in

Sekitar Pelancaran ESPN Player oleh ESPN STAR Sports

Pelancaran ESPN Player oleh ESPN STAR Sports merevolusikan tontonan sukan di Malaysia

Peminat sukan akan menikmati acara sukan termasyhur bertaraf dunia secara langsung bila-bila masa, di mana-mana jua melalui perkhidmatan berbilang sukan dalam talian

Kuala Lumpur, 20 Sept 2010 – Menonton sukan di Malaysia pastinya berbeza sama sekali dengan pelancaran ESPN Player, diumumkan hari ini oleh ESPN STAR Sports, penyedia kandungan sukan terbesar di Asia.

ESPN

ESPN Player, tersedia di www.astro.com.my/stadiumastro, muncul kali pertama di Malaysia sebagai perkhidmatan berbilang sukan dalam talian yang baru dan inovatif.

Perkhidmatan ini menyediakan akses secara langsung dan dalam talian kepada acara sukan dan program bertaraf dunia, mendekatkan lagi peminat dengan kehebatan suasana dengan memberi mereka kawalan untuk menetapkan jenis, di mana, bila dan bagaimana mereka ingin menonton sukan kegemaran mereka.

Seiring dengan peningkatan tontonan televisyen internet di Malaysia dan rantau sebelah sini, menonton sukan dalam talian bakal berubah sama sekali dengan sukan, sebagai suatu genre, selaku pemacu utama pertumbuhan dan penerimaan platform digital baru.

Pertembungan antara internet dan televisyen bertambah dekat lagi dengan pengenalan ESPN Player sebagai perkhidmatan jalur lebar revolusioner yang menyampaikan acara program sukan dalam talian menerusi pengalaman yang pelbagai, interaktif, mudah guna dengan akses kepada statistik perlawanan dan kedudukan mata.

Pelanggan pakej sukan Astro boleh dengan mudah menonton berbagai-bagai acara sukan antarabangsa yang terkemuka secara langsung sepanjang tahun atas platform dalam talian, bila-bila masa dan di mana-mana saja dengan ESPN Player.

Menjelang tahap terakhir musim Formula One, penonton boleh menikmati kebebasan menonton Singapore Grand Prix hujung minggu ini (25-26 Sept), Japan Grand Prix (9-10 Okt) dan acara sulung Korea Grand Prix (23-24 Okt). Peminta bola sepak juga boleh menyaksikan kehebatan Liga Perdana Barclays, Liga Juara UEFA dan Piala FA. Selain itu, peminat boleh mengikuti Tenis Grand Slam di Australian Open dan Wimbledon, serta juga acara golf terulung seperti Kejuaraan Terbuka dan OneAsia Tour.

Peminat juga pasti teruja mendapat akses menonton sukan melalui ESPN Player jika mereka ketinggalan menyaksikan sebahagian acara, oleh sebab perkhidmatan ini menyediakan akses atas permintaan supaya penonton boleh menghidupkan semula pengalaman itu berulang-ulang kali mengikut kesesuaian masa mereka.

Menurut Nigel Harper, Pengarah, ESPN Player dari ESPN STAR Sports: “Peminat sukan Malaysia bakal menemui cara baharu lagi segar untuk menikmati senarai sukan antarabangsa terulung, dan ESPN Player memberi fleksibiliti dan kawalan yang lebih terhadap sukan yang diminati penonton, dan bagaimana menontonnya dengan platform dalam talian. Internet dan televisyen menjadi semakin rapat dengan pengenalan ESPN Player dan pihak kami komited untuk memperkaya pengalaman tontonan peminat sukan di samping meletakkan tanda aras baru dalam penikmatan sukan. Pada pokoknya, ini memberi peminat sukan kawalan atas pengalaman tontonan keseluruhan dan memilih bagaimana dan bila mereka hendak menikmati kandungan sukan. Kami sukacita kerana mempunyai rakan yang kami hargai, Astro yang berkongsi komitmen kami untuk berusaha lebih demi memberi peminat sukan Malaysia kandungan dan interaktiviti sukan yang terbaik.”

ESPN Player mengambil kandungan LANGSUNG berkualiti tinggi daripada ESPN STAR Sports dan khazanah acara program sukan dalam talian yang sentiasa bertukar ganti. Antaranya:

• Bola sepak: Liga Perdana Barclays, Liga Juara UEFA, Piala FA England, perlawanan kandang kelayakan Kejuaraan Eropah UEFA; Piala Asia AFC, dan kandungan eksklusif Bola Sepak Liga Major
• Sukan Motor: F1, Kejuaraan Dunia MotoGP
• Tenis: Wimbledon, Terbuka Australia
• Golf: The Open Championship, OneAsia Tour
• Sukan Amerika: Bola Sepak NCAA, Bola Keranjang NCAA

ESPN Player disediakan secara eksklusif kepada pelanggan pakej sukan Astro dan boleh diakses dalam talian melalui aplikasi Astro B.player di www.astro.com.my/stadiumastro. Pengguna boleh menghubungi 1 300 82 3838 atau lawati www.astro.com.my untuk melanggani pakej sukan.

ESPN

ESPN

Latar belakang ESPN STAR Sports
ESPN STAR Sports adalah usaha sama 50:50 antara dua penyiar satelit dan kabel terulung dunia. Sebagai penyedia kandungan sukan terbesar Asia, ESPN STAR Sports menggabungkan kekuatan dan sumber syarikat-syarikat induknya – iaitu Walt Disney (ESPN, Inc.) dan News Corporation Limited (STAR) – untuk menyampaikan berbagai-bagai sukan antarabangsa dan serantau kepada peminat menerusi berbilang platform.

ESPN STAR Sports memaparkan portfolio aset multimedia menyeluruh termasuk rangkaian televisyennya (ESPN, STAR Sports, STAR Cricket, ESPNEWS, ESPN HD), rangkaian jalur lebar (ESPN Player), perkhidmatan kandungan digital (espnstar.com, mobileESPN), dan Event Management Group di lapangan yang bertujuan melibatkan serta menghiburkan peminat sukan pada bila-bila masa. di mana-mana jua.

ESPN STAR Sports menampilkan kepelbagaian sukan perdana dari seluruh dunia dengan memaparkan sebilangan acara sukan ikonik kepada lebih 300 juta penonton di Asia menerusi rangkaian 21 televisyennya dan 1 rangkaian jalur lebar, masing-masing berlokasi setempat untuk menyampaikan acara program berbeza untuk memenuhi kerencaman keperluan peminat sukan di Asia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Emergency di TV9

Gambar Kereta Nissan Fairlady Shahir AF8 Kemalangan