Home HOME | My Few.net | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Who Linked Me | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)















[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]






Sekitar Pelancaran Album Nostalgia Nada Murni – Rabbani

Pada 11 Februari lalu, jam 2 petang, Majlis Pelancaran Album Nostalgia Nada Murni – Rabbani dan Sidang Media Konsert Malam Sinar Maulidurrasul 1430H telah diadakan di Restoran Cheng Ho, Wangsa Maju.

Dianjurkan oleh Inteam Records Sdn Bhd dengan kerjasama Rabbani Productions (M) Sdn. Bhd. menerbitkan sebuah album istimewa berjudul ‘Nostalgia Nada Murni’.

Budiey kira bagi peminat nasyid, pastinya korang masih ingat lagi dengan NADA MURNI yang begitu dikenali dengan irama nasyid yang menyentuh jiwa. Kumpulan Nada Murni yang bertapak sejak 1987 tersohor dengan lagu mereka seperti Bila Nur Melimpah Di Hati dan Nun Di Sana. 

Kini, anda dapat menikmati lagu ini yang dirakam semula oleh kumpulan Rabbani. Susunan muziknya begitu ringkas dengan tumpuan lebih kepada permainan perkusi dan yang penting mendamaikan senang didengarkan. Tanpa mengubah terlalu banyak pada susunan lagu dan muziknya agar keaslian Nada Murni tidak terjejas.

Album Nostalgia Nada Murni – Rabbani merupakan hadiah kepada peminat irama nasyid yang telah lama menyokong perjuangan Rabbani sejak bermula dengan nama ‘Nada Murni’lagi. Ada 10 buah lagu iaitu lagu Bila Nur Melimpah Di Hati, Ibu Mithali, Al-Hijarah (feat. Ustaz Amal), Sunnah Berjuang, Sifat 20, Nun Di Sana, Indahnya Hidup Bersama Ilahi, Mana Milik Kita, Jasa Petani dan Ayyu Zikraa (feat Ustaz Amal).

Ucapan dari vokalis Rabbani Ustaz Mohammad Asri Ibrahim

Rabbani dianggotai oleh Ustaz Asri Ibrahim bertindak sebagai vokalis, Azadan Abdul Aziz. Kumpulan yang mempunyai 17 album sepanjang karier mereka itu turut diperkuatkan Mohd Asri Ubaidullah, Ahmad Shafie (Rahmat), Muhammad Loqman Abdul Aziz, Mohd Rithauddeen Yaakob, Zulkiflee Azman, Nazrul Azhar Tumari dan Mohamad Afandi Shahbudin.

Album ini sudah berada di pasaran pada 30 Disember 2008 yang lalu. Dapatkan segera di pasaran dalam bentuk CD dengan hanya RM24.90.

Semoga album ini dapat mengubat kerinduan para peminat nasyid secara umumnya, dan kepada para peminat Nada Murni khususnya.

Bacaan doa

Pengacara Sufian

Jangan lupa beli yang original

 

Tags: ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Senarai pemenang Anugerah Industri Muzik 16
  • Quotes of The Day: Keluargaku Adalah Syurga Dunia Paling Indah
  • Gambar Mawi & Ekin Tak Duduk Semeja?
  • Rabbani, Ikram Dinzly, Zek Zaidi Di Kesyukuran Dalam Kemeriahan Ramadan Al-Mubarak
  • Sekitar Pelancaran Album Akhil Hayy Nasyid Legenda 2
  • Gambar Mawi di Pelancaran Album Terbaru ALLAH HABEEBI
  • Asri Rabbani Meninggal Dunia
  • Dato Siti Nurhaliza Bakal Berduet Dengan Rabbani di Konsert Sinar Maulidurrasul 1430H
  • Profile Rossa
  • TV3 Terbitkan Program Ustaz Asri Dalam Kenangan



  • =========================
    PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN,

    SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM


    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:














    Hits & Statistic





    View Blog Stats







    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK





    Nantikan MOVIE DAY OUT BERSAMA PEMBACA - FILEM EVOLUSI KL DRIFT tak lama lagi!