana budaya, video proton saga baru, kunyit, masakan adabi, resepi[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Opening Act Nitrus Sebelum Konsert Peterpan @ Stadium Negara

GUA MUZIK.COM.MY EVOLUSI DUNIA MUZIK ‘ONLINE’