Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Sekitar Pelancaran Album Akhil Hayy Nasyid Legenda 2



Pada jam 2 petang tadi telah berlangsung Majlis Sidang Media & Pelancaran Album Akhil Hayy Nasyid Legenda 2 di Saloma Bistro, Kuala Lumpur. Dipengerusi oleh Mohd Suffian dari Saujana, majlis turut dihadiri oleh wakil daripada EMI dan Inteam Records.

Pada majlis itu juga Ustaz Akhil Hayy menghiburkan hadirin dengan menyampaikan sebuah lagu iaitu Pohon dan Pinta.

Wakil daripada Inteam Records berucap

Penganugerahan Platinum Album Akhil Hayy – Kembara Sufi, Nasyid Legenda & Di Bawah Satu Cahaya.

Setelah album pertama, Nasyid Lagenda mendapat jualan album mencecah 40,000 unit dan album kedua berjudul Di Bawah Satu Cahaya yang mencecah jualan 20,000 unit, kini Inteam Records Sdn Bhd dengan kerjasama Islamic Media Entertainment sekali lagi menerbitkan album terbaru Akhil Hayy yang berjudul Nasyid Legenda 2.

Album Nasyid Legenda 2 ini merupakan kesinambungan kepada album yang pertama dulu iaitu Nasyid Legenda. Lagu-lagu yang dinyanyikan Akhil Hayy di dalam album ini merupakan lagu-lagu yang suatu ketika dahulu pernah popular yang dinyanyikan oleh kumpulan-kumpulan veteran seperti Al-Jawaher, El-Suraya, Orkes Sinar Murni dan juga Sweet Charity.

Terdapat 10 buah lagu di dalam album Nasyid Legenda 2 ini adalah:

  1. Berita Gembira (nyanyian asal Al-Jawaher)
  2. Anak Derhaka (El-Suraya)
  3. Adam dan Hawa (Al-Jawaher)
  4. Dikit Sedikit (Al-Jawaher)
  5. Warna Alam (Al-Jawaher)
  6. Haji (Sweet Charity)
  7. Hidup Yang Hampa (El-Suraya)
  8. Pohon dan Pinta (El-Suraya)
  9. Hawa Nafsu (El-Suraya)
  10. Syuhada’ (Sinar Murni)

Kesemua lagu lama ini telah diberi sentuhan baru dengan susunan muzik dan vokal penyanyinya tetapi tidaklah sehingga menjejaskan keasliannya.

Nasyid Legenda 2 menjadi buah tangan istimewa buat seluruh peminat Akhil Hayy di mana pun mereka berada.

Akhil Hayy dulunya adalah seorang penyanyi rock tetapi kini telah berhijrah sebagai penyanyi nasyid dan penceramah bebas. Hijranya dapat dilihat menerusi percakapannya, juga genre muzik yang dipilih. Beliau lebih menggemari irama nasyid sebagai sebagai medan dakwah umum menggantikan irama rock yang pernah diceburinya dahulu.

Kemunculan Ustaz Akhil Hayy di arena nasyid telah menampakkan kejayaan dan keberkesanan. Dengan izin-Nya, hijrah beliau telah menjadi pemangkin dan pencetus hidayah kepada masyarakat di luar sana.

Album ini telah berada di pasaran pada 23 Mei 2008 dengan harga RM24.90 bagi CD dan RM15.90 bagi kaset. Yang menariknya, setiap pembelian CD Nasyid Legenda 2 ini disertakan VCD dokumentari Akhil Hayy sebagai hadiah bonus. VCD yang berjudul Akhirnya Kembali itu pernah ditayangkan di TV3 pada Maal Hijrah yang lalu.

Kepada peminat Akhil Hayy, bolehlah dapatkan segera album ini di pasaran.

[tags]album akhil hayy, lirik lagu nasyid, pohon dan pinta, syuhada, anak derhaka, sweet charity, gossip waheeda, el-suraya, penceramah bebas, vcd, dokumentari, nasyid lagenda, Orkes Sinar Murni, lirik, kod lagu[/tags]

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gossip Ustaz Akhil Hayy Kahwin Senyap-Senyap Dengan Waheeda ?
  • Gambar Maizawati Zainal Isteri Akhil Hayy
  • Penyanyi Waheeda dan Akhil Hayy Kahwin Pagi Ini
  • Cafe Akhil Hayy Astro Oasis Dihentikan
  • Mawi dan Akhil Hayy Dalam Program Raya 1001 Inspirasi Raikan Kemenangan
  • Maizawati Patah Tangan Kemalangan Jalan Raya
  • Quotes of The Day: “Cukuplah Menghukum Waheeda” – Akhil Hayy
  • Gosip Ustaz Akhil Hayy Tidak Berdisiplin?
  • Maizawati Tidak Mahu Jadi Pengacara
  • Akhil Hayy dan Maizawati Bercerai Talak Satu



    • http://asleez-asrolareleez.blogspot.com areleez

      tul ker dia nie ‘hubby rasia’ waheeda, ek?

    • Honeybee

      suka dgr yg zikir munajat ..

    • Nor Hazira Bt Megat Rodzle

      suke dngo album ustaz di bawah 1 cahaye…… ke 4 4 album ustaz menjd koleksi sy… sume orignl punye…….

    • Nor Hazira Bt Megat Rodzle

      lagu nawaitu, farshi turab, doaku n ku x kn berpaling menjd kegemaran sye…. “hazira bote..”

    • muhammad

      assalamualaikum…
      saya berminat nak menjemput ustaz akhil hayy ke majlis konvokesyen UTeM melaka pada ogos depan…
      bagaimana caranya?

    • Ustaz ?

      Ustaz (guru) ? Sejak bila pula dia diiktiraf sebagai ustaz ? Dia ada ambil kursus perguruan ker ? Tak semua yang berdakwah tu boleh digelar Ustaz.

    • Tabuan

      Ustaz Akhil ???? haha!

      Nak tanya ni… seorang ustaz boleh ke rebond rambut ? dye rambut ???

    • otaimer

      awat tak boleh rebond rambut …… lagi bagus sebab kemas dan smart dan ini adalah tuntutan syara`… kalau dye <<—- yg nie tak boleh lah… tapi kalau Inaikan rambut boleh… jangan kata rambut .. inaikan janggut pun boleh weh…

    • daaaty

      maaf, tak berminat nak dengar lagu uztaz yg mcm ni

    • AkuBukanUstaz

      DIA BUKAN USTAZ CUMA PEMINAT SETIA DAN PIHAK ASTRO ( ASTRO NI DIMILIKI OLEH KELING) AJE MELEBIH2 LABEL DIA USTAZ. AKU BOLEH BET DIA MUNGKIN DAH KHATAM AL-QURAN TAPI LANGSUNG TAK HAFAL SURAH SECARA MENYELURUH. IN FACT DIA TAK PERNAH BELAJAR KAT UNIVERSITI AL-AZHAR ATAU MANA2 INSTITUSI PENGAJIAN ISLAM YANG DIIKTIRAF. HES JUST A REFORMED ROCKER WHO SUPPOSEDLY FOUND GOD AFTER YEARS OF HEAD-BANGING.



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK