Teknik Memikat Melalui Sains!!!


Home HOME | My Jurnal | My Few.net | Foto Blog | Tips Money | Who Linked Me | Enter-tainment | Hubungi | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)

























[ Lebih 20 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]





Sekitar Pelancaran Album KEMBALI Butterfingers

Jam 3 petang 20 Ogos lalu, telah berlangsung satu majlis pelancaran album ke-6 Butterfingers berjudul KEMBALI. Album ini diterbitkan di luar naungan syarikat rakaman, EMI Music Malaysia. Butterfingers dianggotai oleh Loque, Emmett, Kadax dan Loko. Album ini mengandungi 11 buah lagu semuanya.

Budiey kira album ini wajib dimiliki oleh bukan sahaja peminat setia Butterfingers tetapi seluruh rakyat Malaysia kerana ianya menampilkan lagu-lagu rakyat. Murah aje. Korang boleh dapati album cover merah merona ini dengan harga RM21.90.

Antara lagu yang termuat dalam album Kembali ialah Joget Global, Bebas, Maharani, Terus Terang, Air Liur Di Kuala Lumpur, Lengkap Semula, Merdeka, 1000 Tahun (Mahu Hidup), Gelombang Cinta, Mendaki Menara Condong dan Mati Hidup Semula.

Mengapa album ini dinamakan KEMBALI?
Secara kebetulan ianya pernah dipakai oleh sebuah band lain dulu. Namun, ianya sebenarnya ada sekuel dan kesinambungan. Ianya punya maksud yang boleh dimanupulasikan dalam lirik. Kembali adalah satu perkataan yang kuat.

Diakui oleh Butterfingers sendiri bahawa tahun 2008 telah membuka satu lembaran baru dalam perjalanan empat seniman luar biasa negara itu.

“Kami percaya bahawa ini menandakan fasa kedua pengembaran seni Butterfingers.”

Album Kembali menyaksikan satu penghargaan kepada seni yang senang difahami dan mesejnya dapat diserap oleh setiap lapisan masyarakat.

Loque yang kini masih belajar seni muzik di Berklee College of Music Boston, Amerika Syarikat, berkata:

“Dari segi rakaman juga, kami tidak mengambil masa yang lama untuk menyiapkan album ini kerana kami tidak bergantung sepenuhnya pada teknologi serta keajaiban atau penipuan studio rakaman kini, sebaliknya membuat rakaman secara live untuk memastikan setiap saat-saat kecacatan yang sempurna dirakamkan supaya hasilnya tampil lebih jujur dan bersahaja. Dan kami juga tidak lagi bersengkang mata untuk sessi overdub (rakaman bertindih) di kala dinihari.”

“Kami juga menetapkan undang-undang di dalam studio kali ini di mana setiap seorang daripada ahli kumpulan hanya dibenarkan merakam satu track sahaja. Hasilnya adalah album yang berbunyi seperti sebuah band bermain muzik bersama.”

Kematangan mereka terserlah dalam album KEMBALI dengan jiwa optimis seperti yang terkandung dalam lagu single mereka yang pertama iaitu 1000 tahun (Mahu Hidup), yang telah pun dilancarkan melalui video muzik di laman Youtube pada hari memperingati kekasih bulan Februari yang lalu.

Pada album kali ini, lirik banyak meminjam dan mengolah semula banyak frasa lagu-lagu rakyat atau folk seperti ‘enjit-enjit semut’ dan ‘lat tali lat tali tamplum’. Ini adalah kesinambungan daripada album yang terdahulu di mana ianya bermotifkan lagu rakyat sejak album pertama mereka lagi.

Senikata dalam KEMBALI tidak lagi bercirikan metaforik, kebanyakan lirik yang kami pakai ‘dikurangkan kiasannya’ kerana kami mahukan perminat faham bahasa yang kami gunakan.

Loque yang karyanya lebih intim dengan idola-idola tradisinya seperti Allahyarham R. Azmi dan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee juga telah menarik minat dan persetujuan lagenda muzik tempatan, Pak Kassim Masdor, untuk bekerjasama bersama Butterfingers di dalam studio untuk rakaman album Kembali ini.

Kolaborasi mereka dengan Pak Kassim telah memecahkan tempurung dunia muzik Butterfingers sebelum ini. Butterfingers dahulunya lebih dikenali sebagai band rock, sering juga dikaitkan dengan muzik ‘grunge’ dan sebagainya.

Tags: , ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Download Lagu Terbaru Butterfingers MAHARANI di Guamusic
  • Launch Showcase Butterfingers di Planet Hollywood
  • Sekitar Sidang Media Konsert Guamuzik Supergig 08
  • Ella, Faizal Tahir, Butterfingers dalam Album Live GUAMUZIK Supergig 08
  • Promo: Jams With PETERPAN Live in KL
  • Gambar Sekitar Makan Malam Carnival Media Blast
  • Sneak Preview Pelancaran Album Aizat Percubaan Pertama
  • Konsert Supergig GUAMUZIK 08 Hari Ini
  • Gambar Sekitar Pelancaran Album Omar Arif Dia Yang Satu
  • Selamat Menyambut Ulangtahun Pertama Portal GUA



  • Satu Komen untuk entri “Sekitar Pelancaran Album KEMBALI Butterfingers”

    1. Obefiend kata:

      EPIC.. the godfather of grunge malaya is back. lepas balik kerja gak aku beli CD ni!! WOOOOOOOO. Royal Butterfingers

      maharani

      butterfingers
      Mereka kata ku gila
      Lagilah aku suka
      Otakku geliga
      Fikiran luar biasa

      Mereka kata aku samseng
      Tapi ku tak ambil pusing
      Pedulikan semua
      Fikir apa yang penting

      Jangan percaya kata mereka
      Sudah ku kenal pasti
      Kau pujaan hati
      Cinta sejati memang boleh dibeli
      Tapi tak mungkin ditukar ganti
      Akan ku taati Maharani

      Mereka kata ku tipu
      Tapi ku tak meniru
      Mereka semua pemburu
      Pemburu yang cemburu

      Semua tuduhan
      Fitnah belaka
      Ada yang suka
      Juga ada yang benci
      Biar peluru menembus kulitku
      Suatu yang pasti kekal abadi
      Akan ku taati Maharani

      Mereka kata kau sama
      Tiada apa yang berbeza
      Aku tau kau tak serupa
      Tak silau lihat harta

    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:
















    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by MERCUMAYA.NET