in

Sekitar Pelancaran Telefon Pintar vivo X5Pro di Malaysia

Telefon pintar sempurna yang menggabungkan keseronokan & kecerdasan khas untuk para belia! Jenama telefon bimbit China terkemuka vivo memperkenalkan telefon pintar terbarunya – yang digelar sebagai “Touched by Beauty”, vivo X5Pro, di Malaysia.Dilancarkan di Menara Berkembar Petronas Ikonik di Kuala Lumpur, satu sidang telah diadakan secara rasmi mengumumkan kemasukan vivo X5Pro ke dalam pasaran Malaysia.

Mr Alex Feng – Naib Presiden vivo Global, Mr Lewis Zeng – CEO vivo Malaysia, dan ramai ahli vivo menghadiri perlancaran ini. Tidak boleh diperkecilkan bahawa perlancaran vivo Malaysia yang dihadiri oleh lebih 1,500 orang ini – adalah yang terbesar untuk vivo, menunjukkan kepentingan pasaran Malaysia dan juga jangkaan masa depan negara ini kepada vivo.

Sekitar Pelancaran Telefon Pintar vivo X5Pro di Malaysia

Dalam perlancaran ini, Mr Alex Feng menegaskan bahawa vivo bertumpu untuk menjadi pengeluar telefon pintar, dan sentiasa mengikuti moto mereka:

“Berani menolak had dan terus membawa kejutan baru”, dan telah pun menghasilkan banyak telefon pintar yang menakjubkan. Dari pelancaran telefon pintar vivo yang pertama pada tahun 2012, vivo X1, vivo X3 dan vivo X5Max bukan sahaja berturut-turut memecahkan rekod telefon pintar paling nipis di dunia, tapi juga mempunyai kualiti bunyi Hi-Fi. vivo just menghasilkan telefon pintar degan skrin 2K vivoXplay3S pada tahun 2013, aperture F1.6 besar & optic penstabilan imej Xshot pada tahun 2014, dan telefon pintar pertama di dunia yang mempunyai “Touched by Beauty “, vivo X5Pro.

Mr Alex Feng juga berkata vivo mempunyai keyakinan penuh dalam pasaran Malaysia.Sejak vivo ditubuhkan, mereka berkomited untuk mengejar keseronokan, kecergasan, dan menarik perhatian para belia – dengan produk yang cantik dari segi estetik, mempunyai kualiti bunyi Hi-Fi profesional, dan memberikan pengguna pengalaman yang bagus. Pada tahun 2014, vivo mula melaksanakan strategi antarabangsa mereka dan telah didaftarkan di lebih 100 negara di seluruh dunia termasuk negara Thailand, India, Myanmar dan Indonesia.

Sebagai sebuah negara yang penting dalam ekonomi Asia, Malaysia sentiasa dipandang sebagai pasaran penting oleh vivo.Selepas kemasukan rasmi ke pasaran Malaysia, vivo akan menempatkan inovasi mereka untuk mencipta nilai yang lebih besar untuk pelanggan-pelanggan mereka di Malaysia, dan juga membantu menghebohkan jenama vivo untuk menarik perhatian para belia Malaysia yang bergaya.

CEO vivo Malaysia, Mr Lewis Zeng lagi menambah, “Industri telefon pintar di Malaysia berkembang dengan pesat, dan vivo telah pun membina rangkaian kami secara aktif di seluruh Malaysia – termasuk lebih 2,000 pusat jualan, 10 pusat perkhidmatan and hampir 1,000 orang pekerja. Pada tahun 2015, vivo Malaysia akan terus meningkatkan pelaburan dalam membina enama vivo, serta meningkatkan bilangan saluran pengedaran dan pusat perkhidmatan di Malaysia. Dalam masa terdekat, vivo akan terus menyediakan produk yang lebih kompetitif serta menyediakan perkhidmatan yang lebih setempat untuk para pengguna di Malaysia.

Selain itu, vivo juga akan melancarkan telefon pintar terbaru mereka yang digelar “Touched by Beauty “, vivo X5Pro. Diilhamkan oleh alam semulajadi, telefon mempunyai permukaan yang menyerupai setitik air, kaca 2.5D bermuka dua digabungkan dengan rekabentuk bingkai logam dan kemasan yang menakjubkan, semua dalam badan langsing yang hanya 6.44mm. vivo X5Pro adalah sempurna secara terperinci, memberangsangkan dalam kedua-dua visual dan fungsi, dan menyeru konsep “Touched by Beauty” secara sempurna.

Dari segi fungsi, vivo X5Pro dipasang dengan SmartWake yang membolehkan pengguna mengawal telefon pintar dengan isyarat tangan.Telefon ini juga mempunyai tumpuan dan kedudukan tengah PDAF, bersama flash kelajuan tinggi – vivo telah mencapai telefon pintar yang mempunyai kelajuan AF industri yang terpantas. Bergambar bila-bila saja, dan masih mencapai gambar yang jelas. X5Pro juga mampu mengenal pasti jantina serta individu berdasarkan gaya tersendiri, secara automatik. Dikuasakan oleh cip AKM AK4375 digabungkan dengan pengalaman vivo yang mendalam – X5Pro pasti menjadi standard Hi-Fi.

Produk terbaru vivo pada 2015 dijanjikan untuk memberi para pengguna kualiti bunyi Hi-Fi, super nipis, kamera berkualiti tinggi, serta sistem operasi Fun Touch.Telefon pintar ini pasti memberi pengalaman terbagus untuk para belia Malaysia pada masa kini.

Di China, vivo X5Pro adalah salah satu telefon pintar yang paling popular, menyebabkan vivo X5Pro muncul sebagai juara dari segi jualan semasa musim panas. Saya percaya bahawa vivo X5Pro juga akan mengkagumkan pasaran Malaysia, dan menarik perhatian para peminat telefon pintar.

Sekitar Pelancaran Telefon Pintar vivo X5Pro di Malaysia

Sekitar Pelancaran Telefon Pintar vivo X5Pro di Malaysia

Sekitar Pelancaran Telefon Pintar vivo X5Pro di Malaysia

Sekitar Pelancaran Telefon Pintar vivo X5Pro di Malaysia

Sekitar Pelancaran Telefon Pintar vivo X5Pro di Malaysia

Sekitar Pelancaran Telefon Pintar vivo X5Pro di Malaysia

Sekitar Pelancaran Telefon Pintar vivo X5Pro di Malaysia

Sekitar Pelancaran Telefon Pintar vivo X5Pro di Malaysia

Sekitar Pelancaran Telefon Pintar vivo X5Pro di Malaysia

Sekitar Pelancaran Telefon Pintar vivo X5Pro di Malaysia

Sekitar Pelancaran Telefon Pintar vivo X5Pro di Malaysia

Sekitar Pelancaran Telefon Pintar vivo X5Pro di Malaysia

Mengenai vivo
“vivo” berasal daripada istilah Latin kuno, yang pada asalnya digunakan oleh orang Rom semasa memberi sorakan kepada Caesar, Ottawa, Victoria serta tokoh-tokoh lain sezaman. Dengan aliran masa, istilah “vivo” digunakan untuk menggambarkan kekaguman terhadap karya-karya terkemuka, dan menjadi sejenis expressi untuk menggambarkan hasil seni yang luarbiasa.Kini, “vivo” merujuk kepada golongan muda serta bertenaga.

Vivo berdaftar di negara China pada tahun 2008, dan sejak 2011 vivo telah berkembang secara antarabangsa dan merupakan sebuah jenama yang boleh didapati di lebih 100 negara di setiap pelosok dunia, termasuk negara Indonesia, India, Thailand dan Myanmar.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Selebriti Popular Yang Hadir di Bazar Syukur Selalu Johor Bahru

Hatta Dolmat Tawar Jualan Diskaun Sehingga 70% Sempena Aidilfitri