in

Sekitar Movie Day Out Sensasi Selebriti Ninja Assasin: Part 2

Alang-alang gambar ni dah upload 3 minggu yang lalu, jadi Budiey rasa nak publish juga gambar-gambar yang diambil masa Movie Day Out Bersama Pembaca Sensasi Selebriti – menonton filem NINJA ASSASIN.

Sebenarnya, ini adalah kali kedua Budiey adakan Movie Day Out bersama pembaca untuk menonton filem ini. Sebabnya, Budiey dengar juga ramai yang tak dapat datang sebab tiket dah habis ditempah oleh pembaca lain. So, nak tak nak untuk memenuhi permintaan yang nak tonton sangat filem ni, Budiey pun buatlah walaupun kata orang sangat simple. Pembaca datang, kasi hadiah cabutan bertuah dan terus masuk pawagam. Then, balik.

Sangat best bila dapat menonton bersama pembaca. Lebih seronok lagi kerana Budiey dapat respon baik dari korang yang hadir. Lebih-lebih seronok lagi sebab korang tak pulang dengan tangan kosong. Semua dapat hadiah.

Harap semua berpuas hati dengan hadiah yang diberikan. Walaupun taklah seberapa. At least ada jugak buah tangan.

A’ah, filem tu pun dah takde dalam list kat pawagam. Tapi rasanya, semua pembaca yang datang minat giler dengan lakonan Rain. Aksinya sangat memberi impak. 70% aksi memang sangat padat. Walaupun ngeri dan seriau giler tengok darah yang berlambakan.

Terima kasih buat Haikal & the gang, Ani & sepupu sepapannya, Diana & pakwenya, Ijat & kakaknya, Faiz & kawannya dan Farah & the gang. Korang semua happening! Seramai 19 orang semuanya yang join. Tapi sayang ada beberapa orang yang datang lewat dan mereka tak buat cabutan bertuah. Mungkin dah takde rezeki diorang lah… memang tak bertuah.

Next EVENT, insyaallah Budiey PLAN untuk adakan Movie Day Out Bersama Pembaca untuk menonton filem Sherlock Holmes pula. Dijangka tarikh yang sesuai ialah 9 atau 10 Januari 2010. Apa kata korang, kalau kali ini kita makan-makan selepas menonton filem ni kat mana-mana restoran? Amacam okay?

 

Fara lak dapat buku nota Akademi Fantasia & Tayangan Unggul

Ada yang dapat cawan dari Suria FM dan juga buku nota Mama Mia.

  Beruntung si Faiz Daong ni dapat T-shirt Eksklusif

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ucapan Adam Sempena Ulangtahun Ke-3 Budiey.com

Kuiz Drama Bersiri Milik Siapa Hati Ini Dan Lara Di TV2