Sekitar Pengebumian Pengarah Yasmin Ahmad
Jenazah Pengarah Yasmin Ahmad disemadikan di Tanah Perkuburan USJ 22, Subang Jaya
SUBANG JAYA: Jenazah pengarah filem dan iklan terkenal, Allahyarhamah Yasmin Ahmad selamat disemadikan di Tanah Perkuburan USJ 22, Subang Jaya sebelum waktu Zohor sebentar tadi. Sebelum itu jenazah arwah Yasmin Ahmad telah dibawa ke masjid Abu Bakar As-Siddiq di SS19, Subang Jaya untuk dimandikan dan disembahyangkan, yang diketuai oleh Imam Ustaz Ahmad Salim dan bilal Ustaz Mohamad Soen.

Yasmin disahkan meninggal dunia akibat pendarahan teruk di otak malam tadi sekitar pukul 11.26 malam di Hospital Pakar Damansara.
Turut hadir pada majlis pengebumian ini bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Ketua Pegawai Eksekutif 8TV, Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif TV3, Datuk Seri Farid Ridzuan dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Datuk Tony Fernandes
Antara rakan-rakan artis serta sahabat handai Arwah Yasmin yang hadir ke majlis pengebumian ini ialah atimah Abu Bakar, Rosyam Nor, Pengarah filem, Amir Muhammad, Jaclyn Victor, Sharifah Amani, Suhaimi Baba, Tan Karhoe (pelakon filem Telentime), Low Ngai Yuen, Jo Kukathas, Ho Yu Hang, penggiat teater, Fahmy Fadzil dan penyanyi/penulis lagu, Pete Teo.








Berikut adalah kronologi majlis pengebumian jenazah Yasmin Ahmad.
9.30 pagi: Kereta jenazah bertolak dari rumah Arwah Yasmin di 42, Jalan SS22/5D, Subang Jaya.
9.50 pagi: Kereta jenazah tiba di masjid Abu Bakar As-Siddiq di SS19, Subang jaya.
10 pagi: Bacaan Yassin dari ahli keluarga dan semua yang hadir dijalankan.
11.05 pagi: Persiapan untuk menyembahyangkan jenazah sedang dibuat. Selepas jenazah disembahyangkan, orang ramai dibenarkan untuk memberi pernghormatan terakhir kepada Arwah Yasmin Ahmad.
11.38 pagi: Jenazah sedang disembahyangkan.
11.52 pagi: Sembahyang jenazah baru sahaja selesai dan jenazah kini sedang dalam perjalanan ke Tanah Perkuburan USJ 20.
12.46 tengahari: Jenazah Yasmin Ahmad telah selamat disemadikan dan bacaan talkin sedang dijalankan.
Kali pertama tiba di masjid dan selepas itu ke tapak perkuburan, hati rakan-rakan Yasmin Ahmad seakan-akan teringat babak-babak penyatuan kaum dalam filem-filemnya. [sumber]
Tags: Berita, Yasmin Ahmad
Tags: Berita, Yasmin AhmadClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





July 27th, 2009 at 9:13 am
bukan allahyarhamah lah…tp allahyaham
July 27th, 2009 at 10:31 am
~ dah dah laa.. org tuh dah meninggal.. sempat lagi nak tambah “mah” ke dak.. ~
July 27th, 2009 at 11:04 am
yelah.. itu antara dia dan Yang Maha Esa. kita yg masih ada di dunia ni sepatutnya berdoa yang baik2 untuk mereka di sana. wallahualam..
July 27th, 2009 at 2:10 pm
semoga rohnye dicucuri rahmat dan di tempatkan di tempat2 org yang beriman…amin..
alfatihah..
July 27th, 2009 at 2:12 pm
Salam,
dia khunsa, dah lebih pada perempuan..kalau tak tak akan disemadikan dan disolatkan sebagai perempuan
July 27th, 2009 at 4:45 pm
tak tau lah kebenaran nya,ada org ckp dia khunsa,ada org ckp dia tukar,allahu alam,semoga Allah swt menempatkan para solihin
July 27th, 2009 at 4:50 pm
saya pun pernah dgr dia,tp tak tau kebenaran nya,allahyarham ke allahyarhamah.semoga allah mencucri rahmat.
July 27th, 2009 at 5:32 pm
yang sudah..tu sudah.. jagn sebut2 lagi!!
moge roh yasmin di cucuri rahmat..alfatihah…sedehnyer aku…no more film like talentime, sepet etc…
July 27th, 2009 at 7:46 pm
dah2 le tu apa nak diceritakan lagi pada arwah… jangan diingat pasal keburukan org… semoga rohnya aman di alam sana… Al-Fatihah
July 28th, 2009 at 1:00 am
My deepest Sympathy to the Late Yasmin Ahmad…May her soul Rest in peace..Amen
July 28th, 2009 at 7:52 am
Al Fatehah…………..Semoga Roh beliau dicucuri rahmat dari Allah S.W.T dan di terima disisiNya…..Aminnn
July 28th, 2009 at 9:30 am
AL-FATIHAH…mati itu pasti..mati itu JANJI
July 28th, 2009 at 10:01 am
Semoga segala dosanya diampuni dan dirahmati..tentang ‘pertukaran’ dia tu..itu antara dia dgn Allah nak menjawab di sana..kita yg hidup semoga terus berbuat kebaikan..cuba kenangkan benda2 baik yg dilakukan beliau spnjang hayatnya…hasil karya yang menyentuh hati dan mempunyai nilai moral antara kaum yg tinggi dan menjadi pengajaran buat semua..AL-FATIHAH…
July 28th, 2009 at 10:29 am
she or he is the best!!!
July 28th, 2009 at 10:51 am
Bila dah meninggal baru kata diantara dia dgn Allah (mengenai “pertukaran”),
mengapa ketika hayatnya sesiapa yang tahu tidak cuba membimbingnya kembali kepada landasan yang benar. Patutlah walaupun filem yang dihasilkan bermutu, tetapi amat sekular. Kepada lelaki yang berjiwa seperti allahyarham, jadikan peristiwa ini sebagai pengajaran. Kembalilah kejalan Allah, TERSOHOR dan CANTIK bagaimanapun kamu, kamu pasti akan mati dan kembali kepada Allah. Insafi diri. Jangan selepas mati mayat kamu akan dimalukan sebegini ATAS PERBUATAN KAMU KETIKA HIDUP.
July 28th, 2009 at 1:55 pm
Masyallah, kalau tidak tahu cerita sebenarnya jgn nak tambah dosa. Sesungguhnya Yasmin ketika dilahirkan adalah seorang Khunsa. Akan tetapi arwah telah didaftarkan sebagai seorang lelaki. Apabila meningkat remaja, ciri2 wanita lebih menyerlah, menyebabkan identiti arwah telah ditukarkan dan membolehkan arwah berkahwin dengan suami yang ada sekarang.
Kes Khunsa sebegini memang kes terpencil maka ia jarang2 dibincangkan. Semasa di zaman Universiti dahulu kes ini pernah berlaku di fakulti saya di mana si Khunsa telah menukar identiti atas nasihat doktor semasa beliau berumur 12 tahun. Semasa lahir beliau telah didaftarkan sebagai lelaki namun setelah meningkat remaja beliau memiliki buah dada yang tumbuh secara semulajadi bukan transplant dan memiliki punggung perempuan. [ Ayah beliau adalah seorang Imam dan Ibu adalah seorang Ustazah.] Selepas menghabiskan pengajian beliau telah berkahwin dan berbahagia bersama suami yang soleh.
Kes Allahyarhamah Yasmin pun sama. Jadi berhati-hatilah apabila menulis, jangan membabi buta dan menuduh sembarangan. Fitnah yang anda sebarkan akan merebak seperti virus dan begitu jugalah dosa yang anda tanggung 7 ribu kali virus yang anda sebarkan.
Semoga roh Allayarhamah dicucuri rahmat. Amin.
July 28th, 2009 at 2:24 pm
masa hayatnya apa….time arwah hidup aku tau pun tidak pasal bnda niii..tapi bila arwah dah ‘takde’ baru aku tau…seriuss beb…tak tau punnnn..ate ni baru aye tau…aye search kat internet…aje nyerr yeaaa!!
yang pasti…tak payah laa nk ngata org yg sudah tiada…kita pun tak tau ‘pergi’ nya bila…
July 28th, 2009 at 4:30 pm
betul tuh..aku setuju ngan isteri kata….aku sendiri pun tk tau langsung benda cam nih..naper bila org dah meninggal org lain plak ckp benda2 yg sulit atau rahsia tentang si mati…kalo dah tau tu diam jer la..buat pengajaran diri sendiri..takut nanti bila kita lak “pergi” org lain dok bukak “kisah” …walaupun mungkin utk tujuan menyedarkan org lain tp kita (yg dah mati) mesti sedih bila org bukak citer pasal diri kita kan…wallahhuaklam…al fatihah pada arwah..
July 28th, 2009 at 5:08 pm
Jeff, thanx for the info. Hanya mereka yang terdekat shj tahu. I hate Kosmo! Yesterday! Too much.
Alfatihah.
July 29th, 2009 at 12:04 am
Elakkan lah mengaibkan orang. Sempurna sangat ke kita ni? Yasmin ada ibubapa yang masih hidup. Mengapa diseksa hidup orang tua tu dengan cerita-cerita yang siapa pun tak pasti kebenarannya kecuali mereka? Sudahlah mereka baru kehilangan anak.Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah. Semoga rohnya aman di alam barzakh.
July 29th, 2009 at 10:55 am
memang betul…yang sudah tu sudah le tapi macam mana urusan pengkebumiannya tu…pakai telekung ke kain pelikat…yang memandikannya tu lelaki ke perempuan…talkin tu pakai nama yang mana satu dan macam2 persoalan yang bakal timbul
July 30th, 2009 at 1:59 am
lelaki ataupun perempuan….rohnya telah pun disini Allah…Alfatihah buat kak min takziah buat keluarga yang ditinggalkan moga tabah menghadapi kiamat kecil ini.
July 30th, 2009 at 7:50 am
bila seorang khunsa itu meninggal…jenazahnya akan di sempurnakan mengikut cara hidupnya.. maksud aku.. jika dia menjalankan hidup sebagai seorang perempuan.. maka akan diuruskan sebagai jenazah perempuan. Kita semua pun tahu khunsa itu berhak memilih..samada menjadi lelaki atau perempuan… wlupun dia di daftarkan sebagai lelaki sewaktu masih kecil..itu tidak bermaksud dia harus kekal sebagai lelaki jika ciri2 kewanitaan lebih menonjol. Apa2 pun… tolonglah jgn mengaibkan orang yang telah pergi.
July 30th, 2009 at 7:55 pm
Al-Fatihah buat Allahyarham Yasmin Ahmad…..
moga kita yg hidup ni mendapat pengajaran di atas apa yg berlaku…..
Hanya Allah yg lebih mengetahui…Wallahhua’lam….
July 31st, 2009 at 10:53 am
Salam, adalah bersedekah itu lebih baik dari mengata…jangan buat andaian tanpa kesahihannya……Al-Fatihah buat Allahyarhamah Yasmin Ahmad, semoga roh nya ditempatkan bersama orang2 yang beriman…..Amin
August 1st, 2009 at 2:57 am
hanya DIA yang sempurna & maha mengetahui…
al fatihah wat yasmin ahmad…
August 1st, 2009 at 11:57 am
dye 2 gurl or boy ek???
pning2
August 2nd, 2009 at 11:16 am
aku pn x tau…tp itu slh satu pengajaran yg Allah nk tjk kt kiter yg idup ni…harus ingat…sesuatu niat yg baik tdk menghalalkn cara yg diambil
August 2nd, 2009 at 11:18 am
setuju ngan Nazim…sms hayat xder sorangpn ke yg cuba ajak arwah ke pangkal jalan???cthnyer….tutup aurat cm muslimah yg sjati…kalau btol nk jd pompuan kan3
August 3rd, 2009 at 1:05 pm
salam..tertarik tuk komen kat sini…wat pe kita nak mempersoalkan org yg dah meninggal..kita yg hidup pun lum tentu lagi sempurna imannye…seeloknya kita sedekahkan al-fatihah tuk yasmin, kerana tu yang terbaik daripada ungkit mengungkit hal-hal yg kita sendiri pun tak tau hakikatnye…ada lagi hati lain yang kita perlu jaga terutama keluarganya yg dalam kesedihan, jadi berhentilah tuk ungkit hal2 yang sensitif…kerana kita tak layak tuk meghukum sebab kita pun umat yang lemah juga yang sentiasa wat silap…al-fatihah tuk yasmin ahmad….
August 7th, 2009 at 1:09 pm
pe2 pun, arwah sudah pergi, sebaik2 nyer jganlah bercerita lg pasal keburukan si mati, hanya allah yang maha mengetahui ape yang terjadi sebenarnya,moga allah mencucuri rahmat ke atas roh allahyarham yasmin ahmad…..amin.
August 9th, 2009 at 9:11 pm
aku piss of skit la….die dikebumi sebagai perempuan..even mak die da cakap..
die lahir…hidup..dan mati sebagai wanita….
sile jangan konpius lagik…al fatihah..allahyarhamah yasmin ahmad.