in ,

Sekitar Malam Gala Filem Kayangan: Meriah & Eksklusif

Saya baru sahaja pulang dari menghadiri Malam Gala Filem Kayangan anjuran Raden Pictures Sdn Bhd di Golden Screen Cinemas, One Utama. Terima kasih En. Adit atas jemputan. Di kad jemputan tertera ‘Charity Gala Premiere’. Saya tidak pasti kemungkinan besar majlis ini diadakan untuk mengutip dana bantuan untuk badan-badan kebajikan.

gambar kad jemputan

Namun yang pastinya, majlis eksklusif ini dihadiri oleh ramai orang kenamaan, VIP dan VVIP. Semua sedia maklum bahawa penggerak di belakang filem ini ialah antara kerjasama ramai VIP dan ada antara mereka juga berlakon sebagai cameo dalam filem Kayangan. Nak tengok Datuk Nazim, suami kepada Datin Norjuma berlakon? Ha, kena tonton filem Kayangan, Sesuai sangat dengan filem yang bertemakan cinta antara dua darjat, pertemuan antara orang kenamaan dengan rakyat biasa yang romantik giler, jadi majlis ini diserikan dengan kehadiran ramai VIP.

Majlis bermula seawal jam 8 malam. Namun, saya dan Rizal tiba dalam jam 8.30 malam. Belum terlewat untuk menjamah makanan dan minuman yang sedap-sedap dihidangkan buat hadirin. Ramai juga selebriti yang hadir. Pelakon filem Kayangan juga turut sama memeriahkan suasana. Antaranya Nurfazura (alamak, saya dah terpanggil Fazura dengan nama Kasih pulak! Haha ni lah gara-gara lakonan Fazura dalam drama Kasih Suci yang agak streotype dan tipikal. Biasa je lakonan Fazura dalam drama tu. Tapi dalam filem Kayangan, ada sedikit kelainannya. Fazura kena bercakap dalam loghat Negeri Sembilan. Menjadi atau tidak, kenalah tengok sebab Fazura anak Pahang. Jadi, kena belajar cakap loghat N9. Bukan senang beb!) Teuku Zacky Azwar (pertama kali jumpa pelakon dari Indonesia ni, tinggi lampai orangnya), Dynas, Opie Zami, Zally atau nama sebenarnya Razali Hussien, Julia Ziegler (kurusnya dia…), Ziela Jalil (Wah! cantiknya tudung dia, manis sangat), Dee (tetap nak melaram), Nazril Idrus, (siap tanya saya dari mana, saya cakap kat dia, dari Sensasi Selebriti… Wah! terujalah Nazril bila kata saya penulis dari blog hiburan, takut kena gossip panas. Lepas tu siap promote kat Dynas dan Yasmin Hani… Dynas dan Hani buat dek jek tak layan…hahaha).

Antara selebriti lain yang hadir, pelakon drama Datin Diaries, Nasha Aziz (kasual dengan jeans dan baju tebal warna putih), dramatis Seputeh Qaseh Ramadhan yang berambut gaya bob style ala Katie Holmes dalam filem Kayangan, Eja atau nama sebenarnya Siti Shahrizah Saifuddin (cantik dan anggun dia ni walaupun tanpa solekan tebal). Yasmin Hani tampil sangat cantik lagi ayu malam tadi. Begitu juga dengan Sazzy Falak yang agak kasual (sudah tentu datang untuk menyokong suaminya, Nazril yang turut berlakon dalam filem ini), Datin Norjuma Habib dan suaminya Datuk Nazim, Dato’ Mukhzani Mahathir, pengarah filem Apa Kata Hati, Saw Teong Hin (sorry bro, ada nampak you tapi tak sempat nak tegur pulak), pelakon drama PJ Holding, Datuk Abdul Aziz Singah dan ramai lagilah. Setelah acara makan-makan sambil borak-borak dan bergosip, semua hadirin dipanggil untuk masuk ke dalam dewan untuk menonton filem Kayangan.

Untuk pembaca blog Sensasi Selebriti, satu perjumpaan sambil menonton filem Kayangan beramai-ramai akan diadakan di GSC, Berjaya Times Square. Kepada yang berminat untuk menyertai sila hubungi Budiey ya.

Kayangan…“Will Love Conquer All?” akan menemui anda di pawagam berdekatan mulai 9 September.

Layari: http://www.kayangan.com.my

[tags]filem Kayangan, roadshow, gathering, together gather, sensasi selebriti, puteri sarah liyana, filem aduh saliha, festival filem malaysia, ffm20, VVIP, VIP, ziela jalil, nazril idrus, sazzy falak, gambar yasmin hani, dynaz, norjuma dan suami, gambar norjuma datuk nazim, pulau pinang, sinema malaysia, Prangin Mall Penang, Carrefour Seberang Jaya, Summit Bukit Mertajam, Mydin Mall Subang Jaya, katie holmes bob styleSelayang Mall, City Square Johor Bahru, Plaza Angsana Johor Bahru, Festiee Street Mall Danga Bay Johor Bahru, kayangan.com.my, mymetro, Gegar U, Pengacara, hos, pemenang peraduan advertlets, Advertlets Refferal Contest, produk percuma, anugerah era 2007, sidang media anugerah era, Roadshow Filem Kayangan[/tags]

teuku zacky

yasmin hani dynaz meletops uols

zally hussien audition

gambar nurjuma datuk nazim

nasha aziz dan ziela jalil

anak cina mana ntah

pelakon mana tah ni, tak ingat dah.. macam pernah tengok, siapa ek?

blogger & selebriti

tengku mimi

budiey & dynaz

fazura cantik

nurfazura kayangan

nurfazura kasih suci

sharifah shariza

gosiip

Dato' Mukhzani Mahathir

santai

VIP

orang kenamaan VIP

teuku zacky

teuku zacky

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Penyanyi Usher & Tameka Foster Selamat Kahwin Akhirnya

Jemputan Readers ToGether-Gather ke-4 Sambil Menonton Filem Kayangan