in

Sekitar Minggu Setiausaha Bersama Ferhad, Dia Fadilla & Ashraf Sinclair

Pada jam 1 tengahari tadi, telah berlangsung Minggu Setiausaha Bersama Ferhad, Dia Fadilla & Ashraf Sinclair di Hotel Impiana KLCC. Budiey tiba agak lewat sedikit kerana menghadiri pra tonton Filem Forbidden Kingdom di Mid Valley yang berlangsung jam 11 pagi. Di tempat yang sama juga, Tayangan Unggul juga ada mengadakan test skrin untuk Filem Apa Kata Hati, sebuah filem arahan Saw Teong Hin.

Ferhad sebelum ke pentas. Masih nervous?

Sebaik sahaja sampai, kelihatan semua setiausaha sudah pun berada di dalam dewan dan sedang dihiburkan dengan persembahan penyanyi berasal dari Singapura, Ferhad. Seperti yang kita sedia maklum, Ferhad memang ligat dan funy ketika mengendalikan pentas. Stail lenggok dan gerakan badan Ferhad memang unik dan pernah dikatakan terlalu erotic dan seksi oleh sesetengah perempuan. Namun, bagi Budiey, Ferhad memang selamba, bersahaja dan sempoi. Setiausaha dan bos yang hadir juga nampak ceria dengan gelak ketawa serta celoteh dan lawak jenaka dari Ferhad. Dia sangat fun, enjoy, bijak dan pandai berkomunikasi untuk menarik serta mengawal perhatian audien. Memang tak bosan sebab kelakar. Kadang-kadang, Ferhad cakap pakai lepas jugak. Seringkali Mawi dijadikan subjek lawak Ferhad. Kesian…

Pentas dimulakan dengan persembahan Dia Fadilla yang tampil dengan busana warna biru terang. Mendendangkan tiga buah lagu iaitu Someone to Watch Over Me, Pilihlah Aku, I’ll Always Love You… ternyata pemilihan lagu-lagu yang tepat kerana begitu catchy dan selesa di pendengaran audien.

Dia Fadilla, makin gebu?

Acara suap menyuap. Mesra betul Ferhad dengan peminat.

Lawak Ferhad memang bijak!

Berduet untuk lagu Hanya Memuji

Gaya tersendiri

Manakala Ferhad membawakan lima buah lagu iaitu Serentak, Sunshine Orange, Satu, medley lagu-lagu popularnya dan Kasih Berubah. Diakhirnya, Ferhad dan Dia Fadilla berduet mendendangkan lagu Hanya Memuji.

Hanya 10 buah meja dibuka untuk sesi tengahari tadi. Dan kepada anda, masih ada peluang lagi untuk sama-sama berhibur dengan setiausaha yang lain. Esok, dua lagi sesi akan diadakan iaitu pada tengahari dan malam.

Terdapat cabutan bertuah di mana hadirin berpeluang untuk memenangi hadiah berupa pakej percutian sehingga RM30,000. Hadiah utama ditawarkan berupa 2 pakej percutian di Thailand dan Suasana Spa.

Harga bayaran sangat murah iaitu RM180++ untuk seorang dengan set dinner Western, door gift, cabutan bertuah dan persembahan daripada artis.

Untuk keterangan lanjut, pembaca boleh menghubungi 03 21471111.

[tags]dia fadiila foto, pic ashraf, bunga citra lestari, minggu setiausaha, mawi, ashraf sinclair, converter, cute pdf, ebook, first time, how to write, Idea, microsoft word, pdf, photoshop, sejarah, story, try and error, writer, Filem Forbidden Kingdom, review, love, congkak[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Album Rabbani 1418-1428 H di Pasaran

Datuk Siti Nurhaliza @ Anugerah MACP Malam Ini