Sekitar Parti PAJAMA Nuffnang di Borneo Barok Club
Pada 15 Mac lalu, lewat sore Sabtu yang diselubungi awan mendung sejurus selepas persembahan HUJAN di Konsert Sunburst, Budiey terus ke Parti Pajama anjuran Nuffnang yang diadakan di Borneo Barok Club di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Parti yang mengenakan tema pakaian tidur ini diadakan sempena dengan ulangtahun pertama syarikat pengiklanan komuniti blog terkenal itu. Happy 1st Anniversary, Nuffnang! Budiey tiba di restoran bar dua tingkat itu tepat jam 7.30 malam dan terus ke tempat pendaftaran. Sampai di situ, siap ditanya oleh ‘pegawai polis’, ‘French maid’ dan ‘nurse’ kat situ kita ni still available atau taken. Huhu… Budiey still available sekarang ni. Dengan tidak mengenakan sebarang pakaian tema, Budiey belasah je pergi parti ni dengan pakaian yang sama masa pergi Konsert Sunburst. Huhu… Tim, you jangan marah aaa… datang tak ikut tema.

Budiey sempat jumpa Timothy yang berkepit dengan bantal busyuknya; orang besar Nuffnang. Lama tak jumpa Tim. Seingatnya, kali terakhir kitorang jumpa masa launching gua.com.my. Khabarnya seramai 300 orang mendaftar untuk hadir pada malam ini. 100 orang daripadanya adalah dari Singapura. Ramai juga selebriti blogger yang datang terutama Kenny Sia dari Sarawak, Dawn Yang dan XiaXue dari Singapura Semua warga blogger, tetamu dan media diberi goodie bag berupa Chipster snack dan buku media. Juga hadiah-hadiah lain yang diedarkan secara rawak seperti bantal putih dan anak patung teddy bear. Budiey dapat anak patung teddy bear. Kasi kat Azwan, dia tak nak, so, apa lagi kalau buat balik je la bagi kat sape-sape yang nak.

Budiey perhatikan setiap kali event Nuffnang memang tak ramai penulis blog di kalangan kaum Melayu yang hadir. Budiey tertanya-tanya, adakah event anjuran Nuffnang diboikot atau kurang digemari oleh orang Melayu. Kalau betullah blogger Melayu tidak mahu hadir kerana tidak mahu bersekongkol dengan blogger bangsa Cina, rasanya ini sudah dipanggil Racist. Budiey harap komen Budiey tidak menimbulkan apa-apa kontroversi sebab isu ini sudah lama ingin Budiey kemukakan. Memang blogger Melayu tidak ramai yang datang sebenarnya. Yang datang boleh bilang dengan jari. Boleh dikatakan 80% atau 90% yang datang dari kalangan blogger Chinese. Tapi yang penting, tema pada malam itu memang kelakar sebab ramai yang datang mengenakan baju tidur… macam-macam jenis ada… ada yang pakai kain pelikat dan ada yang pakai seluar dalam? Huhu…
Bermula dengan acara icebreaker antara blogger Singapura dan blogger Malaysia dari jam 7 petang lagi. Oh ya, menariknya kali ini, event Nuffnang buat pertama kalinya membawa blogger Singapura secara percuma dengan kerjasama dari penaja Hotel Tune. Wah! Bertuah betul diorang ni.
Jam 8 malam, majlis bermula dengan acara-acara pengenalan dari EMCEE pada malam itu yang agak happening orangnya. Menjadikan parti malam itu havoc dengan dihidupkan dengan celotehnya. Tidak lama selepas itu, semua yang hadir dijemput untuk menjamah makan malam yang agak mengenyangkan juga… Macam-macam menu ada termasuklah mee hun, sandwich dan macam-macam lagi.
Selepas dinner ada pertunjukan slideshow dan permainan. Kemudian, ada acara khas untuk memperkenalkan satu rancangan online iaitu Malaysian Dreamgirl. Dan acara yang ditunggu oleh peserta yang menghantar penyertaan untuk peraduan I SLEEP BETTER WITH CHIPSTER. Memang havoc juga hadiahnya iaitu Apple Macbook yang telah dimenangi oleh Valerie; blogger dari Pulau Pinang yang bergambar dengan 400 chipster? Wow banyak tu!, iPod Touch yang memenangi Pajama Terbaik yang dipostkan di blognya dan David Lian yang telah memenangi branded new Nintendo Wii untuk peraduan Pajama Paling Kreatif.

Malam itu tidak akan sempurna sekiranya tidak ada kerjasama dari penaja seperti Chipster, Panasonic LUMIX, Borneo Baruk Club untuk lokasi, Kid Chan Studio dan Tune Hotel. Semoga Nuffnang terus maju pada masa akan datang dan terus menyokong penulis blog dalam dunia pengiklanan online yang sentiasa meningkat.
Dari Budiey, penulis Sensasi Selebriti ingin mengucapkan terima kasih atas jemputan dan Selamat Hari Jadi kepada Nuffnang!
[tags]party pajama, nuffnang, borneo barok club, sunburst review, xiaxue blog, dawn yang blogger, photo, chipster, contest hotel tune, malaysian dreamgirl, airasia.com, maybank2u.com, kid chan studio, panasonic lumix[/tags]
Tags: Berita, Blog, airasia.com, borneo barok club, chipster, contest hotel tune, kid chan studio, malaysian dreamgirl, maybank2u.com, nuffnang, panasonic lumix, party pajama, photo, sunburst reviewClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





March 19th, 2008 at 12:56 am
hm..ingatkan takde blogger kita yg pegi..
March 19th, 2008 at 9:24 am
bro budiey.. agaknyer blogger melayu tak ramai dijemput kot…
March 20th, 2008 at 7:26 am
rasanya… budak melayu … low profile beb…parti2 nie xda…janji duit masyuk…
March 21st, 2008 at 3:36 am
bukan x nak pegi, tp dh confirm2 party tu ramai cina pegi & tak ramai melayu pegi.
so malas la nk join.
nnt x faham pun apa diorg sembg.
kn bagus if ada quota.
so fair utk sume kaum.
March 22nd, 2008 at 9:25 am
emm, biasala orang melayu (beragama Islam) takkan nak pergi kat parti maksiat tu. yang paling panas, maksiat mata. korang tengok la pakaian pakaian orang cina (perempuan) yang menjolok mata tu. start dari tempat pendaftaran (perempuan cina berpakaian polis separuh bogel tu) sampailah ke programnye tu. hai budiey. takkan hang tak reti-reti why orang melayu tak pergi.
March 23rd, 2008 at 9:01 am
ingatkan takde blogger melayu yg join, takpe, next time kita wat group blogger melayu join sama2.
March 26th, 2008 at 5:01 pm
Budiey… events tuh wrong timing arr.. buat time nak masuk maghrib.. Orang beragama Islam nak pegi sembahyang maa..
In this case, nuffnang not sensitive when doing party.. perhaps their main target not to have Islamic person.. that’s the main reason party start at 7p.m
p/s; maghrib at 7.15pm… just my 1 cent