Sekitar Pelancaran Showcase Anugerah Juara Lagu 22
Pada 5 Januari 2008 hari Sabtu, Budiey ada mengikuti sidang media dan showcase Anugerah Juara Lagu ke 22 di One Utama Shopping Complex, Bandar Utama. Majlis yang diadakan secara terbuka itu berlangsung pada jam 4 petang dan dihadiri oleh sebilangan finalis AJL22 seperti Ramlah Ram, Aishah, Sahri, Kumpulan Sofaz, Jinbara, Lah VE, Fazli Zainal, Nora, Faizal Tahir dan Hazami. Dua bintang ternama yang menjadi tumpuan AJL22 kali ini iaitu Mawi dan Datin Seri Hajjah Siti Nurhaliza tidak hadir sebaliknya hanya menghantar wakil. Siti Nurhaliza yang baru pulang dari Mekah, khabarnya akan melakukan kejutan tentang imejnya samada ingin bertudung atau tidak di AJL kali ini.

Dihoskan oleh Ally Iskandar dan Cheryl Samad, acara berlangsung yang dihadiri oleh pencipta lagu dan penulis lirik itu juga diserikan dengan dekorasi menarik, hiasan lilin dan gemerlap chandelier kristal dan tirai putih dan ungu yang menjadi warna tema untuk AJL kali ini.
Dimulakan dengan persembahan pembukaan yang memaparkan 3 kumpulan penari yang mewakili 3 kategori lagu yang dipertandingkan iaitu Balada, Pop Rock dan Etnik Kreatif. Diiringi dengan lagu tema yang diseragamkan mengikut 3 genre yang katanya akan menarik penonton untuk mengembara ke alam khayalan.
Dimulakan dengan kata-kata aluan dari Cheryl Samad yang menjadi pengacara utama bersama Ally Iskandar dan dibantu oleh Fara Fauzana dan Faizal Ismail. Kemudian selepas tayangan audio visual 14 finalis AJL 22, satu cabutan giliran persembahan diadakan. Budiey akan senaraikan lagu mengikut giliran di entri yang seterusnya.
Sejurus sesi bergambar, penonton dihiburkan dengan konsert mini AJL22 yang dipersembahkan oleh beberapa finalis seperti Ramlah Ram, Sahri, Sofaz, Jinbara dan Faizal Tahir.





Technorati Tags: sidang media, showcase, ajl22, anugerah juara lagu 22, one utama, Ramlah Ram, Aishah, Sahri, Kumpulan Sofaz, Jinbara, Lah VE, Fazli Zainal, Nora, Faizal Tahir, Hazami, ally iskandar profile, fara fauzana gossip, cheryl samad dibuli, baju fesyen siti nurhaliza
Tags: Anugerah Juara Lagu, Aishah, ajl22, ally iskandar profile, anugerah juara lagu 22, baju fesyen siti nurhaliza, cheryl samad dibuli, Faizal Tahir, fara fauzana gossip, Fazli Zainal, Hazami, Jinbara, Kumpulan Sofaz, Lah VE, Nora, one utama, Ramlah Ram, Sahri, showcase, sidang mediaBaca artikel lain yang berkaitan:














January 7th, 2008 at 12:45 am
Laa Ramlah Ram ke tu, fesyen apa la sendat2 camtu, pastu pakai vest
January 7th, 2008 at 3:53 pm
jangan si faizal tahir 2 menang..tak pasal2 menjerit org luper diri…dh asalnye kump. nasyid , lagaknye…tuhan saje yg tau…tak tau cmner anak2 die nengok?
January 7th, 2008 at 6:59 pm
ajl plg ramai,,,,nyanyi2….jgn la anak pak tahir menang…..xsukeeeeee
January 15th, 2008 at 5:25 pm
INSYAALLAH PADA TAHUN INI AJL AKAN BERTAMBAH SEMPURNA DARI SEGI PENGANJURAN DAN PENILAIAN LAGU TERUTAMA DARI SEGI KEINDAHAN MELODI DAN TERSENDIRI… SEMOGA FARHANA MENDAPAT TEMPAT DIHATI PARA JURI AJL KALI INI.. SUKARELAWAN KOTA ANGGERIK MENDOAKAN KEJAYAAN JINBARA …
January 16th, 2008 at 2:33 pm
aku bukan peminat faizal tahir, tapi kalau nak dihayati lagu yg dia bwk nanti dua2 ada potensi utk menang..kita nilaikan lagu bukan orgnye.
January 20th, 2008 at 10:46 am
ala setakat buka baju pun nak kecoh ke?????bukan dia buka seluar..ni mesti ada org dengki atau berdendam dkt dia..hari 2 dia buat slide pun nak kecoh..mesti ada org takut dia menang AJl…sama la dgn pelakon dok belakon..diaorg buka baju jugak…wat apa nak kecoh-kecoh…antara faizal buka baju dgn pelakon sama je kan…beribu-ribu org yg tgk…beza dia cuma dkt pentas je…kalau sape yg tgk faizal dkt o.i.a.m,mesti diaorg tau,yg aksi slide tu dari dia masuk o.i.a.m lg..cuba kalau ayah korang buka baju sebab panas atau nak mandi,takkan wartawan nak serang jugak kot?amik masa untuk fikir-fikirkannya ye…..
January 20th, 2008 at 2:51 pm
suka dgn vokal faizal tahir, tp perangainya mcm org lupa daratan. kalaupun nak jadi penghibur yang baik, kena ikut peraturan gak. jgn ikut hati je. tuhan beri akal untuk berfikir…fikirlah. tgk sekarang ni, semua org dah x suka faizal tahir.
January 25th, 2008 at 4:23 pm
suka x suka ahad ni 27hb sama kita nati kan
jgn ada yg gigit jari lagu ajai menang!
pd FT jdkkan ia nya sbgai pgajaran yg berguna wat selama nye!
da kena nk menyesal pn tak guna!
rehda je la
ALL THE BEST AJL22
January 26th, 2008 at 2:21 pm
harap2 faizal tahir menang!!!!!! ske gler dgar lagu die….. suara die lain drpada yg lain.. he’s d best..
go slideman!!