in

Sekitar Pelancaran Muzik Video Fazura SAYANGI DIRIMU

Siapa yang tidak mengenali pelakon yang bernama Nur Fazura Sharifuddin atau lebih akrab dengan panggilan Fazura ini. Fazura ialah seorang pelakon yang bukan asing lagi di dalam industri perfileman negara kita. Anak ketiga dari empat adik-beradik kelahiran Pekan, Pahang ini memulakan karier beliau didalam industri sebagai hos untuk rancangan Teens World 13 pada tahun 2004. Filem pertama beliau sebagai pelakon utama merupakan filem Bicara Hati, tetapi beliau lebih dikenali melalui watak Putri dari filem Gol & Gincu yang mendapat sambutan hangat dan kemudiannya menjadi drama televisyen.

Sekitar Pelancaran Muzik Video Fazura SAYANGI DIRIMU

Budiey dah tonton muzik video ni. Tengok banyak kali pun tak bosan sebab videografi memang ohsem. Cantik. Lagu ini ada makna yang Tersirat. Tahniah buat Fazura. Lagu nie best. Tak tipu.

Fazura juga sering dilabelkan antara selebriti yang paling bergaya di Malaysia. Ini terbukti apabila beliau merupakan diantara salah seorang pelakon yang tercalon sebagai selebriti cantik dan bergaya didalam beberapa majalah fesyen Malaysia. Selain berlakon, beliau juga sering menjadi hos untuk beberapa program television dan juga majlis anugerah. Tahun lalu Fazura juga telah terpilih untuk menjadi juri tetap bagi program Maharaja Lawak Mega 2014. Terbaru, Fazura mempunyai program mini siri sendiri iaitu “Facing Up to Fazura” terbitan E!.

Bakat Fazura tidak berakhir disitu, beliau juga mempunyai bakat di dalam bidang nyanyian dan kini dalam rangka mempromosikan single terbarunya ‘Sayangi Dirimu’ hasil ciptaan komposer Damian Mikhail dan lirik oleh Shah Shamshiri. Lagu ini baru sahaja dipasarkan beberapa bulan yang lalu dan sudah mula mendapat sambutan yang hangat sejak berkumandang di corong radio. Menurut Fazura, single ini dipersembahkan sebagai sebuah bentuk terima kasih kepada rakan media dan peminat yang sering menyokong karier beliau tidak kira dimana mereka berada. Fazura juga ingin mengajak pendengar untuk menyayangi diri mereka dan memberi semangat kepada peminat beliau supaya mereka dapat menghadapi kehidupan seharian dengan lebih ceria.

Lagu ‘Sayangi Dirimu’ mempunyai ciri ciri yang membuatkan pendengar senang untuk menerima lagu ini. Berentakan tempo dan muzik yang ‘catchy’ menambahkan lagi minat untuk para pendengar menghayati lagu ini. Lagu yang berentak Pop ini mampu mengajak para pendengar untuk turut menyanyi bersama. ‘Sayangi Dirimu’ ini pastinya tidak akan mengecewakan para peminat mahupun pendengar dengan alunan melodi dan senikata yang mampu memberi semangat kepada para pendengar dari keratan pertama sehingga ke keratan terakhir.

Muzik video untuk lagu ini juga sudah berada di akaun YouTube Fazura iaitu Fazura Official. Muzik video yang berdurasi lebih kurang 4.07 minit itu memaparkan tentang perjalanan hidup Fazura sebagai seorang insan seni dimana beliau sering menghadapi saat-saat pahit dan manis disepanjang kariernya.

Khas buat peminat Fazura, lagu ‘Sayangi Dirimu’ ini merupakan satu lagi edaran Warner Music (M) Sdn Bhd. Lagu ‘Sayangi Dirimu’ ini juga sudah boleh dimuat turun di iTunes, dan diperdengarkan di KKBox, Deezer dan juga Spotify.

Untuk muzik video ini, Budiey kasi 4/5 bintang!

Sekitar Pelancaran Muzik Video Fazura SAYANGI DIRIMU

Sekitar Pelancaran Muzik Video Fazura SAYANGI DIRIMU

Sekitar Pelancaran Muzik Video Fazura SAYANGI DIRIMU

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Persembahan TERIMA KASIH CINTA WITH AFGAN di KL Tower

Konspirasi Jenayah Profil Tinggi dalam Filem OVERHEARD