Home HOME | My Jurnal | My Few.net | Foto Blog | Tips Money | Who Linked Me | Enter-tainment | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)




















[ Lebih 20 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]





Sekitar Pra Tonton Filem Histeria Lakonan Liyana Jasmay, Scha, Ainul Aishah

‘Histeria – Versi Seram Hollywood’

Pada 18 November yang lalu, majlis pra tonton filem seram Histeria telah diadakan di GSC Mid Valley. Budiey lihat kesemua pelakon muda yang membintangi filem ini datang untuk turut sama berdepan dengan sekalian media dan bloggers.

Budiey ingin mengucapkan tahniah kerana filem ini telah berjaya merasuk fikiran dan memang ianya menyeramkan. Mungkin penceritaaan filem ini yang berlatarkan suasana asrama sekolah yang membuatkan ramai mengatakan filem ini begitu mengerikan dan ada unsur-unsur suspense.

Filem ini juga begitu berani memaparkan satu babak lesbian yang daring di mana watak untuk Norliana Shamsudin pegang tangan Alissa (lakonan Scha) dan mahu cium mulut Alissa. Huhu… tapi memang lesbian ada berlaku jugak di dunia realiti tambahan pula untuk asrama perempuan.

‘HISTERIA’, filem arus perdana pertama arahan James Lee terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd (TUSB) adalah sebuah filem seram bersifat lebih universal.  James Lee adalah pengarah ‘ indie’ terkenal dengan hasil sentuhan seperti “Beautiful Washing Machine” dan “Before We Fall In Love Again” yang telah  memenangi anugerah Filem Cereka Terbaik Asean pada Festival Filem Antarabangsa Bangkok 2005.

Pertemuan James Lee dan Gayatri Su-lin Pillai, Pengurus Besar TUSB lima (5) tahun lalu di Festival Pasaran Filem Hong Kong telah menghasilkan Histeria yang berkonsep rentas budaya.  Setelah menjelajah ke Festival Filem Antarabangsa Singapura dan Festival Filem Antarabangsa Bangkok 2008, Histeria telah mendapat banyak kata pujian dari pengkritik pengkritik filem antarabangsa.

Dengan kos pembikinan sebanyak RM 1.4 juta, Histeria boleh dikategorikan sebagai sebuah filem seram versi Hollywood yang amat popular di era 80-an seperti ‘Evil Dead’ dan ‘Friday 13th’. Filem bercorak sebegini mengandungi banyak elemen seram tetapi ringkas dan mudah difahami. Selain menerapkan “Asian twist” dengan acuan dan unsur mistik Melayu popular; “Hantu Raya”, James turut menggunakan pencahayaan yang kurang bagi memberangsangkan mood filem ini.

Pengarah James Lee

Kemunculan Histeria sebagai sebuah filem seram yang diberi sentuhan berbeza dalam konteks lebih segar dengan nafas seram versi Hollywood akan menemui peminat layar perak di 47 buah pawagam seluruh Malaysia bermula 18 Disember 2008.

Selain itu, lagu tema filem Histeria nyanyian Nadia AF6 hasil gubahan Nur Zaidi Abd Rahman kini telah mula berkumandang di stesen stesen radio tempatan. Bagi menghangatkan aktiviti promosi filem Histeria, barisan pelakon seperti Liyana Jasmay, Scha, Ainul Aishah, Talya, Adiputra, Vanida Imran dan lain lain akan menemui peminat melalui beberapa siri jelajah di beberapa negeri terpilih Semenanjung Malaysia.

Antara pelakon yang sempat Budiey rakamkan gambar mereka ialah:

Scha

Liyana Jasmay

Norliana Shamsudin

Vanida Imran sebagai Ustazah. Kena pakai bertudung dalam filem ni.

Ainul Aishah

Tags: ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Trailer Filem Histeria Lakonan Scha, Talya, Vanidah Imran
  • Profile & Biodata Liyana Jasmay Pelakon Malaikat Maut
  • Drama bersiri Sari Maya Lakonan Fauzi Nawawi, Zizie Ezette, Liyana Jasmay
  • Liyana Jasmay di Giant Tambun, Perak
  • Liyana Jasmay di Konsert Jelajah 11 Era
  • Gambar Liyana Jasmay di Duta Baru Cosmetic Maybelline New York
  • Sinopsis Filem Histeria : Cerita Seram di Kolej Usang
  • Gambar Sekitar Pembikinan Video Klip Liyana Jasmay Ku Tak Percaya Cinta
  • Gambar Selebriti di Pra Tonton Filem Histeria
  • Liyana Jasmay Aku Tak Percaya Cinta di Hits 1



  • SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH. SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA.

    10 Komen untuk entri “Sekitar Pra Tonton Filem Histeria Lakonan Liyana Jasmay, Scha, Ainul Aishah”

    1. girl director kata:

      Ramai-ramai Histeria di panggung 18 disember ini!!!

    2. Trailer Filem Histeria Lakonan Scha, Liyana Jasmay | hafreze.com kata:

      [...] : Sekitar Pra Tonton Filem Histeria Lakonan Liyana Jasmay, Scha, Ainul Aishah Scha Al-Yahya Cium Reanna Dalam Filem Histeria…Gambar Scha Al-Yahya Bersekolah (Awan [...]

    3. Kena antoo lagi! at RiZLaVenDeR kata:

      [...] nak g tgk histeria lak..tp arap2 la akak aku jadi nak [...]

    4. feeka kata:

      lakonan liyana memang hidup la…scha nmpk lagi cantik dr awan dania..lakonan yg lain pun membantu menghidupkan filem HISTERIA…secara ringkasnya,ok la…cuma,saya x berapa faham,knp MURNI nak bunuh ALISSA?????tolong komen…

    5. zoela_444 kata:

      cite ni mmg best gler..tp yg kelakar part adiputra dah mati tp mata tkelip plak..ape pun cite ni best.

    6. Reminis 2008: Antara perempuan sundal yang histeria di bilik sulit. « ranting chanting kata:

      [...] Gambar diambil dari sini. [...]

    7. yana kata:

      Aloo sis liyana!!best lar cter histeria.sy dua kali tgk kt cinema..ehe.

    8. anis kata:

      nak pergi wayang berdosa….bak kata orang wayang pintu neraka sbb kalau glp laki kuat meraba….

    9. farah kata:

      lawa kak scha trus kan kerjaya kak scha dan slalu ingat ALLAH

    10. farah kata:

      ADD LA SAYA DALAM MYSPACE [farah_poohcute@yahoo.com]

    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:














    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK