Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Sekitar Pelancaran Portal Gua Muzik Guamuzik.com.my



Portal Gua Muzik telah pun dilancarkan pada 14 April lalu di Pusat Konvensyen Sime Darby dengan dihadiri oleh penggiat industri muzik tanahair yang memberi sokongan penuh di majlis pelancaran portal muzik digital paling kool Malaysia.

Untuk korang yang suka mendengar muzik, Budiey ingin mengajak korang semua ke GUAMUZIK.COM.MY

Di majlis itu, M.Zulkifli selaku Pengurus Besar Portal Gaya Hidup Alt Media Sdn Bhd telah menyampaikan satu slide presentation kepada semua hadirin berkenaan dengan portal Gua Muzik secara lebih terperinci. Ianya diselang-seli dengan persembahan artis seperti Hujan, Faizal Tahir, Pacai dan Ayu OIAM.

Kronologi & Sejarah GUA Tercipta
Sebaik sahaja dilancarkan September 2007, GUA terus mengorak langkah dengan menggegarkan industri hiburan tanahair dengan menerbitkan drama eksklusif web, Kerana Karina. Dua bulan kemudiannya, Malaysia Book Of Records telah mengenalpasti usaha GUA dan mengiktiraf Kerana Karina sebagai drama online pertama di Malaysia.

Usaha GUA berterusan dengan pelancaran sebuah lagi drama komedi eksklusif web Malaysiantalents.com yang menampilkan Douglas Lim sebagai pelakon dan juga pengarah, diikuti dengan Jelma, drama seram ‘online’ yang amat popular di laman web GUA kini yang di arahkan oleh pengarah berkaliber Muhammad Murali.

Kejayaan cemerlang mencatatkan lebih 30 juta tontonan (page views) dan juga pendaftaran lebih 66,000 ahli GUA dalam tempoh tujuh bulan tidak mencukupi. Budiey merasakan portal ini perlu lebih bersifat terkini dan lebih cepat selaras dengan kemajuan teknologi. Kalau boleh, berikan laptop atau broadband kepada wartawan supaya senang mengemaskin berita secara langsung dan terus di lokasi.

Apa yang Menariknya GUA MUZIK?
GUAMUZIK terbukti amat menarik dengan ruang muka laman web berwarna-warni, menawarkan pilihan pelbagai ‘genre’ dengan kemudahan melayar, GUAMUZIK merupakan destinasi online muzik terbaik dengan menghubungkan kandungan editorial rencana atau gosip terbaru, ulasan, blogs, forum dan banyak lagi.

Sewaktu pelancaran GUAMUZIK, Pengurus Besar Portal Gaya Hidup Alt Media Sdn Bhd, En M. Zulkifli Abdul Jalil memberi gambaran keseluruhan industri muzik tempatan pada sidang hadirin.

“Kami percaya inilah masanya untuk menyuntik nafas baru kepada ruang muat turun dan menawarkan GUAMUZIK, perkhidmatan dan jenama terbaru yang bakal menguntungkan label muzik, artis dan juga para pelanggan. Kami menyedari bahawa adanya artis-artis yang ingin merakam ‘single’ terbaru dan mengedarkannya khusus secara ‘online’ bagi mencapai sasaran penonton ‘internet-savvy’. Kini GUAMUZIK mampu menjadi platform bukan sahaja bagi artis, tetapi juga bagi komposer, penulis lirik dan ahli muzik yang mempunyai aspirasi yang sama.”

“Perancangan GUAMUZIK tidak akan terhenti disitu. Yang menjadi keutamaan adalah usaha berterusan mewujudkan perpustakaan lagu yang merangkumi lebih 700,000 buah lagu menjelang 2009, menjadikan GUAMUZIK portal muzik terbesar Malaysia nanti. Kami nekad untuk menjana revolusi muzik dan harapan kami agar industri muzik tempatan akan terus hidup.”

Menurut Persekutuan Industri Fonografik Antarabangsa (IFPI), total jualan muzik secara global mencatatkan USD3 billion pada tahun 2007. Pasaran muzik digital tempatan pula mencatatkan nilai purata RM200 juta. Muat turun muzik digital telah menyumbangkan kira-kira 16% dari jumlah keuntungan keseluruhan industri muzik pada tahun 2007 dan peratusannya dijangka meningkat kira-kira 20% hingga 25% tahun ini dengan peningkatan 50% tahun demi tahun.  

 

GUAMUZIK bertujuan menjadi salah satu kunci entiti bagi perkembangan ini dengan menjanjikan lima ciri-ciri berikut:

  1. Kepelbagaian
    Pilihan terluas arena muzik tempatan dan antarabangsa, dari irama rock ke nasyid, lagu-lagu Inggeris ke Tamil. 
  2. Kualiti
    Muat turun lagu berformat WMA, dengan kelajuan 192 ‘kilo byte’ per saat. (Dalam erti kata lain, kejelasan audio yang menjamin kepuasan.)
  3. Nilai tambahan
    Hadiah percuma! (merchandise, tiket konsert, CD artis yang ditandatangani dan banyak lagi.) 
  4. Kemudahan
    Membeli dan memuat turun lagu amat senang dengan hanya beberapa langkah mudah.  
  5. Kandungan Ekslusif
    GUAMUZIK membuat anda istimewa (Anda tidak akan dapat memuat turun muzik eksklusif dari mana-mana portal muzik lain.)
  6. Dunia Muzik Digital
    Selamat datang ke dunia muzik digital. Dan salah seorang yang bakal melancaran album digital penuh ialah komposer/ahli muzik terkenal, Pacai yang yang turut mempersembahkan lagu ciptaannya di majlis pelancaran GUAMUZIK. Selain Pacai, antara artis lain yang turut menghiburkan hadirin adalah Hujan, juara One In A Million musim kedua, Ayu dan penyanyi berbakat besar, Faizal Tahir. 

Majlis pelancaran GUAMUZIK hari ini akan disusuli dengan sebuah street party atau konsert yang dijadualkan bakal berlangsung beberapa minggu akan datang dengan kombinasi persembahan artis-artis terkenal tanah air. Momentum bakal diteruskan dengan sebuah rangkaian gig untuk mempromosikan GUAMUZIK dan menggalakkan muat turun.  

Lebih banyak perkhidmatan baru bakal diperkenalkan di GUAMUZIK tidak lama lagi, termasuk perkhidmatan langganan yang membolehkan muat turun tanpa had dengan hanya sekali bayaran, dan juga sebuah perkhidmatan penghantaran dua hala dimana muat turun anda akan disalurkan ke komputer dan juga telefon mudah alih anda secara serentak!

[tags]muzik digital, gua muzik, portal gua, website guamuzik, pacai, histeria, kekasih pierre andre, guide to yoga, how to practice yoga, julia stiles sister, Learn Yoga, learning yoga with tara stiles, tara stiles videos, tight tara stiles, yoga centre in malaysia and singapore, yoga mat, norliana samsudin, pierre andre, selamat pagi cinta, tentang bulan, yana, digital isu, cetak rompak, cd bajakan, wma, convert, software convert, mp3 downloader[/tags]

Tags:

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Selamat Menyambut Ulangtahun Pertama Portal GUA
  • Gambar Selebriti di Pelancaran Portal Gua Muzik
  • Gambar Sekitar Pelancaran Album Atilia
  • Sekitar Sidang Media Konsert Guamuzik Supergig 08
  • Gathering Pertama Kelab Peminat Shawal Esok!
  • Download Lagu Terbaru Butterfingers MAHARANI di Guamusic
  • KRU TV Kini Boleh Ditonton Dalam Portal TONTON
  • Majlis Pelancaran Single Album In Heart Hari Ini
  • Gambar Sekitar Youth’09 di PWTC
  • Pelancaran Album DJ Fuzz Siri Mixtape Mixology 3



    • papadom

      hujan sempoiii….HUJAN!!

    • http://obefiend.blogspot.com obefiend

      a malaysian poratl. about friggin time pun. i hope the put up old albums like the ultra rare B 29 album by gersang , Some old NICO albums ) aku suka nico lol) and Dato’s Sheikh!

      nak cari cd mereka ni is as easy as men getting pregnant! i dont care about teh new musical trends. i just want my 80′s rock in my PC!

    • DIP

      WA CAYA SAMA LU LA BEB DENGAN GUA MUZIK.COM.MY
      NI……….

    • DIP

      aku memang minat giler hujan!
      ala lagu aku scandal……………………..

    • http://- Mariam

      portal muzik kat GUAMUZIK…hebat!teruskan wat benda2 macam nie…

    • http://- gegurlz

      wahebat!!!camne r…kalo ade nak wat laman web yg cmne lg…sye sokong..!hehehe… :)

    • http://- prIncEsS_fanS_ALIFF AZIZ

      portal kat guamuzik nie..memang best..tapi,ade kureng skit…TT_….cediH ar..napE xDe lagu ALIFF AZIZ..?inGatkan bliH dgR kaT cnI…whateVer pOn..i wiSh gOoD luCk 4 thiS weB…iMprOvEd la sKit… :(

    • http://guamuzik.com.my QaIrUL_jb@dak tesco ue!!!

      perh aQo minat gler kt kumpulan hujan.,lg2 lgu bmu die ‘ku mahu kau tahu’.,perh lw dpt jmpe dorg kn best.,krm slm mesre aQo kt kumpulan hujan k.,hidop kumpulan hujan.,

    • http://guamuzik.com.my QaIrUL_jb@dak tesco ue!!!

      marilah beramai-ramai mebeli belah di tesco.,coming soon akan dibuke kat plentong.,jb.,hope kumpulan hujan dtg wt perform k.,wawww

    • http://guamuzik.com.my QaIrUL_jb@dak tesco ue!!!

      hidup guamuzik.com

    • nurul

      saya cuma nak komen cikit la…………saya tak suka tgk artis2 sekarang sombong……!!!!!!!!!!!! xmacam artis dulu2
      boringla………..okla.gua cau dulu…
      apapun tahniah atas lancaran blog nie coz dia memang sempooi……… bila lagi nak adakan blog di mobile lak…….??????? gua cau dulu kkkk… bubye………

    • wan/kg pisang

      good luck for indiependent band………………..esspecially M.U.H and Hujan……..i love u all……bile nak dtg wat perfome kat jusco kinta city????????????

    • kristal@iin

      good luck ukeyyy……ble nk prform at jb???…

    • lisa armila

      gua muzik bangat….



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK