in

Sekitar Movie Day Out Sensasi Selebriti Niyang Rapik & Valentine’s Day

Sebelum ni, Budiey mana ada buat Movie Day Out untuk dua buah filem sekaligus. Jadi, inilah kali pertama dalam sejarah di mana Budiey adakan Movie Day Out secara serentak dalam masa dan lokasi yang sama.

Seperti biasa, pengumuman event Budiey.com ini dibuat pada hari Khamis dan Jumaat. Ternyata, daripada respon pembaca, ramai yang nak tonton filem Niyang Rapik berbanding dengan filem Hollywood, Valentine’s Day. Tiket Niyang Rapik habis dalam masa 2 jam sahaja. Budiey minta maaf kepada pembaca yang tak dapat turut serta sebab tiket dah habis ditempah. Maklumlah, 10 tiket je Budiey beli. Kalau tahu macam ni, Budiey akan beli banyak-banyak.

Berbeza pulak dengan filem Valentine’s Day, di mana tak ramai yang nak tengok. Padahal, filem yang menceritakan tentang hari kekasih ini dilakonkan oleh pelakon yang sangat terkenal termasuklah Julia Roberts, Ashton Kutcher, Jamie Foxx, Jennifer Garner, Anne Hathaway, Queen Latifah, George Lopez, Emma Roberts, Taylor Swift dan ramai lagi.

Memandangkan dah tengok filem Niyang Rapik masa prebiu media tempohari, jadi Budiey dan wife tonton filem Valentine’s Day. Kitorang dan pembaca yang lain semuanya happy dan have fun tengok filem romantik komedi ni. Ketawa je memanjang. Kelakar tak ingat. Tapi kadang-kadang, bila dah banyak sangat pelakon, watak diorang pun kami tak ingat dah. Nasib baik citer ni best. Budiey kasi 3/5 bintang. Contentnya yang memberikan gambaran jelas tentang hari meraikan kekasih itu memang ada realitinya dalam kehidupan kita. Tak semestinya orang yang kita cinta itu akan menjadi jodoh kita. Betul tak?

Di sini, Budiey ingin mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada semua pembaca yang dah buat panggilan dan sudi hadir di TGV KLCC, Suria KLCC, tingkat 3. Seawal jam 1 tengahari, dah ramai yang dah beratur panjang, menunggu untuk mendaftar.

Kali ini, dengan kerjasama TGV KLCC yang menyediakan meja dan kerusi untuk sesi pendaftaran, MDO kali ini rasanya lebih proper dan teratur. Terima kasih kepada TGV KLCC kerana memberi kemudahan ini kepada kami. Mungkin selepas ini, kita boleh buat lagi kat sini.

Semua pembaca yang hadir dapat goodie bag yang berisi dengan macam-macam hadiah antaranya T-shirt dan topi. Harap korang semua berpuas hati dengan goodie bag yang tak seberapa dari Budiey.

Harap lepas ini, hadiah goodie bag akan lebih banyak dan lebih meriah. Insyaallah.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

S.H.E Concert Live Technology-Themed in Malaysia

Red Carpet Photo OSCARS 2010 82nd Annual Academy Awards