Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Sekitar Penyampaian Hadiah Peraduan Asian Auto – Kayangan



Semalam, Budiey dijemput oleh Adit dari Raden Pictures Sdn Bhd bagi menghadiri satu majlis penyampaian hadiah untuk peraduan Asian Auto – Filem Kayangan di pejabat syarikat itu di Antah Tower, Damansara Height. Terima kasih Adit atas jemputan.

Seramai tiga orang pemenang telah dipilih berdasarkan slogan kreatif yang disertakan dalam peraduan melalui website Asian Auto. Mereka ialah Wan Norita Izwati, Nor Syakirah dan Nor Zuraiha. Tahniah kepada semua pemenang! Mereka dihadiahkan goodie bag berisi DVD Filem Kayangan yang belum lagi berada di pasaran, T-Shirt, poster dan merchandise dari Asian Auto.

Untuk mengimbas kembali ingatan pembaca, Raden Pictures pernah menerbitkan sebuah filem berjudul Kayangan yang telah berjaya mengutip kutipan hanya 300 ribu. Raden Pictures lahir dari perkongsian minat yang mendalam dalam bidang dunia perfileman dan hiburan antara Y.A.M Tunku Dato’ Seri Nadzaruddin Ibni Tuanku Ja’afar dan Y.M Tunku Dato’ Seri Mimi Wahida Tunku Wahman. Ditubuhkan pada tahun 2006, syarikat ini telah melancarkan filem sulong mereka pada 9 Ogos 2007. Sensasi Selebriti pernah mengadakan kerjasama dengan Raden Pictures untuk Peraduan Kayangan dan Readers Together Gather sambil menonton filem Kayangan.

Kini, Raden Pictures giat mempromosikan album runut filem Kayangan di stesen radio di seluruh negara. Katanya, 50% lagu dari album itu telah berjaya menembusi ruang udara radio secara kerap. Ini adalah hasil dari permintaan pendengar dan usaha juruhebah radio yang sentiasa prihatin dengan kehendak pendengar. Kepada korang yang mahukan isi kandungan telefon bimbit seperti penghias skrin dan nada dering lagu filem Kayangan, boleh melayari laman web Kayangan untuk memuatturun ke telefon bimbit.

JULIA ZIEGLER, DYNAZ

Dua orang pelakon utama filem Kayangan, Julia Ziegler dan Dynaz turut hadir. Budiey turut mengikuti temubual bersama Julia Ziegler bertanyakan tentang gossip Julia dengan Yusri KRU dan tentang pendapat Julia apabila tercalon dalam finalis top 5 Anugerah Bintang Popular. Ikuti cerita gossip dan pengakuan eksklusif Julia Ziegler tentang gossip Julia dan Yusri KRU di blog ini di entri akan datang. Julia juga dikatakan rapat dengan pengarah muda, Pierre Andre.

[tags]asian auto, majalah motor, tips jaga motor, filem kayangan pirates isu, raden pictures history, pemenang peraduan, telekom contest, jutawan, millionaire telekom contest, gossip julia ziegler yusri kru, cinta pierre andre, thongs scandal, anne pic oscar, dynaz wedding[/tags]

Tags: , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Sekitar Penyampaian Hadiah Suria Ku Di China SURIAFM
  • Winner Advertlets Referral Contest, Gathering Filem Kayangan & Peraduan Filem Kayangan
  • Sekitar Pelancaran Album OST Kayangan
  • Trivia: Tas Tangan Pelakon di Penyampaian Hadiah ABP – Rafflesia
  • Sekitar Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan TM Rewards Loyalty Contest
  • Sinopsis Teater Bangsawan Siti Zulaikha
  • Gambar Readers ToGether Gather – Filem Kayangan
  • TV3 Raikan Pemenang Peraduan SMS Tonton & Menang
  • Gossip Julia Ziegler Dan Yusri KRU Bercinta?
  • Datuk Siti Nurhaliza di Laman Santai, Istana Budaya 21 Jun



    • http://afham.blogmas.com afham

      tahniah wat pemenang.. :D

    • NUR

      Julia Zigler tu ke yang dikatakan ‘rapat’ dengan Yusry KRU sekarang ??? Seksinya…hmmmm lantaklah…..asalkan bahagia…..



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK