Sekitar Pra Tonton Drama Demi Masa Lakonan Sheila Rusly
Hari ibu bagaikan tidak sah sekiranya tiada tayangan drama atau filem yang memperingati jasa-jasa ibu. Cerita tentang pengorbanan seorang ibu, anak lupakan ibu bapa dan anak yang menderhaka sudah banyak kali dipertontonkan kepada penonton. Sehinggakan Budiey rasa ianya menjadi satu subjek yang terlalu klise. Budiey merasakan sudah tiba masanya penerbit atau produksi drama menyuntik satu kelainan dalam drama mereka berkenaan dengan drama bertemakan hari ibu.
Garapan jalan cerita yang padat dengan mesej, satu elemen yang perlu dititik-beratkan di samping elemen-elemen yang dapat memberikan impak yang menyentuh perasaan penonton.
Pada 10 mei 2008 nanti, satu lagi drama yang mengendong tema yang sama akan disiarkan dalam slot telemovie berjudul DEMI MASA yang akan mengisi slot Cerekarama di TV3.
Setelah kejayaan drama Sebuah Ijtihad di Anugerah Skrin 2007, Azman Hj Yahya (Jinggo) sebagai pengarah dan Nazli Jaafar (Che Li) selaku penulis skrip bergabung sekali lagi untuk menghasillkan telemovie berjudul DEMI MASA.
Budiey telah pun menonton drama lakonan Sheila Rusly dan Iqram Dinzly ini di satu majlis pra tonton drama DEMI MASA yang diadakan di Cineleisure, Damansara Utama pada jam 11.00 pagi, 29 April 2008. Insaf lah sekejap. Rasa nak balik kampung tang tu jugak katanya. Haha!

Drama ini dibarisi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Sheila Rusly, Syafie Naswip, Iqram Dinzly, Fizz Fairuz, Aida Razwill, Rozie Rashid, Emelda Rosmila dan Radhi Khalid.
Budiey kira drama ini bakal mengundang air mata penonton kerana semua pelakon telah berjaya mengerah tenaga untuk mencipta satu rasa keinsafan ke hati penonton.
Uniknya pembikinan skrip ini adalah berdasarkan kepada syair Arab yang sangat memilukan dan mesej berguna yang cuba disampaikan kepada penonton berjaya meruntun perasaan. Pastinya menyedarkan kita supaya lebih menghargai pengorbanan yang telah dicurahkan oleh seorang insan yang bernama ibu.

Dengan kerjasama para pelakon berbakat, Jinggo rasa bertuah kerana dapat mencari skop atau pendekatan yang berbeda. Disampaikan dengan gaya yang agak santai, tokok tambah dan perkembangan jalan cerita bak menambah garam bagi menambah jalan cerita, plot cerita berjalan secara lembut dan tidak agak keras. Cerita dan susur masa drama ini dilangkau 20 tahun dan dipaparkan secara visual di mana kalau kita perhatikan visual tersebut dapat mengambarkan segala perasaan.
Pengambaraan drama ini telah memakan masa selama 10 hari. Pelbagai cabaran telah ditempuh pelakon dan krew produksi. Bagi Sheila Rusly, babak paling digemarinya adalah ketika bersama dengan Rozie Rashid di ruang dapur. Pelakon tampak menghayati watak, kombinasi yang baik dan keserasian antara pelakon lain banyak membantu. Shafie Naswip mengakui ketika pengambaran dia mengalami sakit dada kerana penat dek terpaksa menerima tawaran berlakon drama sekaligus.
Antara gambar yang sempat diambil dari lensa kamera Budiey:




[tags]hari ibu, sambutan hari ibu, mothers day, ringtone, theme, sms greeting mothers day, blog dr mahathir, che det.com, mms mothers day, Sheila Rusly, Iqram Dinzly, Sheila Rusly, Syafie Naswip, Iqram Dinzly, Fizz Fairuz, Aida Razwill, Rozie Rashid, Emelda Rosmila, Radhi Khalid[/tags]
Tags: Blog
Tags: Blog, Aida Razwill, blog dr mahathir, che det.com, Emelda Rosmila, Fizz Fairuz, hari ibu, Iqram Dinzly, mms mothers day, mothers day, Radhi Khalid, ringtone, Rozie Rashid, sambutan hari ibu, Sheila Rusly, sms greeting mothers day, Syafie Naswip, themeClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





May 5th, 2008 at 6:51 am
Pasti meletup nyer filem niee. Tapi untuk mereka yg masih lagi mempunyai ibu pasti bertuah tidak seperti nasib saya saya yg telah kehilangan insan yg bernama “IBU”………………. Hargai lah Ibu anda selama dia masih lagi hidup dan bahagiakan lah hidup nya.
May 5th, 2008 at 9:35 am
belum tonton pun saya dah rasa sedihnya…. lagi lah sheila dan iqram yg berlakon . mesti abis tisu sekotak ni… iqram pelakon pelapis yg semakin menyinar .. keep it up iq!
May 9th, 2008 at 8:25 am
hurmmm……….. ceta nih mmg best kalau syafie yg berlakon.best nyer x sabo nak tgu nih.
May 10th, 2008 at 3:52 pm
cerita ni macam pernah baca a few years back. kalau tak silap its a forwarded email. Kalau ikut cite dalam email tu, mata mak dia buta sbb dermakan mata dia kat anak dia tu…
sama lah macam kes iklan “burung apa tu ayah.. burung murai … ” yang kisahnya dah lama dalam cyberworld lama sebelum iklan tu dibuat..
May 11th, 2008 at 12:45 pm
ermmm….smlm aku tgok cter nie….leh thn gak laaaa,tp ader satu benda yg x leh blah..rase nk nangis lak plak nengok cter nie, dh laa aku tgok cter niee ngan mak aku jerrr…
aku bajet cter nie kaw2 sedihnyer laaaa…sblm nk ending aku blah trus g tido,maleh nk tgok…sedih siot…
// aku suka time part anaknya marah kt mak dier sbb dtg kls,pastu kena gelak ngan bdk2 kls…..fuhhhhhhhhh menyirap btul masa tu
satu lg..aku minat tul laa lagu time lps mak dier pjuk blk umah…saper nyer lagu hah..kalo ader send laaa,
May 11th, 2008 at 1:28 pm
cerita memang best..myentuh perasaan gak..tengok je ingat kat umi kat umah..tahniah pengarah, pelakon & krew mghasilkan suatu cerita yg patut ditonton pada hari ibu..eeee nak tanye skit…lagu nasyid yang last tu sape yang nyanyi..boleh bagi tahu..sejuk otak me dgr..
May 11th, 2008 at 6:17 pm
best gak citer ni..tapi tak nangis ler..my 2 kids plak sendu sedan hahahaa..
May 11th, 2008 at 6:56 pm
Satu paparan yang sangat menyentuh jiwa. Lebih menyayat hati di penghujung cerita dengan zikir/nasyid yang dilaungkan. Harap Budiey dapat merisik siapa empunya suara dan tajuk zikir/nasyid tersebut.
May 11th, 2008 at 8:59 pm
Assalamualaikum!
Lagu itu adalah nyanyian Ahmad Bukhatir seorang penyanyi terkenal dari timur tengah.. Search sajaa hmad bukhatir Insyaallah dapat. Lagu-lagunya memang menyentuh perasaan… contohnya last breath, ummi, zaujati dan lain-lain..
Semoga kita semua mendapat iktibar dari drama dan juga lagu tersebut.
May 12th, 2008 at 12:36 am
tima kasih byk kt yusnah..sy dh download sume lagu dier..mmg best btul laaa….mula2 sy ingat lagu sami yusuf..rupenye ahmad bukhatir…
May 12th, 2008 at 9:33 am
kepada yusnah and zipi…terima kasih sebab akhirnya saya tahu siapa penyanyi nasyid tu. Cerita yang di buat yang asalnya adalah satu email.
Walaupun ceritanya tidak begitu menyentuh…Akan tetapi lagu nasyid tu lah yang menarik perhatian saya.
Boleh saya tahu apa tajuk nasyid AHmad Bukhatir yang dimainkan dalam drama tu??
Dan kepada zipi…boleh saya tahu mana boleh saya download lagu-lagu nya?
boleh email saya address website nya di hunnie_bee18@hotmail.com?
syukran..terima kasih kepada antum berdua..
May 12th, 2008 at 9:58 am
sedih sgt tgk cite nie…bagusla ditonton untuk saper2 yg mmg x penah mengenang budi ibu2 yang melahirkan,membesarkan dan mencurahkan sepenuh kasih sayang..inSyaAllah na akan jg mama baik2…smpi akhir hayat…
May 13th, 2008 at 12:49 am
Plot yg typical except for the part yg mak dia maafkan dia dlm surat terakhir…
May 13th, 2008 at 2:37 pm
salam, saya suka sangat lagu tema drama demi masa ni. sesapa yang ada lagu ni, bleh tak send kan kat add saya. tq
May 14th, 2008 at 7:36 pm
Akum!
Tajuk Lagu tu – Ummi
Artis Nyanian – Ahmad Bukhatir
Download – http://rapidshare.com/files/114821748/Ahmed_Bukhatir_-_Ummi.mp3.html
Selamat Hari Ummi
Segala Pengorbananmu Dibalas Doa Kebahagiaan Anakmu!
May 15th, 2008 at 11:32 pm
Selamat hari ibu, untuk ibuku dan ibu2 semua…pengorbanan mu tiada nilainya walaupun digantikan hartaku, darahku..nyawaku sendiri..berkorban masa dan wang ringgit demi melihat anak berjaya. Bukanlah wang yang diminta..cukuplah dengan pandangan kasih sayang dan simpati kita berikan pada mereka di penghujung usia .hanya itu yang mereka minta..tidak lebih dari itu.. yakinlah..walaupun kita berjaya sejauh menggunung tiada keberkatan dalam apa pun urusan kita melain kan doa ibu yang soleh pada anaknya..dan insyaallah suatu hari nanti kita akan merasa yang sama apabila anak2 kita dewasa kelak..
syabas kepada mereka yang terlibat dalam drama “demi masa”.. kerana berjaya memberi kesan positif kepada ramai anak2 tidak kira muda atau tua. Sepatutnya diulang tayang supaya semua penduduk malaysia dapat tonton sekali lagi drama itu..dan rasanya boleh mengurangkan gejala sosial (eratkan ikatan institusi kekeluargaan)
..syabas….sob ..sob..
May 18th, 2008 at 5:51 am
Selepas meliat ceta ni, sayup sayu hati, rasa nak jumpa emak skg jugak tapi xdpt.. emak kat sarawak.. :’( skg kat KL.. im really missed her.. sungguh suci hati emak Nazli tu (Mariam).. Kata org.. semakin emak kita baik, semakin tu cepat sangat dapat bala bencana.. Nauzubillah…
May 21st, 2008 at 8:29 pm
Ala buat aper kalau cter best tp perangai2 pelakon mcm hampeh..
May 23rd, 2008 at 11:54 pm
terima kasih.. jumpa gak lagu2 ahmad bukhaitr ni.memang layan beb.
June 10th, 2008 at 8:53 am
Sheila Rusly cantik la…..tambah pula bertudung lg nmpk cntik…rambut dia dulu pn cntik tp bila pakai tudung nmpk berseri2….
July 23rd, 2008 at 11:54 pm
Drama2 Jinggo n SR mmg best2 .. byk iktibar. Smoga adik Syafie trus sukses n x lupa asal usul + Allah swt ya dikkk…
February 21st, 2010 at 7:05 pm
Sya da terlepas tonton drama sheila rusly ‘Dunia Batinku’ Mcmana sya nk tgk online? Boleh ke?