Sekitar Pembikinan Muzik Video PENDETA Naizle
Setelah mencipta nama dengan lagu PENDETA, pendatang baru Naizle atau nama sebenarnya Aliff Naizal Azizul tidak berfikir panjang untuk buat video muzik untuk lagu single. Lagi cepat buat video klip, lagi banyak publisiti dia dapat.
Sekarang ni, Budiey selalu saje dengar lagu Pendeta dipasang di Suria FM. Kadang-kadang, setiap jam MESTI ada lagu Naizle. Best tak lagu tu?
Kira Naizle sekarang dah dikenali kerana ada beberapa faktor yang membantu. Rasanya, lagu Pendeta ini juga menjadi lebih digemari apabila lagu ini diselitkan dalam drama Tari Tirana sebagai lagu latar.
Tak dapat disangkal lagi, lagu Pendeta bikin anak bujang berusia 23 tahun ini popular sekelip mata. Seiring juga dengan gosip yang kononnya ada mengatakan Naizle bercinta dengan Stacy. Gosip itu menular apabila peminat-peminat Naizle dan para peminat Stacy berlawan dalam satu perlawanan futsal.

Minggu lalu, selama 2 hari, Naizle telah lakukan yang terbaik untuk pembikinan muzik video sulungnya bersama dengan 6 krew. Tanggal 13 November, rakaman dibuat di Tea House & Muzium bermula jam 6 petang hingga 10 malam. Manakala hari kedua pula rakaman bermula di Jonker Street, Melaka.

Turut diundang, pelakon drama Tari Tinana bernama Nadya sebagai penyeri dalam video ini. Berlatar belakangkan tahun 40an dan juga alam fantasi. Mengisahkan tentang Naizle yang mencari kekasih yang diidamkannya tetapi gagal untuk ditemui. Sesuai dengan gaya dan rentak balada untuk lagu ciptaan Omar K ini.
Dengan menelan kos sebanyak RM20,000 yang Budiey kira agak mahal bagi penyanyi baru, namun ianya dibiayai oleh Huge Dimension Sdn Bhd, ETA Management Services Sdn Bhd dan Supreme Stussy.
Ini scene masa Naizle dalam mimpi, di mana dia bertemu dengan kekasih idamannya yang bernama Sara. Shoot ni dibuat dalam Laksamana Cheng Ho Tea House, Jalan Tukang Besi. Tempat tu first time owner dia bagi izin untuk buat rakaman video.
Video klip ini diarah oleh Kunyit dan Aszuad.



Pada hari yang kedua, rakaman bermula jam 5.45 pagi. Namun, mereka terpaksa menempuhi halangan kerana hujan lebat turun pada jam 10 pagi. Mereka terpaksa menunggu selama 4 jam. Mmm… bukan senang nak siap dengan sempurna.
Kini, Naizle sibuk mengeluarkan single keduanya.













Tags: Behind The Scenes, Naizle
Tags: Behind The ScenesClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





November 18th, 2009 at 1:45 am
xpernah dengar plak lagu mamat nie..kena p cari nie
November 18th, 2009 at 12:34 pm
Rasanya dia perlu sedikit grooming. takkan takde orang nasihat dia pasal grooming kut?
he got the look, just need to be a bit more trendy!…
November 19th, 2009 at 1:55 pm
Agreed with Cutecarry. baru lagi kot dia ni…tak de sapa nak jd penata gaya dia…tunggula bila dah meletop nnt! mesti berduyun tiba..hehehe…
January 23rd, 2010 at 11:50 pm
ske sgt lagu2 dlm cite taritirana ni..especially lagu NADi..
tpi puas cari lirik die,xdpt pon..help me plsss