Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Sekitar Pelancaran Dafi FC di Strawberry Cafe



Sebelum apa-apa, Sensasi Selebriti berterima kasih kepada Mr. Manager sebab sudi jemput Budiey untuk buat liputan di Pelancaran Dafi FC di Cafe Strawberry. Terima kasih banyak juga kepada Puan Presiden ProTEM sebab sudi kasi T-shirt Dafi FC yang berwarna maroon tu. Budiey dah pakai baju tu masa konsert malam tu jugak okay… kang ingat Budiey tak hargai lak kan.

Hehe… Minggu depan nak merasa pakai baju T-shirt Aizat FC la pulak…. Ops!

Kepada kelab peminat pelajar yang lain, jangan segan-segan untuk titipkan jemputan ya. Sekurang-kurang ada juga yang sudi jemput saya blogger yang sangat picisan dan skema ni. Bukannya apa, at least ada la bahan untuk ditulis kat blog ni. Kalau tidak, asyik benda sama je. Asyik-asyik review filem, sekitar pra tonton, ulasan konsert… cam tak de benda lain. Bosankan?

Kebetulan pelancaran ini dibuat berhampiran dengan Dewan Sivik, jadi senangla sikit. Selesai sahaja majlis, terus jalan kaki ke Dewan Sivik. Tak jauh. Cuma kena lintas jalan sikit je. Tak sampai 10 minit jalan kaki dari Cafe Strawberry.

Acara majlis sepatutnya bermula pada jam 5 petang. Tapi biasalah. Kena tunggu wartawan dan media dulu baru kena mula majlis. Kalau tak, jadi tak lengkap & sempurna kalau wartawan takde. Fungsi media memang penting bagi fan club yang baru nak berjinak-jinak dan berkembang. Bukan setakat, mewar-warkan pada umum, malah media wartawan juga memberi tips dan petua untuk mengendalikan kelab peminat dengan lebih teratur.

Jadi, untuk menjimatkan masa, semua yang hadir dijemput dulu menjamah makanan. Menunya, nasi goreng, mee goreng, roti sandwiches… dan macam-macam… pendek kata semua ada lah. Sedap giler dan yang penting mengenyangkan. Blurp! Alhamdulilah…

Seingat Budiey, sejak Akademi Fantasia musim ke-5 ini berlangsung, Dafi FC adalah kelab peminat pertama yang ditubuhkan sebelum disusuli oleh Heliza FC. Khabarnya, Heliza FC ditubuhkan pada 30 April di Bangunan Umno Kalabakan. Nun jauh di Sabah. Siap dirasmi oleh VIP lagi tu. Manakala, Dafi FC ditubuh pada 13 Mac dalam satu mesyuarat kecil-kecilan untuk melantik AJK.

Tujuan sebenar penubuhan ProTEM ni untuk merangka pelbagai aktiviti untuk peminat selain sebagai satu ’perang saraf dan psikologi’ dan promosi bagi menyokong Dafi di AF5. Nanti akan ada jamuan makan malam atau hi tea Dafi bersama peminat di hotel dan macam-macam program lagi la yang dirangka. Kira terancangla sikit kalau ada kelab peminat macam ni. Senang nak gerak dan gempur sementara tuan empunya diri masih dalam akademi.

Hari tu, saya ada terbaca dalam majalah AKSI AF, Dafi ada mengatakan kalau dia keluar nanti dia akan tubuhkan Kelab Peminat bersama dengan bintang AF pujaannya iaitu Nana. Kelab peminat Nana masih lagi bertahan sampai sekarang. Ada baik juga saranan Dafi menggabungkan peminatnya dengan peminat Nana. Orang kata, bila bergabung jadi besar dan kuat sikit. Takdelah nak bubar dan lenyap macam tu saje.

So far,  5 orang dilantik sebagai ahli jawatankuasa protem. Untuk pendaftaran peminat hanya perlu melayari laman web rasmi iaitu www.dafi-fc.com serta http://dafiaf5.blogspot.com.

Ni dia gambar yang sempat saya ambik. Mula-mula sekali nak tunjuk foto masa acara makan-makan. Sedap sehingga menjilat jari orang kata….

Macam pernah ku lihat dia ni… Hehe itu dia Azman, wakil pihak Maestro pun ada.

Pengerusi majlis & pembaca doa

Yummy…

 

Joe Lee (Malay Mail & Rudy Imran (Harian Metro)

Menjawab soalan tentang tohmahan dan kejian orang di luar sana, kakak Dafi, Nina berkata:

“Saya tidak nafikan terdapat beberapa fitnah serta tomahan mengenai Dafi kerana kini dia merupakan public figure di Malaysia. Segala tindak-tanduknya dipersoalkan malah menjadi buah mulut sesetengah pihak. Apa kan daya, kami tidak mempunyai kuasa untk menghalang mereka untuk bercakap. Kami berdoa agar Dafi tabah dan berani menghadapinya,”

Pemangku Presiden Dafi FC, Nur Nazimah Hasim (kiri) bersama kakak Dafi, Nina. Cute jugak kakak Dafi nih.

Sesi soal jawab bersama wartawan. Soalan pedas-pedas depa ni kasi.

Info Dafi:
Nama penuh: Gadafi Ismail Sabri
Idola Dafi:  Justin Timberlake

Diharap pelancaran Dafi FC menjadi titik tolak pada perkembangan karier Dafi seterusnya. Bak pepatah melayu ada berkata, hendak pergi berotan jangan takut onaknya. Bermaksud, hendak membuat sesuatu pekerjaan, janganlah takut menghadapi segala cabaran yang mendatang.

Akhir kata, Sensasi Selebriti mengucapkan selamat maju jaya buat Dafi FC. Dafi… Baaaaeek Punyeeee….

Tags:

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • GAMBAR DAFI & SYARIFAH AMANI DI PELANCARAN PERADUAN SAYANG YOU CAN DANCE
  • Gambar Seksi Ebi dan Pelancaran Dafi FC Esok!
  • Gambar Dafi di Majlis Pra Tonton Apa Kata Hati
  • Gambar Dafi AF5 di Anugerah Era 07
  • Gambar Dafi di Fiesta Aidilfitri 2008
  • Gambar Dafi di Rakaman Raya Nona & Wanita Hari Ini
  • How to Celebrate Mother’s Day
  • Dafi AF5 Dari Maestro Dilamar KRU Music
  • Dafi AF5 Cinta Sama Gita Gutawa Anak Erwin Gutawa?
  • Mengapa Tiga Pelajar Akademi Fantasia Ditendang Sekaligus?



    • http://www.ahmadfaidhi.com faidhi

      wah .. wat coverage utk lauching dafi fc … huhuh .. lamer aku tak wat coverage camnie .. tgk ar next time kot2 ader rezeki ker … leh gi mane2 event plak

    • http://affanazami.livejournal.com affanazami

      Joe nak tunjuk glasses yg die br beli! nyampah! hahaha.. mentang2 ori… ADO!! Gamba Mr. Sensasi Selebriti takde plak?=p

    • http://www.budiey.com Budiey

      Faidhi, jomla kita pi buat coverage kat event lain lak secara berkumpulan nanti… jom…
      Affanazami, lawa apa glass Joe tuh… mata dia still bengkak lagi tu, thats y dia pakai…

    • http://www.ahmadfaidhi.com faidhi

      erm … wokey jer .. tp tgk gak kelapangan aku ;)

    • http://izham-miyake.blogspot.com Izham

      bang.. apsal banyak gambar tak keluar eh? ke internet connection saya yang teruk?

    • http://affanazami.livejournal.com affanazami

      =p gurau jek=p

    • http://www.wenkt.com/blog wenkt

      hehe… rasanya eja nama dafi yg sebenar ialah gadaffi.. bukan gadafi.. ntah la.. tak pernah tgk surat beranak dia.

    • nurul

      wah heppening betul pelancaran dafi fc,,…. mcm mana ek nak masuk dafi fc?? tolong….

    • g-hah

      cam ne nak masuk dafi fc ek?
      teringin gler nak msuk tp xtau..
      cam ne ek?
      bleh x sesape bgtau?

    • azim\imran

      Dafi sehensem-hensem dia tak pernah sombong.Harap-harap macam nilah dia sehingga dia glamourus

    • akak cute

      besh td jupe dafi kat sacc mall.cute ler..hepi 2nd anniversary 4 dafi fc..

    • http://zaty_gurl92@yahoo.com zaty

      yeaahhh… dafi memang best.!!
      yurpp… sis dafi.. nina pon cute
      taw..!! hot lorhh..!!!

    • fitrah

      i love u dafi………

    • fitrah

      u so cute.kalu nk cri awek,jgn tngok rupa tp ati org 2

    • fitrah

      harap u success.bye…mmmmmmmmmmuaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhh



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK