Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Sekitar Malam Gala SUMOLAH – Selebriti



Acara bermula jam 8 malam dengan acara makan-makan sambil bersantai di luar dewan. Makanan dihidang ala cocktail. Macam-macam kuih muih ada dihidangkan. Sushi je yang takde. Kalau ada sushi rasanya mesti bertepatan dengan tema Sumolah. Masa saya masuk tu, selebriti tak tiba lagi. Biasalah, selebriti kena datang lewat sikit. Baru nama selebriti. Mana boleh datang awal-awal. Jadi, saya keluar dulu mencari Klubbkidd yang katanya juga dijemput. Lalu, saya bertemulah dengan Joe Lee dan Juan yang sudah siap rapi ngan kot hitam. Sempat berikan T-shirt Heliza yang dipesan oleh Hazwan dari Heliza.com. Cabar Joe pakai masa konsert final. Tak pun kena pakai masa konsert AF minggu ni. Haha! Semalam, khabarnya di diari, Aznil mengumumkan lokasi konsert final di Stadium Putra Bukit Jalil. Jauhnya. Rasa nak pergi, tapi tak tahu lagi la dapat ke tidak tiketnya. Memandangkan Mr. Manager masih lagi berada di luar negara, jadi nasib dan rezeki untuk ke konsert final masih terumbang ambing… :) Ada sape-sape yang nak pergi konsert final? Kirim satu tiket, boleh?

Mula-mula, ternampak penyanyi Adibah Nor yang sedang makan-makan di hujung ruang. Sejak menang Juara Lagu, ramai sekali peminat yang datang nak bergambar dengan Adibah. Kemudian, datang pula Rizal dan Aizat. Sempat bergambar dengan Rizal Si Cayakkah? Rizal mesra orangnya. Selalu tersenyum dan melayan peminatnya dengan baik.

Pelakon filem Puteri Gunung Ledang, Tiara Jacquelina pun turut datang. Khabarnya, beliau gagal untuk memenangi Pelakon Watak Utama Terbaik di Anugerah Seni Boh Cameronian Ke-5 Ahad lalu. Memandangkan produksi teater Puteri Gunung Ledang – The Musical (PGLM) mendominasi pencalonan yang ada, saya kira Tiara antara calon yang layak. Namun kejayaan tidak berpihak pada Tiara. Sudah jadi rezeki Jit Murat barangkali.

 Sempat bergambar bersama Afdlin Shauki. Pelakon, pengarah, tukang cerita filem Sumolah. Sebelum tengok gelagat Amylea yang katanya peminat setia Afdlin. Seronok tengok artis minat artis. :)

Isma Yusoof bersama Afdlin Shauki. Di-apit oleh Anne dan Shada. Khabarnya, filem terbaru Afdlin, The Brave sedang dalam pembikinan. Pengambaran dibuat di Bangkok, Thailand. Good luck to you, bro. Dengar cerita juga, filem Sumolah bukan setakat akan ditayangkan di Singapura, Jepun dan Thailand, malah pihak pengedar di Australia dan New Zealand juga ada bercadang untuk menayang di sana. Wah! Ni dah kira wang besar… wang besar!

Vanida Imran dan suami tercinta, pelakon Rashidi Ishak. Kiri sekali, sutradara Erma Fatima.

Pasangan paling romantis… Hehe, Afdlin Shauki dan Shada (pereka kostum) untuk filem Sumolah. :)

Teruja untuk tonton Sumolah. Nantikan 10 Mei ini!

[tags]Selebriti, Afdlin Shauki, filem Sumolah, Vanidah Imran, Tiara Jacquelina[/tags]

Tags: , , ,

Tags: , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Foto Selebriti di Gala Nite Diva The Movie
  • Gambar Majlis Pra Tonton SUMOLAH
  • Gambar Selebriti di Malam Gala Rafflesia 2011
  • Sekitar Malam Gala SUMOLAH – Intro
  • Foto Inthira Charoenpura di Malam Gala
  • Updated: Gathering Pembaca Sensasi Selebriti
  • Artis Melaram di Malam Gala Rafflesia 2011 Part 3
  • Artis Melaram di Malam Gala Rafflesia 2011
  • Gambar Selebriti di Malam Gala Klip 3GP
  • Gambar Malam Gala SUMOLAH Movie



    • http://www.paran@yahoo.com bob

      filem ok la..but aksi kena tmbah cikit kot..hehehe.pelakon perempuan cun huhuhu..



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK