Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Sekitar Pelancaran Shawal FC



Akademi Fantasia 5 sudah pun menghampiri penamatnya. Esok, anda akan menonton satu lagi konsert sebelum melangkah ke Konsert final pada 19 Mei di Bukit Jalil. Saya perhatikan, menjelang konsert minggu ke 9, kelab penyokong dan peminat kian galak mengadakan kempen gerak gempur untuk menaikkan undian pelajar pilihan masing-masing. Akhir-akhir ini juga, kelab peminat juga tidak kurang ditubuhkan untuk memastikan sokongan padu berterusan. Termasuklah Kelab Peminat & Penyokong Shawal yang telah pun melakukan usaha sehabis baik untuk menaikan nama Shawal.

Pada 9 Mei lalu, Sensasi Selebriti dijemput untuk menghadiri satu majlis pengenalan Kelab Peminat Shawal. Berlangsung di Dewan Yayasan Tun Abdul Razak, Jln Bkt Bintang yang saya kira satu lokasi yang agak besar, mewah dan gah. Namun, sayangnya saya perhatikan tidak seorang pun wartawan yang hadir untuk membuat liputan. Kebetulan pada waktu yang sama ada majlis pelancaran filem terbaru Mamat Khalid, Kala Bulang Mengambang. Penulis blog hiburan yang hadir hanya 3 orang sahaja termasuk saya. Alangkah baiknya kerusi-kerusi kosong itu diisi oleh para penulis blog hiburan yang lain.

Walaubagaimana pun, ini tidak bermakna penyokong Shawal tidak mendapat sokongan, kerana majlis itu sebenarnya memakan belanja yang besar dihadiri oleh sahabat handal, kenalan, famili dan teman sekerja Shawal. Semoga ini bukan petanda yang tidak elok bagi Shawal pada konsert esok. Mungkin banyak sebab ramai peminat yang tidak mahu sertai majlis ini. Mungkin masa yang dibuat pada bekerja atau tempatnya yang susah juga untuk dicari. Atau pun kerana majlis ini kosong dengan ketiadaan Shawal. Saya lihat bayaran makan malam pada malam itu agak tinggi iaitu RM40 seorang. Manakala kepada anda yang ingin menjadi kelab penyokong Shawal perlu membayar yuran pendaftaran iaitu sebanyak RM30 seorang. Apa-apa pun, bayaran yang tinggi itu berbaloi kalau dilihat dengan menu masakan yang disediakan oleh Restoran Sri Melayu. Lazat dan berkhasiat.

Majlis diserikan dengan kehadiran pelakon veteren, Datin Hajjah Rosnani Jamil atau mesra dengan panggilan Mak Nani dan penyanyi 80 an, Aman Shah. Dengan pelancaran Shawal Fan Club ini diharapkan dapat mengukuhkan lagi kedudukan Shawal di dalam Akademi Fantasia. Juga ini akan menyalakan semangat untuk Shawal. Peminat Shawal berharap prestasi pelajar yang berasal dari Wangsa Maju ini akan keluar dari kepompong, bangun dan terus meningkat pada minggu ini. Seterusnya menjuarai Akademi Fantasia 5. Boleh atau tidak, bukan satu perkara yang mustahil.

Majlis diraikan dengan ucapan pengerusi majlis yang sungguh ceria pada malam itu. Juga ucapan Presiden Kelab dan seterusnya pelancaran logo Kelab Peminat Shawal. Kemudian, hadirin diajak menjamu selera. Sambil makan, ada tayangan video sepanjang penglibatan Shawal dalam Akademi Fantasia.

Ramai pemerhati AF meramalkan Shawal akan terkeluar pada Konsert minggu ini berikutan prestasi Shawal yang tidak konsisten. Andaian ini sukar untuk dibuktikan kerana keputusan undian memang bercelaru ketika saat undian ditutup. Siapa sahaja boleh tersingkir. Hanya satu langkah untuk ke final, agak rugi rasanya sekiranya Shawal tersingkir. Bukan Shawal sahaja. Saya sokong andainya astro membuat kejutan ke-enam-enam pelajar, semuanya akan ke pentas akhir. Undian SMS pun akan masuk banyak. Banyak masuk, banyak untung, ye tak? Mungkin ramai peminat Shawal yang risau dengan prestasi Shawal yang tidak berjaya melakukan magik dalam persembahan Kaulah Segala. Namun, saya kira, setelah menonton diari, Shawal pastinya akan melakukan satu persembahan yang power dalam lagu Copacobana. Tunggu dan lihat saja.

Budiey ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua warga Kelab Peminat Shawal. Terima kasih atas kesudian kalian menjemput warga Sensasi Selebriti.

Berikut secara eksklusifnya… antara foto-foto sekitar majlis pelancaran Shawal FC.

[tags]Shawal FC, Kelab Peminat Shawal, Shawal Agogo[/tags]

Tags: , ,

Tags: , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gathering Pertama Kelab Peminat Shawal Esok!
  • Shawal Tersingkir! Agogo GO OUT?
  • Sekitar Gathering Shawal FC Retro Agogo II
  • Cenderehati Akademi Fantasia 5
  • Pelancaran Portal Shawalfc.net
  • Pertandingan Akhir Hits 1 di Stadium Negara Ahad Ini
  • Senarai Semua Lagu Konsert Akhir AF5
  • Chat Shawal & Heliza: Antara Teruja & Teruji
  • Gambar Sekitar Pelancaran Album Atilia
  • Gambar Selebriti di Konsert Akhir AF5



    • pakcik ajami [ajk pelancaran shawal-fc]

      Salaam bro budiey..

      TQ soo much to u, judd & kash coz sudi dtg memeriahkn majlis.. to press yg X dpt hadir Xperlah kami ‘tak kecik ati’ pun coz tau mlm tuh byk event yg clash esp. pelancaran filem Tygn Unggul ‘KALA MLM BULAN MENGAMBANG’ [MAMAT KHALID].. nx event launching yg lagik beso sedang dirancang bila af5 abis.. just 4 all shawal’s fan :-) … InsyaAllah, shawal akan ke final dgn berkat doa & afundi suma :-) .. aminn.

    • lu

      Slamanya 4 SHAWAL!Sume FAN SHAWAL nnti ramai2 gi konsert esok ea utk support SHAWAL.Aku x leh pegi coz umh aku jauh…Support amat penting utk die.Sbb xde supportla die x bley wat magic dlm konsert yg lps(kaulah segalanya).Meh ramai2 kita tunjukkan yg SHAWAL pun ada fan YG BESAR & HEBAT jgk!!!

    • luvshawal

      X sggup rasanya bgku utk menerima knyataan yg SHAWAL akn mengusung begnya mlm esok…Oh,TIDAK!!!Semua tu hanya mimpi!Aku x sggup,aku x sggup!!!SHAWAL!!!Kenapa kau hadir dlm hidupku & slalu menyebabkan keje umh yg cikgu aku suh wat x complete???

    • sickgal

      thanks for the ulasan yg panjang lebar…sedih la tak dapat pergi ni…

      harap2 lepas ni sofc akan buat banyak activiti k… when im back from UK

      akan ku register jadi member =)

    • http://amanz.net aman

      rajin hang antar kat digg.com.. :D

    • http://- lowla – kebawal -

      thanks 4 the review majlis tersebut. nmpk ekslusif… maybe timing yg kurang sesuai yg menyebabkan ramai yg xdpt dtg majlis 2… apepon tahniah buat shawal fc… kami di kebawal / Shawal Oppa fc ( dr forum CARI) tetap menyokong shawal & tetap positif yg shawal bakal juara AF5… :)

    • zurra

      hai!!!!sedihnya shawal kuar di saat akhir….Tak apa Shawal teruskan perjuangna Shawal!!!! A GO GO!!!

    • puterajolobu

      … thou its a short notice function, saya ayhnda Shawal ingin megucapkan jutaan trimaksih to those yg terlibat dan attend the launchment SFC! Andai ada cacat cela dlm majlis ni…maafkan kami. Expenses is solely from the SFC Pro-Temp members, those attended and individu2 peminat Shawal.
      Alhamdulillah..sama2 lah kita doakan kejayaan Shawal wlupun bliau gagal ke Akhir dan terus support Shawal…A GO GO! Pakcik akan make sure dia teruskan irama 60an dan lagu Melayu Asli apart from lagu2 generasi bliau..



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK