in ,

Sekitar Prebiu Media Filem KHURAFAT

Jam 8 malam semalam, Grand Brilliance Sdn Bhd dan Skop Productions telah mengadakan Prebiu Media Filem KHURAFAT di Golden Screen Cinemas, Mid Valley. Majlis ini dihadiri oleh pelakon-pelakon yang membintangi filem ke 4 Syamsul Yusof ini. Antaranya, Syamsul Yusof, Liyana Jasmay, Sabrina Ali, Salina Saibi, Zendy, Mariani dan ramai lagi.

Sebelum masuk ke pawagam, hadirin bersantai dulu sambil menikmati jamuan hidangan makan malam. Budiey lihat semalam, Maya Karin dan Yusry juga hadir untuk menonton aksi-aksi seram yang dikatakan mengujakan penonton. Ehem ehem… romantiknya. Pasangan ideal, kan?

Selain kehadiran ramai media yang hadir untuk turut sama mengulas dan mempromosikan filem ini, event ini dihadiri oleh orang kuat dari kedua-dua produksi iaiau Encik Puad Onah dan Datuk Yusof Haslam. Kedua-duanya begitu mengharapkan filem ini meletop untuk permulaan tahun 2011 dan memberikan impak yang besar kepada sejarah filem seram negara.

Prebiu Khurafat

Budiey antara penulis blog yang hadir di prebiu ini cukup teruja dengan filem seram pertama hasil sentuhan Syamsul Yusof ini. Setiap detik menonton filem ini membuatkan Budiey rasa tak senang duduk dikerusi. Apa yang Budiey dapat katakan, filem ini sangat-sangat-sangat seram. Patutlah di poster dan di awal filem, amaran untuk sesiapa yang ada sakit jantung dilarang untuk menonton filem ini. Budiey rasa, bukan setakat orang yang sakit jantung, tapi yang tak sakit jantung juga akan rasa susah nak bernafas. Kalau takut sangat, Budiey bertwitter dan berFB je kat panggung semalam. Huhu.

Filem ini adalah hasil kajian dan pemerhatian Syamsul Yusof yang banyak menonton filem seram dari Hollywood dan Asia di mana elemen-elemen seram diterapkan dengan gaya yang lebih segar sesuai dengan penonton Malaysia. Budiey rasa, filem ini bukan filem seram biasa yang korang pernah tengok, ia bukan filem yang klise kerana dalam filem ini, budiey rasa banyak faktor yang membuatkan penonton rasa tercabar.

Ya, filem ini sangat mencabar rasa penonton. Ia umpana korang masuk dalam rumah hantu di mana setiap saat fikiran akan dihantui dengan pelbagai cubaan. Antara yang memberi elemen utama ialah sistem bunyi dolby yang Budiey kira buat korang terkejut dan terperanjat sebab banyak scene yang mendebarkan.

Menurut sumber, level sound untuk hall yang kitorang tonton dinaikkan satu level. Bunyi memang kuat sangat. Tapi tidaklah pecah sebab bunyinya dah diselaraskan. Tapi bunyi kuat itulah yang membuatkan rasa penonton begitu tercabar.

Elemen kejutan yang tak disangka-sangka serta penataan cahaya yang suram membuatkan rasa seram lebih seriau dari filem-filem seram yang pernah Budiey tonton sebelum ini. Ya, percaya atau tidak, memang cahaya suram dan penggunaan cahaya yang sedikit memang membangkitkan rasa suspen. Kita tak tahu arah mana hantu tu akan datang.

Jadi, jangan persoalkan kenapa dalam filem ini cahayanya sedikit atau mungkin ada yang cakap, beberapa scene seperti di kamar mayat tu takde lampu seperti black out je. Ini kerana memang filem ini mahu mencabar korang. Apa korang rasa kalau berada di kamar mayat?

Kepada pembaca yang nak tonton, jangan lupa daftarkan nama anda di Party Ulangtahun Ke-4 Budiey.com kerana tayangan filem KHURAFAT akan dipertontonkan sebelum ia berada di pawagam pada 13 Januari 2011.

Gandingan pelakon dalam filem ini memang sesuai dan melengkapkan sepenuhnya pakej Khurafat. Budiey dapat rasakan dalam beberapa scene, ramai yang bertepuk tangan. Biasa kita tengok orang bertepuk tangan selepas selesai menonton kan? Tapi semalam, beberapa babak dalam scene begitu mengujakan sehingga ada penonton yang bertepuk tangan. Budiey pun keliru sebenarnya. Mengapa mereka bertepuk tangan semasa van mayat jatuh dalam gaung tu.

Dari segi elemen seram dalam Khurafat, Budiey kasi 4/5 bintang. Korang wajib tonton!

Prebiu Filem KHURAFAT

Encik Puad Onah sedang kasi ucapan

Prebiu Filem KHURAFAT

Datuk Yusof Haslam

Prebiu Filem KHURAFAT

Syamsul Yusof

Prebiu Filem KHURAFAT

Liyana Jasmay, kali pertama memegang watak sebagai isteri. Sweet dengan gaya tudung wanita solehah.

Prebiu Filem KHURAFAT

Lakonan yang sangat mantap buat Sabrina Ali yang begitu memberangsangkan. Syabas Sabrina!

Prebiu Filem KHURAFAT

Salina Saibi

Prebiu Filem KHURAFAT

Bintang Liyana Jasmay makin menyerlah dalam KHURAFAT

Prebiu Filem KHURAFAT

Prebiu Filem KHURAFAT

Prebiu Filem KHURAFAT

Prebiu Filem KHURAFAT

Prebiu Filem KHURAFAT

Prebiu Filem KHURAFAT

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Maya Karin Dilantik Jadi Duta Produk InnerShine Prune Plus

Agent Cody Banks 2 di TV2