Teknik Memikat Melalui Sains!!!


Home HOME | My Jurnal | My Few.net | Foto Blog | Tips Money | Who Linked Me | Enter-tainment | Hubungi | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)

























[ Lebih 20 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]





Sekitar Pelancaran Teater Muzikal Patung Kertas @ MTC

Pada 6 Mac 2008, Khamis yang lalu, Budiey telah menghadiri satu sidang media Teater Muzikal Patung Kertas 08 di Mini Auditorium, Pusat Pelancongan Malaysia (MTC), Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Majlis yang bermula pada jam 4.30 petang itu telah menyaksikan kehadiran ramai pelakon teater tersebut antaranya, Dato’ Jalaluddin Hassan, Along Faris, Ashraf Muslim, Zuhairi Ibrahim, Felina Cheah, Syed Yusof Wafa, Hanif Abdul Ghani dan Ebby Yus. Selain para penaja yang terdiri dari wakil dari Nestle, MTC dan Aura Seri, kelihatan penaung untuk teater ini, Noryn Aziz juga turut sama hadir.

HOS DRAG

Majlis ringkas yang dipengerusikan oleh seorang yang menggelarkan dirinya ’kakak’ itu dimulakan dengan ucapan dari penerbit iaitu Nik Noor Asyikin Nik Abdul Majid. Selain berterima kasih kepada Loqman Ghani yang menjadi pengarah, beliau mengucapkan terima kasih atas sumbangan daripada penaja. Nik Noor Asyikin mengalu-alukan cadangan untuk menubuhkan tabung khas kepada anak seni yang memerlukan.

gambar nik

Noryn Aziz selaku penaung kepada teater yang ditulis oleh Wahid Nasir ini berucap dan seterusnya merasmikan pementasan teater tersebut. Ini adalah kali pertama Noryn Aziz dilantik menjadi penaung. Budiey pun pelik, biasanya penaung terdiri daripada orang politik atau orang kenamaan yang berpengaruh. Tapi kali ini, agak berlainan. Mungkin ada istimewanya apabila selebriti dipilih menjadi penaung. Memlih teater ini kerana skrip dan tajuknya yang unik. Katanya lagi, teater ini akan mengajak masyarakat untuk memahami kehidupan Patung Kertas itu sendiri dan Noryn percaya ianya satu kisah yang hebat.

noryn aziz

Teater ini akan menuntut sumbangan orang ramai dengan penjualan tiket yang akan disalurkan kepada tabung Warista iaitu sebuah Women Association.

Kemudian, acara diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada penaja dan penaung.

Hadirin kemudiannya, dipersembahkan dengan sedikit babak yang dipetik dari teater muzikal ini serta persembahan Ika Fancy Group dengan lagu One Night Only.

Kemudian, ada sesi memperkenalkan para pelakon dan sesi fotografi…

Apa Yang Menarik Bagi Budiey:
Teater terbitan Karya Prima ini bukan sekadar mentransformasikan pelakon yang selalunya dilihat memegang watak serius dan lelaki matured, Dato’ Jalaludidin Hassan bertukar menjadi seorang Mak Nyah… jauh dari itu, teater ini dianggap satu penanda aras bagi mengembalikan semula penerimaan masyarakat kepada teater sebegini.

Memang jarang Budiey perhatikan produksi di Malaysia berani untuk mengusung teater bertemakan Mak Nyah atau golongan gay ke pentas teater tanahair. Mungkin temanya agak taboo dan menjadi pantang larang dalam masyarakat kita. Ironinya, dalam teater ini bukan setakat Datuk Jalaluddin Hassan, Zuhairi, Syed Yusof Wafa dan Along Faris menjadi lelaki lembut, malah Ashraf Muslim juga turut melakonkan watak yang sama. Mesti menarik bukan?

Selain itu, teater ini dikatakan akan menimbulkan satu kontroversi. Namun, apa yang diharapkan oleh pihak produksi, penonton dapat menilainya dari sudut yang positif. Teater muzikal ini secara diam-diam rasa Budiey dapat membetulkan akhlak seseorang dari berlaku ’songsang’ sebenarnya.

Asal Usul Teater Ini?
Skrip teater ini diilhamkan dari The Adventures of Priscilla, Queen of The Desert dan Farewell My Concubine, sebuah filem dari luar negara. Penulis skrip teater ini, A. Wahid Nasir lebih menfokuskan mengenai seorang lelaki bernama Arman atau Adik Chu lakonan Zuhairi yang disifatkan ‘lembut’ sejak kecil lagi. Beliau merupakan anak yatim piatu yang kematian seorang ibu yang menderita penyakit barah darah yang kronik. Selepas ibunya meninggal, Arman terpanggil untuk membuat kerja amal untuk membantu yayasan penyakit kronik dan kebetulan rapat dengan seorang penggiat seni dan peniaga butik, Hairol (Jalal) setelah beliau diselamatkan oleh Hairol atau Along dari serbuan polis. Mereka berdua menubuhkan pasukan “patung kertas” untuk tujuan mengadakan persembahan amal bagi mengisi tabung yayasan penyakit kronik itu.

Sekian lama Arman memendam rasa pada Hairol namun demi persahabatan, dia terus membisu sehinggalah muncul Khairi (Along Faris) iaitu seorang pegawai bank yang menjadi ahli kumpulan “patung kertas” dan konflik semakin bertambah apabila muncul seorang gadis bernama Mariam (Rashidah Jaafar) dalam hidup Hairol. 

Naskah terbaru dari pengarah teater tersohor tanah air, Lokman Ghani, menampilkan satu kelainan di mana penulis menghasilkannya dengan lebih terperinci. Dengan mengambil kelaziman fitrah manusia sebagai insani yang tidak pernah kenal erti kepuasan hidup di muka bumi ini. Bekerja demi sesuap nasi dengan harapan masih terus mampu bernafas dan dapat menyumbang bakti tenaga serta kudrat.

Memetik kata penerbit,

“Walaupun mereka lembut dan berpakaian seperti perempuan tetapi ada yang berkelakuan baik dan boleh membawa kepada peningkatan ekonomi negara. Contohnya ramai di kalangan mereka yang menjadi mak andam atau jurusolek, pakar dalam bidang jahitan lalu membuka butik dan tidak kurang juga yang melibatkan diri dalam bidang masak-memasak.”

Budiey sempat menemuramah penerbit teater muzikal ini, Nik Noor Asyikin dan juga pelakon kacak Ashraf Muslim yang memegang watak Kerry aka Khairy. Nantikan temubual bersama mereka di entri seterusnya.

Technorati Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Cik Pot Corner @ Tukang Gossip Suria FM
  • Peraduan Jom Menonton Teater Muzikal Patung Kertas @ MTC
  • Keputusan Peraduan Jom Menonton Teater Muzikal Patung Kertas @ MTC
  • ARISHA: Penari Ika Fancy Ke Pentas Teater Patung Kertas
  • Sinopsis Teater Patung Kertas Lakonan Dato’ Jalaluddin Hassan
  • Gambar Siti Nurhaliza & Datuk Khalid @ Malam Gala Teater Patung Kertas
  • Gambar Ashraf Muslim Pegang Watak Mak Nyah @ Teater Patung Kertas
  • Pemenang Peraduan Mari Menonton Teater Muzikal Kanak-Kanak Aladdin
  • VIDEO PROMO TEATER MUZIKAL PATRIOT ASHRAF MUSLIM
  • Majlis Sidang Media & Pelancaran Teater Muzikal Islam “Sirah Junjungan”



  • 5 Komen untuk entri “Sekitar Pelancaran Teater Muzikal Patung Kertas @ MTC”

    1. ally kata:

      erm… bila yer teater tu?
      ;)

    2. Budiey kata:

      ally, sorry lupa nak kasi info bila teater ni akan dipersembahkan.

      25-30 April 2008

      jgn lupa beli tiket ya!

    3. ulfah kata:

      ashraf blakon jdi mak nyah x ensom r..rmbut dy 2..spoil…

    4. epul kata:

      mane nak dapatkan tiket..kasi info pasal tiket ley??

    5. anwar kata:

      Budiey, diorang tak nak main teater tu lagi ker??? teringin nak tgk la…. masa diorg main hr tu, adalah minggu yang tersibuk, so miss nak tgk… suruhlah diorg main lagi… please

    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:
















    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by MERCUMAYA.NET