in

Sekitar Pelancaran Projek Kitar Semula Citibank – Maya Karin

Pada jam 11 pagi semalam, Budiey berkesempatan untuk hadir di Majlis Pelancaran Projek Kitar Semula di Citibank Sales Centre, Ground Floor, Menara Citibank, Jalan Ampang, Kuala Lumpur sempena meraikan Hari Bumi. Turut hadir adalah pelakon filem popular; Maya Karin yang juga duta Kementerian Sumber Asli Semulajadi dan Alam Sekitar. Turut hadir En. Mohamed Nasir selaku Pengurus Besar Operasi Alam Flora Sdn. Bhd.

Untuk pengetahuan pembaca, Maya Karin adalah seorang yang mengamalkan kitar semula sampah sarap, menanam tomato organik beliau sendiri dan menggunakan mentol lampu-lampu yang menjimatkan tenaga.

Selain menyokong seruan Kerajaan untuk menjadi mesra alam, Budiey kira projek sebegini dapat mengurangkan pembaziran. Projek kitar semula ini melibatkan kakitangan Citibank dari tujuh cawangannya di Malaysia yang mengumpul barang seperti akhbar, plastik, botol air, kotak kadbod dan tin aluminium. Para kakitangan juga digalakkan membawa barang yang boleh dikitar semula dari rumah mereka.

Selaras dengan tema mesra alam dan bagi menggalakkan para kakitangan menjadi barang-barang ini ditukar dengan pokok berdi dalam pasu bunga yang boleh diletakkan di tempat kerja atau dipelihara di dalam rumah.

Hari Bumi dilancarkan pada 22 April 1970 dan ia bertujuan membangkitkan kesedaran dan penghargaan atau apresiasi terhadap alam sekitar dan isu-isu alam sekitar.

Budiey suka memetik kata-kata Michellina Triwardhany, Ketua Pengurus Perniagaan Negara Perbankan Pengguna, Citibank Berhad:

“Memulihara alam sekitar ialah keutamaan dalam agenda semua orang. Kami menyedari betapa pentingnya bersikap mesra alam dan inisiatif ini menandakan komitmen Citibank ke arah menyokong agenda mesra alam global iaitu mengurangkan pembaziran dan memelihara dan mengekalkan alam sekitar. Kami memutuskan untuk bergerak secara sederhana dan berusaha mendapatkan kerjasama berhubung dengan para kakitangan serta pelanggan kami dahulu. Sambutan amat menakjubkan. Secara amnya, orang ramai menyedari bahawa mereka boleh membuat perubahan yang positif dengan mengambil berat dan tidak membazirkan serta mengurangkan pembaziran alatulis, utiliti dan peralatan.”

Sebagai sebahagian daripada inisiatif “Mesra Alam”, kakitangan juga digalakkan menutup suis lampu dan komputer peribadi sewaktu makan tengah hari dan selepas kerja’s “Go-Green”

Semua peserta diberikan sepasu pokok. Siap Maya sain autograf lagi tu!

Kata Triwardhany di acara pelancaran tersebut:

“Tidak terkata bagaimana saya begitu kagum dengan apa yang saya lihat hari ini. Jika kita meneruskan apa yang dimulakan hari ini, maka masih ada harapan dan kita memiliki strategi yang bagus. Nak memulakannya memang sukar. Satu teknik berguna ialah untuk mengenepikan perkara remeh-temeh, sebaliknya memberi tumpuan perincian dan memfokus kepada membuat perubahan sedikit demi sedikit. Saya pasti kita boleh membudayakan pertumbuhan yang dapat dipertahankan berterusan.”

Inisiatif lain Citibank termasuklah menggalakkan para pelanggan untuk bertukar ke penyata elektronik dengan memberi ganjaran berbentuk 888 mata ganjaran. Penukaran ke e-penyata yang telah berjalan selama setahun telah mengakibatkan lebih 100,000  pelanggan menyertai kakitangan Citibank sebagai pelanggan e-penyata. Sebagai salah satu pengeluar kad kredit yang terkemuka, lebih kurang 15% daripada ahli kad Citibank telah pun mendaftar untuk menerima e-penyata. Ahli kad kredit boleh mendapat sehingga 888 mata ganjaran apabila mendaftar untuk e-penyata.

Budiey ingin mengucapkan Selamat Hari Bumi kepada semua!

Jom Semua Go Green!

Let’s do it!

Kitar Semula Sampah Korang?

Gaya seorang Duta Alam Sekitar

[tags]bank, citibank, maya karin, www.citi.com, CitiFinancial, Primerica, Smith Barney, armenian, beuty, cameron, double encrypted, hardisk, john connor, kayle, marathon, movie, phillips, photo, reese, sarah, sarkassian, summer glau, the turks, tv series, Banamex, Nikko, emma watson upskirt, dato’ gatal, Michellina Triwardhany, bob mesra, Ketua Pengurus, Perniagaan, Negara, malaysia, Perbankan Pengguna, gimana, nak kaya[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gaya Selebriti di Anugerah Planet Muzik 2008

Gambar Jue Aziz di Majlis Doa Selamat Drama Jangan Main Belakang