in , ,

Sekitar Acara Opening Nite Pirates of the Caribean 3 Yang Happening Anjuran Nuffnang

Meriah juga sesi menonton filem Pirates of the Caribean 3 anjuran Nuffnang pada 24 Mei lalu. Boleh dikatakan ianya berjaya menjadi event terbesar yang melibatkan penulis blog di Malaysia.

The Largest Blogger Event Ever Held in the History of the Malaysian Blogosphere… wow! Seronok rasanya pertama kali dapat berada dalam kelompok perjumpaan bersama penulis blog yang lain. Biasanya, inilah masa untuk mencari networking dan bertukar-tukar URL blog dan mengenali penulis blog lain secara lebih dekat. Mungkin pertama kali bertemu, ada yang segan dan malu untuk berkenalan.

Untuk pengetahuan, acara seperti ini adalah kali pertama diadakan untuk menghimpunkan pembaca blog yang berdaftar dengan komuniti pengiklanan Nuffnang. Terima kasih Nuffnang yang sudi menjemput saya. Tahniah buat Tim & the geng kerana segalanya berjalan dengan lancar. Mungkin acara seperti ini dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang dengan sponsor yang lebih besar. Bercakap pasal sponsor, terima kasih kepada Exabites kerana memberikan minuman ringan dan pop corn untuk kami.

Saya tiba di perkarangan The Curve seawal jam 8.30 malam bersama dengan Rizal, seorang kawan yang juga penulis slot Situ Sana Sini. Selepas menjadi antara blogger yang terawal mendaftar di booth, saya lepak-lepak dulu sambil makan pop corn. Saya berpeluang bertemu dengan Timothy Tiah yang katanya mahu sangat bertemu dengan saya di dunia realiti.

Penulis blog Sensasi Selebriti bersama orang kuat Nuffnang, Timothy.

Saya tidak terkejut dengan komen Timothy mengatakan saya nampak lain dari apa yang dia lihat di dunia siber. Tidak tahu betul atau tidak, itu pendapat orang. Kadang-kadang ada juga yang berkata, karakter saya di luar tidak sama dengan gaya penulisan di blog. Mmm… macamana tu ya? Tak faham pulak saya.

Bergambar bersama kapten pirates cetak rompak, Suanie… antara blogger yang terkenal di Malaysia.

Setelah menghabiskan masa beberapa ketika dengan surfing internet yang disediakan di ruang legar, saya berlegar mencari kot-kot ada kenalan lain yang datang. Sempat borak-borak dengan Suanie & Fireangel yang bergaya dengan kostum pirates. Hahaha… memang lawak diorang ni bergaya. Tetapi kira okay la tu… kreatif apa. Atleast diorang ni datang dengan pakaian tema. Kalau bernasib baik, sesiapa yang pakai mengikut gaya filem Pirates of The Caribean berpeluang memenangi penginapan 2 malam di Singapura.

Penulis prolifik politik yang pernah menggegarkan Malaysia dengan isu blogger, Jeff Ooi pun ada. Shaolin Tiger  , Rojaks, Zeo, Paul Tan pun ada nampak. Tetapi tak berani nak tegur diorang ni. Segan. Selebriti blogger dalam genre hiburan yang turut hadir ialah Klubbkidd, Mr. Manager, sultanmuzaffar dan Juan Danza.

Ramai lagi penulis blog bahasa Melayu yang hadir. Tercari-cari juga seorang pembaca dan juga blogger bernama Azurt yang katanya ada jugak join. Siap dapat 3 tiket lagi, kata dia. Ramai lagilah… yang katanya aku tengok kau, kau tengok aku, tapi malu nak tegur. Tapi kan, kalau terjadi sesuatu yang buruk pada malam itu, kemungkinan besar tidak ada lagi entri blog baru untuk dibaca keesokan harinya.

Sebab ramai yang datang tu ada yang very high profile punya blogger. Majoriti yang hadir adalah berbangsa Cina saya kira. Senarai penulis blog lain yang katanya hadir pada malam itu ada di senaraikan di sini.

Blogger tengah mendaftar. “Mana nama saya ni, takde pun?”

“Apa nama blog kamu?”
Suanie dengan muka poyo-nya & Fireangel masih dengan gaya control cun. Amacam menjadik?

Gambar dari blog Kenny Ng. Kesian lak Tim terpaksa melaung-laung semasa berucap. Dahla takde mic, kemudian ada muzik latar yang lebih kuat mengganggu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ulasan Filem PIRATES OF THE CARIBBEAN 3 : AT WORLD’S END, Berapa Bintang Nak Kasi?

Filem CINTA PERTAMA Lakonan Bunga Citra Lestari, Peluang Media Menemubual BCL