Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Sekitar Rakaman Konsert Fenomena Anuar Zain & Ziana Zain



Pada 11 Jun lalu, satu sesi rakaman Konsert Fenomena Anuar Zain & Ziana Zain di Auditorium Perdana, Angkasapuri Kuala Lumpur pada jam 8 malam.

Rakaman yang julung kali menggabungkan pasangan adik beradik bersuara mantap, Ziana Zain dan Anuar Zain ini akan disiarkan pada hari raya pertama Aidilfitri jam 9 malam di TV2.

Turut mengundang dua orang penyanyi terkenal, Liza Aziz dan Jay Jay.

Ziana Zain tampil dengan busana rekaan Rizalman.

Walaupun konsert ini disiarkan sempena hari raya, namun hanya empat buah lagu raya sahaja yang dinyanyikan. Selebihnya adalah lagu-lagu yang dipetik daripada album Ziana dan Anuar.

Walaupun sudah menjangkau usia 40 tahun, Ziana Zain masih lagi kekal gaya vokal lantangnya untuk lagu Dalam Kesakitan Ini, Dirimu Satu, Kehadiranmu dan Dingin.

Ziana juga turut menjemput Jay Jay untuk berduet dalam lagu yang penuh nostalgia, Kita Insan Biasa. Manakala Jay Jay membawa lagu Cukuplah Sekali untuk mengubat rindu peminat.

Begitu juga dengan Liza Aziz yang membawa lagu Semoga dengan gaya vokal yang disifatkan terlalu international. Tidak hairan, penyanyi yang popular di awal 90an ini sentiasa mendapat perhatian dan tawaran persembahan luar negara. Walaupun lagu Semoga jarang diperdengarkan, namun Liza Aziz mendapat sorakan gemuruh daripada penonton.

Liza Aziz juga menyampaikan lagu Dari Jauh berduet bersama Anuar Zain.

Peminat Anuar Zain seakan terpesona dengan lagu Kau Bunga Cintaku, Medley lagu Keabadian Cinta & Mungkin, Lelaki Ini dan Ketulusan Hati.

Antara lagu raya yang dinyanyikan oleh mereka, Suasana Hari Raya, Selamat Hari Raya, Bersabarlah Sayang dan Menjelang Hari Raya.

Tags:

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Sneak Preview Rakaman Konsert Fenomena Anuar Zain & Ziana Zain
  • Gambar Ziana Zain di Anugerah Industri Muzik 18
  • Gambar Anuar Zain di Singapore Expo
  • Rancangan Raya Ziana Zain
  • Gambar Ziana Zain Bertudung Bersama Jejaka Mana Ni?
  • Gambar Anuar Zain di Post Party AIM18
  • Lagu Pawana & Album Terbaru Ziana Zain Kini di Pasaran
  • Program TV Aidilfitri di Saluran Muzik Aktif
  • Anuar Zain Trending di Singapura
  • Apa Dah Jadi Dengan Tangan Ziana Zain?



  • 5 Komen untuk entri “Sekitar Rakaman Konsert Fenomena Anuar Zain & Ziana Zain”

    1. abby kata:

      terlepassss la, cantiknya kak ziana

    2. papadom kata:

      eley..ye2 je nyanyi power c zz ni..ntah3 10 kali ulang rakam..oooopppsss..

      tu pun terpaksa miming

    3. esha kata:

      em baguihla abg anuar zain,i memg minat gila dgn u dan lagu lagu u
      especially lagu ketulusan hati hope byk legi lgu genre camtu.tau.. i aishah memg fans anuarzain dari first album dier,sume lagu dier i hafal tau.hope abg anuar truskan karier dlm bidang seni.besla lagu lagu abg anuar..
      sumelar:sesuci cinta mu,keabadiancinta,ketulusan hati emm sy tau skrg abg anuar dalam alam bercinra ek…..
      sapeyer?… album raya khas untuk raye ade tak?k,t sy komen lagi…

    4. esha kata:

      abg anuar dlm alm bercinta ek…..

    5. Honeybee kata:

      Esha … AZ DAP dgn sape?

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK