in

Sekitar Pelancaran 8TV Goes Mobile di Platinum Movie Suites

Pada 5 Ogos jam 3 petang telah diadakan satu majlis pelancaran 8TV Goes Mobile di Platinum Movie Suites, Cathay Cineplex Damansara. Tahniah kepada 8TV dan Portal GUA yang dah melangkah setapak lagi. Kini, para penggemar drama dan program terbaik di 8TV boleh menontonnya di telefon bimbit! Di event ini juga 8TV dan GUA telah memberi 5 buah telefon bimbit LG Arena yang berharga RM2ribu lebih kepada media sebagai hadiah cabutan bertuah~!

Dihoskan oleh personaliti 8TV yang dah pun bertunang, Belinda Chee.

Ramai juga selebriti yang hadir antaranya, pengacara 8TV Quickie iaitu Hunny Madu, Belinda Chee, Henry Golding serta pelakon Blogger Boy iaitu Qie, Nas-T dan ramai lagi.

Belinda Chee

Henry Golding

Hunny Madu selepas bertunang

Qie yang memegang watak Budi dalam Blogger Boy

Nas-T

Buat pertama kalinya di Malaysia dan juga Asia Tenggara, Alt Media memperkenalkan 8TV Mobile dimana 10 rancangan terbaik dari perlbagai genre; remaja, urban dan cina akan disiarkan terus kepada telefon bimbit melalui laman web mobile.8tv.com.my. Antara rancangan-rancangan yang boleh ditonton menerusi telefon bimbit anda ialah ‘Blogger Boy’, ‘Project NS’, ‘8TV Quickie’, ‘8TV Mandarin News’, ‘I Wanna Be A Model 3’,  ‘A Cup Of Love’ ‘Ho Chak’ dan banyak lagi.

Paul Moss, Lam Swee Kim dan Ahmad Izham

Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV kata:

“Menjadi rangkaian TV yang progresif, kita berasa sangat teruja dengan langkah 8TV untuk begerak ke arah teknologi mudah alih yang merupakan sesuatu suatu revolusi baru dalam dunia penyiaran. Kami selalu percaya untuk menjadi yang pertama dalam penjelajahan idea-idea baru tanpa melupakan kehendak penonton-penonton kami.”

Kemudahan mudah alih yang percuma ini sama seperti kemudahan online Catch-Up TV yang merupakan sebuah perkhidmatan percuma melalui WiFi dan rangkaian 3G/Edge. Bagaimanpun bayaran perkhidmatan mungkin dikenakan. 

Paul Moss, Pengurus Besar Teknologi dan Perniagaan Baru Alt Media kata:

“Ia sungguh mudah dan percuma. Mengapa tidak?”

Rancangan-rancangan tersebut boleh ditontoni melalui 8TV mobile selepas lebih kurang 6 jam ia disiarkan melalui TV. Selain daripada itu perkhidmatan ini juga mempunyai jadual siaran serta rancangan-rancangan eksklusif. Anda juga boleh memuat turun kandungan telefon bimbit seperti nada dering, ‘wallpaper’ dan banyak lagi.

Belinda Chee sebagai hos

Stesen-stesen TV Media Prima yang lain iaitu TV3, NTV7 dan TV9 juga menawarkan perkhidmatan yang serupa dalam tempoh masa 2 bulan akan datang. Portal hiburan dan gaya hidup iaitu GUA juga akan melancarkan GUA Mobile dalam jangka masa yang sama.

Perkhidmatan “News portal” dan “Video News alerts” juga memberikan pengguna kesempatan untuk mendapat berita-berita terkini daripada unit TV3 melalui teks dan video. Berita-berita dalam bahasa Mandrin dan bahasa Inggeris juga boleh didapati pada separuh akhir tahun ini.

Dengan pelancaran perkhidmatan mudah alih ini, ia menunjukkan satu lagi kejayaan MPB dalam dunia digital media. Dengan mengikuti kejayaan online Catch–Up TV serta gua.com.my, ia telah menjadi satu hasrat dan komitmen untuk kumpulan MPB untuk menjayakan platform digital media.

Okay, sekarang korang boleh layari: http://mobile.8tv.com.my di telefon bimbit. Pastikan ada 3G ya! Barulah video tu jalan laju sikit.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jaclyn Victor Menang Anugerah Pelakon Harapan Wanita di FFM22

Gambar Sekitar Majlis Ramah Mesra Pelakon Drama Tower 13