Sekitar Pelancaran Album Mini Aznil Haji Nawawi
Pada jam 4 petang, 13 Ogos lalu telah berlangsung sidang media pelancaran album Aznil di Hotel Federal. Di sidang media anjuran KRU Studios itu juga diumumkan tentang showcase Meet Uncle Aznil di First World Plaza, Genting Highland.

Mini album Aznil terbitan KRU Studios adalah album pertama KRU yang memuatkan empat buah lagu. Tiga buah daripadanya adalah ciptaan komposer terkenal Edry Abdul Halim berjudul Jangan Cepat Marah, Profesor Klon dan Teramat Sangat.
Lagu Teramat Sangat termuat dalam album runut filem Duyung, lagu Profesor Klon lagu tema dan Aznil sendiri berlakon dalam filem Cicakman.
Mini album Aznil tambah menarik dengan lagu lama nyanyian Allahyarham Sudirman Hj Arshad yang diubahsuai susunan muziknya agar menjadi lebih catchy iaitu lagu Toyol.
Mungkin dah jadi trend sekarang, di mana album mini dilahirkan untuk peminat yang mahukan 2-3 buah lagu yang bermutu.
Memang KRu boleh menghasilkan album genap iaitu 10 buah lagu tapi berdasarkan faktor harga dan trend semasa, mini album adalah pilihan yang sesuai. Sekarang harga album penuh dalam RM24.90 tetapi ini menghadkan bagi mereka yang hanya mahu membeli 2-4 lagu sahaja. Trend penjualan digital juga amat diberi perhatian. Contohnya, lagu Burunon Cinta terjual melebihi 25 ribu muatturun dalam satu bulan. Pastinya, lagu Toyol dijangka akan mendapat sambutan. Ini adalah satu novelti kepada mereka yang ingin mendapat album Aznil.
Album ini dapat membuktikan Aznil bukan sahaja personaliti TV dan pengacara tetapi sekaligus dapat menjadikan Aznil seorang penyanyi dan penghibur.
Antara penghibur yang punya pakej yang sempurna menjadikan Aznil seharusnya dinobatkan penghibur nombor satu negara.
“Kemudian Edry meyakinkan saya untuk teruskan perjuangan dalam industri ini. Katanya, saya boleh menyanyikan lagu yang berkarektor. Maksudnya, orang nak lihat persembahan saya yang aktif. Mereka datang untuk berhibur dan saya selesa menyanyikan lagu yang menghiburkan.
“Jadi, saya kata ok lah kerana tiga suku daripada peminat saya adalah kanak-kanak. Mereka nak lagu yang lucu dan lebih dekat dengan mereka. Dengan penuh hormat saya ikut sahaja dan menyanyi. Bila lagu saya dipasarkan, ramai yang sukakan lagu itu.
“Lepas tu, saya nyanyikan apa sahaja lagu yang diberikan. Alhamdulillah, ini adalah pelancaran album yang pertama dalam hidup saya sebab album yang dulu tidak dilancarkan,” luah Aznil.
Edry Abdul Halim sangat berbangga kerana dapat bekerjasama dengan Aznil. Identiti nyanyian Aznil sangat unik, ceria, fun dan topiknya mengusik isu-isu kemasyarakatan. Banyak lagunya seperti apa yang dibawa oleh Allahyarham Sudirman yang mengetengahkan topik dan isu kehidupan seharian.
Aznil sendiri mengakuii bahawa pelancaran album yang pertama walaupun pernah dilancarkan album 11 tahun yang lalu. Mampu mengutip 12 ribu unit sahaja pada ketika di mana ketika Raihan mengutip 800 ribu unit. Terima kasih kepada Edry yang pada mulanya saya mempertikaikan lagu yang berkarakter untuk dinyanyikan.
Semoga dengan album ini akan membuka lembaran baru untuk karier Aznil dalam bidang seni suara.

BIla nak nyanyi lagu balada?
“Saya tak tolak kemungkinan untuk nyanyi lagu. Tapi di Malaysia, dah ada penyanyi balada yang lebih baik. Permintaan ramai yang mahukan saya aktif berada di pentas. Yang datang bukan untuk manilai suara saya. Adakah suara saya macam Anuar Zain, Awie… saya rasa mereka tidak mengukur range suara saya tetapi mereka datang untuk berhibur.”
Kemungkinan saya teringin merakam semua lagu Allahyarham Sudirman dalam rentak yang terkni. Saya mahu meneruskan perjuangan Allahyarham dalam merakam lagu yang berbentuk satira yang berkarakter.
Ini adalah satu cara untuk saya memperkenalkan lagu Allahyarham dan saya membesar dengan lagu Allahyarham. Lagu Toyol mebangkitkan kenangan zaman remaja saya. Kalau dulu, lawak Toyol memang terkenal di Utusan Malaysia.

“Saya rasa macam Dafi pulak.”

Melepaskan belon…

Semoga karier Aznil terus tinggi menggapai awan…
Tags: Aznil Hj NawawiClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





August 16th, 2008 at 7:33 am
congrats pak nil…..na akn beli album pak nil…heheheheheheh =) yg original of cz… =)
August 16th, 2008 at 9:19 am
pak nil nmpak lgi muda drp norman n edry…
August 16th, 2008 at 9:21 am
ape ni budi .. wat penat je lah .. taip pnjang2 tup2 x lepas.. wat penat je mnaip
apa2 pun ..pak nil .. wat biz byk2 .. kumpul duit byk2 n pastu cpat2 kawin ek…..
August 16th, 2008 at 5:40 pm
sux
August 18th, 2008 at 7:20 am
Pak Nil bila nak buat pelancaran album kat genting tu bagitau la yeee, anak2 temasuk saya nie minat sangat kat Pak Nil, semoga kita ada penganti arwah Sudirman Hj. Arshad nanti……….
Love U Pak Nil Semoga Berjaya Dlm Apa Jua Bidang Yg Diceburi.
August 18th, 2008 at 11:23 am
sabas pak nil,, huhu
August 18th, 2008 at 5:12 pm
salam…hye,,….lalala…..wah tahniah….napa abg aznil makin hensem yer,..menarik dan tertarik tau,…apapun abg aznil mmg no satu dan bes…t………………hahaha,….lalala…………muuaahhhhh……….hope akan terus berjaya,…dan pda KRU yg tetap maintain dari dlu…..lalala…
August 18th, 2008 at 11:35 pm
ak x fhm ler…suara cam ni punya ke laut bleh buat album…nasib baik lagu sedap..kalu bukan KRU yang buat lagu…ak rasa mmg x jualnyer…sorry yer pak nil..i ni mmg outspoken..sbb nyer mmg tak sedap suara tu…nak komen sedap camne??
August 20th, 2008 at 10:08 am
Pak Nil ni nynyi lgu yg santai,yg fun..ssuai la ngn suare Pak Nil 2..xkn la Pak Nil nk wt suare mndayu2 plak..Pak Nil bukannye nyanyi lgu tangkap leleh or jiwang..papepun,i luv u Pak Nil..keep up da gud work k..
August 27th, 2008 at 1:43 pm
uncle Aznil cayalah!!Saya suka lagu dia’Toyol’…………Rugi kalau tak minat lagu ini!
November 6th, 2008 at 10:12 am
Btul ke Aznil p mngerjakn ibadah HAJI? Alhamdulillah ..
November 6th, 2008 at 11:05 pm
wei ntahapeapejer kalau x tau nak bg komen x yah lah bagi komen ruangan untuk peminat paknil jer lah bangang….. x pong kau jeles paknil hensem lagi pada kau heeeeeeeeeeheeeeeeeeee
November 28th, 2008 at 1:27 pm
Smoga AAHN mndapat haji mabrur .. insyaAllah ..
December 21st, 2008 at 11:43 pm
aku minat sgt2 ngn aznil…lawak,lawak …tgk la mcm2 aznil pasti mencuit hati…huhu
February 3rd, 2009 at 9:03 am
Wah! pak aji Nil ni msh vogue lg lah, jgn blonde kan rambut tu lg, awak tu dah ada title Haji, jgalah keperibadianmu, hrp2 terus sukses…
March 9th, 2009 at 4:36 pm
Apew salahnya kal0 dya nak blOnde kan rMbut dya, walo p00nn dh bgelAr Haji…
July 11th, 2009 at 3:36 pm
Aznil!! we love u! we’re always sokong u! bila dtg Brunei? we miss u nil~ hugssss!
Aznil! Aznil! Aznil! Bulih kaliahh~
ahah
April 10th, 2010 at 11:50 pm
askum pak nil!!!!!khai teringin nak jumpa pak nil.pak nil chat???kte doakan smoga pak nil cepat2 kawin,dpt isteri yang solehah.pak nil boleh tak kte nak chit chat ngan pak nil???????????okela pak nil babbye.
April 11th, 2010 at 11:04 am
Bila lah pak nil nak kwin lg yer…sy ni peminat pak nil dah 10thn sy menanti pak nil ni…he..he..he..semoga pak nil berjaya di dunia n di akhirat…jgn lupa jemput sy yer…
September 7th, 2010 at 10:49 am
sye ske aznil..tpi kdg2 die nmpk mcm overlah..